بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan kalimah Bismillah nukilan dimulai,
semoga mendapat keberkatan dari Ilahi,
buat anda ~ para pembaca & juga diri ini,
berbahagia di dunia & Insya`Allah kelak di Akhirat nanti.
"Cilok Sekejap" tajuk nukilan di kali ini,
mungkin peluang ber"bloging" bakal terjejas selepas ini,
kerana...tengahari ini ~ "Lap-Top" akan di bawa pergi,
kerana anak dara akan menyambung pelajaran kembali.
"Cilok Sekejap" kerana inilah kesempatan yang tiba,
kerana "Hujan Di Awal Pagi" ~ saya perlu rehatkan diri,
perancangan awal ~ nak sambung kerja "Part-Time" kembali,
namun ~ ketentuan Ilahi tiada siapa mampu tandingi......
"Cilok Sekejap" sebelum saya menghantar anak dara,
pulang ke "Desa Siswi" meneruskan usaha murni ~
menambah ilmu pengajian dengan penuh teruja,
Insya`Allah ~ sebagai bekalan di hari mendatang nanti.
"Cilok Sekejap" kerana selepas ini saya tak dapat bersantai,
sibuk dengan kerja "Part-Time" yg mula bertali arus pula,
kerja-kerja di rumah "Jiran Lama" telah hampir selesai,
kini kerja di rumah adik "Jiran Tetangga" bakal bermula.
"Cilok Sekejap" ~ kerja di rumah ke 2 "Jiran Lama" pun ada,
terpaksa jalankan 3 kerja ikut kesesuaian masa+suasana,
kerja di rumah 1 "Jiran Lama" telah tinggal 5~ 10% sahaja,
terpaksa aturkan kerja kerana peluang tak datang sentiasa.
"Cilok Sekejap " ~ peluang untuk ber"bloging" kini tak lama,
untuk memaklumkan pembaca perkembangan semasa saya,
~~~ sekiranya kelak "Blog" saya kurang "Post" diserta,
maka diharapkan anda dah faham kenapa begitu jadinya.
"Cilok Sekejap" dah tak dapat saya nak cilok lagi,
kerana tuntutan tanggungjawab lain telah menanti,
maka sekianlah sahaja hasil nukilan untuk kali ini,
salah & silap ~ pada anda semua saya mohon dimaafi,
Insya`Allah ~ di lain kesempatan kita bakal bertemu kembali,
serahkanlah segala-galanya pada ketentuan Ilahi.
Sekian + Wassallam.
Terima Kasih.