Saturday, January 30, 2010

Masya`Allah...Sakitnya !!!

Assalamu`alaikum kepada para pembaca,
~ pembuka bicara di ruangan"maya" tanpa suara,
semoga anda berbahagia & diberkati-Nya sentiasa,
tika menjalani kehidupan seharian di alam bernama dunia.

Hari ini ceritanya ringkas sahaja,
kerana sehari dua ni saya tak punya banyak masa,
banyak perkara harus diselesaikan dgn kadar segera,
sorrylah...tak dpt nak menghasilkan cerita panjang berjela !!!

Kelmarin kepala sakit diserang Maigrain,
dari subuh ~ kepala & mata dah mula sakit,
Masya`Allah...sakit & peritnya bukan main-main,
terpaksa tutupkan mata tanpa berkenyit !!!!

Urut kepala,picit dahi & tengkok juga,
bagi berusaha mengurangkan kesakitan seketika,
tak boleh juga nak menundukkan kepala,
sakit terasa macam mata nak terkeluar dari "soket"nya !!!

Sementara menunggu pengganti syif pagi tiba,
duduk dikerusi sambil menyandarkan kepala,
tutup mata & pekup tangan di muka,
sambil memicit kepala sekali sekala.

Bawa kenderaan pulang ke rumah perlahan-lahan,
sambil mengerut kuat sebelah mata agar tertutup,
Alhamdulillah...selamat juga sampai ke kediaman,
walaupun sakitnya rasa macam kepala nak meletup !!!

Sampai di rumah saya dah tak tahan lagi,
muntah sehingga perut rasa nak genting,
cepat-cepat mandi serta bersarapan pagi,
telan ***Pontalon@Mefenamic Asid sebiji & terus berbaring...
(***Hanya Sesuai untuk Penulis ~ Jangan Tiru Aksi Ini***)

Tidurlah...mungkin itu cara yang terbaik,
setelah makan ubat bagi mengurangkan kesakitan,
apa hal terjadi pun ~ pelupuk mata dah tak boleh nak angkat naik,
yang penting berusaha sebelum bertawakal kepada Tuhan.

Menjelang tengahari...kesakitan dah kurang sedikit,
rehat sebentar sambil menghantar Post ke Blog sendiri,
macammana boleh taip & hantar Post ~ tadi kata sakit?
sebenarnya Post dah disiapkan & di"save" sejak semalam lagi...

Itu yang anda lihat Post bertajuk "Sedikit Perihal Jahannam",
panjangkan ? ~ mana mungkin sempurna dalam 1@2 jam,
kerana ingin berkongsi ilmu & memudahkan pembaca faham,
terpaksalah disunting & diolah semula bercampur ilham.

Mana mungkin larat nak duduk menunduk lama-lama,
lebih-lebih lagi untuk menghasilkan 1Post pun mengambil masa,
paling cepat pun sejam-dua kalau datang idea,
kalau tak...alamatlah lama masa duduk mengelamun saja...

Sakit & kesan "Maigrain" tersebut mengurangkan aktiviti saya,
selama sehari dua tu kenalah banyakkan berehat sahaja,
tapi...boringnya ~ sesekali "On Line Intenet" juga,
jangan risau & bimbang ~ he..he..he.. sekejap je ~ saya tak lama !!!

Alhamdulillah ~ kini kepala saya dah tak sakit lagi,
cuma sesekali mata sakit sikit kalau menunduk kepala,
Apa? anda "suspek" saya ada Penyakit Darah Tinggi?,
tak adalah...Insya`Allah ~ saya masih sihat seperti biasa.

Jadi...jagalah & hargailah kesihatan anda sebaik-baiknya,
kerana kesihatan itu ~ pinjaman bermakna dari Allah,
usahlah dipersia-siakan anugerah dari Yang Maha Esa,
janganlah nanti ~ " sudah terhantuk baru nak mengadah".


Sekian & wassallam.

Bye ~~~~~~~
Adios Amigoes~~~~~~

(***Peringatan!!! Sila dapatkan khidmat & nasihat Doktor Bertauliah***)

Thursday, January 28, 2010

Sedikit Perihal Jahannam.....

Petikan diambil & disunting dari Minda Madani Online,
milik ABIM ~ bertujuan menyalurkan maklumat serta dakwah,
bermatlamat mulia ~ perkongsian ilmu sesama pembaca & Insan lain,
serta pembinaan keperibadian Muslim & asas-asas Tarbiah Islamiah.

Sebuah tatapan untuk renungan bersama,
diolah semula untuk memudahkan pembaca memahaminya,
semoga mampu merangsang ketakwaan pada Yang Maha Esa,
sementara berkesempatan lagi ketika masih bernyawa......

~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~~:~~~:~~~:~~~

( Untuk dikongsi ~ betapa kasihnya Rasulullah S.A.W kpd umatnya )

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik R.A. berkata:
Jibrail datang kpd Nabi S.A.W pada waktu yg ia tidak biasa datang
dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh Nabi S.A.W:
"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah
menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka,
maka tidak layak bagi orang yg mengetahui
bahawa neraka Jahannam itu benar,
dan siksa kubur itu benar,
dan siksa Allah itu terbesar
untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."


Lalu Nabi S.A.W bersabda:
"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam,
maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah,
kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih,
kemudian seribu tahun sehingga hitam,
maka ia hitam gelap,
tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya
akan dapat membakar penduduk dunia semuanya
kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu baju ahli neraka itu digantung
di antara langit dan bumi nescaya
akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu pergelangan dari rantai
yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit,
nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan seorang di hujung barat tersiksa,
nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur
kerana sangat panasnya.

Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,
dan minumannya air panas campur nanah,
dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu,
tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu
dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi S.A.W bertanya:
"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka,
setengahnya di bawah dari lainnya,
dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,
tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah S.A.W:
"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah (@Pertama) utk org-org munafik,
dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat
Nabi Isa A.S serta keluarga Fir'aun bernama: Al-Hawiyah.
Pintu ke2~ tempat orang-orang musyrikin: bernama Jahim,
pintu ke3~ tempat orang shobi'in: bernama Saqar.
Pintu ke4~ tempat Iblis+pengikutnya dr kaum majusi: bernama Ladha,
pintu ke5~ tempat orang yahudi: bernama Huthomah.
Pintu ke6~ tempat orang nasara: bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pd Rasulullah S.A.W sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke7 ?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar
dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka Nabi S.A.W jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,
sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi S.A.W di pangkuannya
sehingga sedar kembali dan sesudah sedar maka

Nabi S.A.W bersabda:
"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku,
apakah ada seorang dr ummat ku yg akan masuk ke dlm neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian Nabi S.A.W menangis, Jibrail juga menangis,
kemudian Nabi S.A.W masuk ke dalam rumahnya
dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang
dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi (Allah BerFirman):
"Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sdgkan kamu
tak dapat bertahan dgn panasnya terik matahariKu.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat.
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah.
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung.
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah.
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik.
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak.
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum.
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular.
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta ~
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai.
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat".

~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~

Mudah-mudahan dapat menimbulkan rasa keinsafan,
kepada kita bernama Insan sekiranya masih kelalaian,
dan dibawah ini disertakan sepotong Hadith & sepotong ayat Al-Quran,
untuk renungan bersama sebagai bonus tambahan......

Iaitu...

Firman Allah dalam Surah Al- Baqarah Ayat 159 yg bermaksud:
" Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang
telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk,
sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dlm Kitab Suci,
mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Serta...

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat ".

~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~

Dan......sekianlah sahaja dulu untuk kali ini,
perkongsian ilmu untuk kita fikir-fikirkan bersama,
semoga anda dapat menangkap "maksud terang & tersembunyi",
sebagai pedoman dihari muka ~ agar mampu hidup bahagia.

Yang sempurna dan baik itu datangnya dari Allah,
yang serba kekurangan ini dari saya ~ insan yg lemah,
sudilah maafkan saya jika terdapat sebarang silap dan salah,
selamat bermuhasabah diri serta memperbaiki kualiti amal-ibadah.

Sekian Dan Wassallam.

***Tulisan warna kuning ~ Nukilan dari Minda Madani@ABIM***
****Tajuk asal nukilan : Keluasan Neraka Yang Amat Dashyat****

Tuesday, January 26, 2010

Sholat Teras Ibadah......

Islam menetapkan bahawa sholat fardhu yang 5,
adalah teras ibadah yang paling utama,
sebenarnya sholat berperanan besar dalam kehidupan kita,
hingga Islam meletakkan sholat sebagai tiang agama.

Disamping menjadi medium utk memperkukuhkan akhlak,
sholat juga bertindak sebagai benteng pencegah kemungkaran,
serta amalan pertama dihisab oleh Allah SWT di hari kiamat kelak,
selaras dgn sabda Rasulullah SAW yang telah diriwayatkan...

"Sesungguhnya amalan yang pertama
dihitung pd hari kiamat keatas seseorang Islam ialah sholat fardunya.
Jika sempurna sholatnya nescaya berbahagia & beruntunglah dia.
Sebaliknya jika tidak sempurna ~ akan menyesal dan rugilah dia.
Jika seseorang itu terdapat kekurangan drpd sesuatu amalan wajibnya,
maka Allah SWT memerintah kepada sekelian para malaikat-Nya~
"Periksalah oleh kamu semua...adakah hamba-Ku (manusia),
itu mempunyai amalan sholat sunat yg lain ~ sekiranya ada
amalan tersebut dapat menampung kekurangan amalan wajibnya.
Kemudian cara menghitung amalan-amalan lain juga sama
dengan kaedah menghitung amalan sholat ini (juga)".
( Abu Hurairah RA meriwayatkan dari Sunan Tirmizi ~ ia tertera )

Persoalan timbul ~ sholat yg bagaimanakah dpt mengukuhkan akhlak?
dan mampu mencegah diri kita daripada terjebak,
dengan perkara keji dan mungkar serta ditegahi syarak,
serta perkara & perbuatan menyalahi yang benar & hak?

Pada dasarnya perlaksanaan sholat melibatkan dua aspek yg utama,
iaitu pergerakan fizikal & pergerakan dalaman@Rohaniah juga,
fizikal ~takbiratul ihram,ruku`,`itidal,sujud,bacaan dan sebagainya,
dalaman ~ tumpuan fikiran+perasaan kpd Allah tika sholat dilaksana.

Sholat yg mampu mengukuhkan akhlak & mencegah kemungkaran,
adalah sholat yg sempurna kedua-dua pergerakan~
samada pergerakan fizikal & pergerakan dalaman,
hakikatnya kedua-dua aspek itu saling berhubungan,
dan menjadi penentu sesuatu kejayaan,
serta penghalang drp melakukan kemungkaran dlm kehidupan.

Kesan daripada sholat yang khusyuk & ikhlas ~ tanda sempurna,
kita akan sentiasa mengingati Allah Yang Maha Esa,
kita juga bakal taat & patuh kepada segala perintah-Nya,
serta mencintai & gemar melakukan kebajikan sesama manusia,
dan membenci akan kemaksiatan+kemungkaran yg bermaharajalela.

Yakinlah bahawa sholat itu sangat besar fungsinya,
dalam membimbing kehidupan kita ke jalan yg diredhai-Nya,
seperti Allah berfirman dlm surah Al-Ankabut ayat 45,
yang bermaksud seperti yang terserta:

"Bacalah & ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yg telah diwahyukan
kepadamu dari Al-Quran & dirikanlah sholat (dengan tekun);
sesungguhnya sholat itu mencegah dr perbuatan keji+kemungkaran,
& sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedah+kesan);
dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yg kamu kerjakan".

Namun ada juga kalangan kita yang melakukan sholat,
tetapi selepas sholat masih buat juga pelbagai perbuatan maksiat,
pelbagai perbuatan kemungkaran masih tercatat,
seperti rasuah,berpecah belah,hasad dengki mahupun mengumpat,
serta pelbagai sifat negatif yang lain ~ seolah-olah satu nikmat !!!
tanpa memperdulikan Firman Allah memberi peringat...

Golongan manusia sebegitu amat dimurkai Allah Yang Maha Esa,
seperti dalam surah Al-Muddathir bilangan 42-43 di kedua ayat,
~ "Apakah yg menyebabkan kamu masuk ke dlm Saqar (neraka)?,
Jwb org yg bersalah: Kami tidak termasuk org yg mengerjakan sholat."

Terdapat perkaitan yg kuat kesan sholat terhadap perilaku manusia,
pada manusia yg sempurna melaksanakan ibadah sholat~
biasanya sempurna hal kerja+ibadah yg diamanahkan kpd mereka,
secara sedar mahupun tidak ~ sifat terpuji telah "melekat kuat".

Oleh itu~ marilah kita memelihara sholat yg telah difardukan,
dengan memenuhi aspek+tuntutan jasmani dan rohani,
disamping memperbaiki segala kesilapan dan kekurangan,
pastikanlah kita & keluarga melaksanakan sholat secara berkualiti.

Ada beberapa petua untuk kita cuba laksanakan,
dalam meningkatkan kesempurnaan ibadah sholat dalam kehidupan,
di bawah ini pandangan Iman Al-Ghazali disertakan,
semoga dapat membantu kita serta menjadi pedoman......

1)~ Sentiasa memelihara sholat fardhu 5 waktu tanpa sebarang alasan
untuk meninggalkannya melainkan atas sebab-sebab uzur syarie.

2)~ Sentiasa memperkemas bacaan-bacaan dalam sholat
dan memahami maknanya bagi memperolehi khusyuk.

3)~ Sentiasa mendidik dan memastikan ahli keluarga mengerjakan
sholat secara berjamaah.

4)~ Sentiasa menghadirkan kebesaran Allah,
seolah-olah kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.

5)~ Sentiasa malu kepada Allah SWT kerana kelemahan dalam beribadah.

6)~ Sentiasa mengharapkan Rahmat Allah serta mengharapkan sholat
yang dilakukan diterima oleh Allah SWT.

Demikianlah serba sedikit perkongsian ilmu pada kali ini,
semoga kita boleh mengambil sedikit ikhtibar darinya,
kalau terdapat salah & silap kerana kejahilan diri ini,
dengan rendah diri ~ maafkanlah saya seikhlas jiwa.

Sekian & wassallam.

Sunday, January 24, 2010

Lihat Di Cermin...

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~ Seraut wajah pinjaman dari Allah kepada kita,
ada kulit+sebentuk hidung+sepasang kening & mata,
juga sepasang telinga & bibir+rambut di kepala,
serta dahi+pipi+dagu & gigi juga,
extra misai & janggut untuk para lelaki@pemuda......

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~dulu kulit tegang tapi kini dah kendur,
apakah sebenarnya peringatan Allah kepada kita?
~merendah dirilah kepada-Nya+buangkanlah sifat bongkak+takbur.

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~rambut dulunya hitam tapi kini dah putih & "berbelang",
apakah sebenarnya peringatan Allah kepada kita?
~sentiasalah beringat & perbaikilah adab bersholat@sembahyang.

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~dahi yg dulu licin tapi kini dah mula berkerut,
apakah sebenarnya peringatan Allah kepada kita?
~perbanyakkanlah ketakwaan kepada-Nya sebelum nyawa diragut...

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~sepasang kening yg dulunya lebat kini dah mula menipis,
apakah sebenarnya peringatan Allah kepada kita?
~bertaubat kepada-Nya bersungguh-sungguh sambil menangis...

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~sepasang mata yg dulu penglihatannya jelas tapi kini dah rabun,
apakah sebenarnya peringatan Allah kepada kita?
~insaflah diri dgn jauhi kejahatan serta jangan banyak mengelamun !!!

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~dulu hidung licin+berkilat tapi kini dah banyak bintik hitam & lopong,
apakah sebenarnya peringatan Allah kepada kita?
~tunaikanlah janji & amanah kepada-Nya+jangan terus berbohong !!!

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~pipi yang dulu gebu kini dah mula berkedut,
apakah sebenarnya peringatan Allah kepada kita?
~berusahalah menambah pahala+rebutlah peluang...jangan tak rebut !!!

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~sepasang bibir yang dulu berisi & basah tapi kini dah mula kecut,
apakah sebenarnya peringatan Allah kepada kita?
~perbanyakkanlah zikirullah bukan memaki-hamun serta mencarut !!!

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~dulu gigi putih & penuh tapi kini banyak yang dah ronggak+rompong,
apakah sebenarnya peringatan Allah kepada kita?
~sentiasalah berdoa+bertawakal kepada-Nya & janganlah sombong !!!

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~sepasang telinga dulunya capang tapi kini dah mula kendur,
apakah sebenarnya peringatan Allah kepada kita?
~tingkatkan ibadah kepada-Nya sebelum kita berhijrah ke alam kubur.

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~dagu yang dulunya tajam tapi kini dah mula berlapis,
apakah sebenarnya peringatan Allah kepada kita?
~bertakwalah kepada-Nya sebelum kewarasan akal terhakis...

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~dulu kita segak@lawa+muda belia tapi kini semakin dimamah usia,
maka ~ bersyukurlah...kita masih diberi peluang oleh Yang Maha Esa,
mengecapi nikmat kehidupan di dunia walaupun hanya sementara.

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~kita sudah semakin tua & bakal sampai ke penghujung nyawa,
maka ~ kita harus lebih berusaha beriman kepada Yang Maha Esa,
agar kesempatan hidup yang tersisa tidak terus@bakal dipersia-sia.

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~hargailah segala anugerah@pinjaman sementara dari Illahi,
maka ~ sentiasalah berusaha menjadi hamba Allah seikhlas jiwa,
Insya`Allah ~ kita bakal berbahagia di dunia & akhirat nanti......

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~kita mungkin nampak segala rahsia kalau kita mahu berfikir,
kelak segala-galanya yang di lihat bakal tinggal kenangan belaka,
~bila kehidupan kita di dunia ini sudah berakhir......

Dan......

Bila anda lihat di cermin ~ anda nampak apa?
adakah mungkin seperti pandangan saya ~ samakah atau berbeza?
~terpulanglah bagaimana persepsi & penilaian anda di minda,
renung-renunglah maksud coretan ini dengan berlapang dada......

Sekian & wassallam.

Wednesday, January 20, 2010

Dia III

Kali ini masuk kali yg ke 3 ~ saya bercerita tentang tajuk "Dia",
tidak termasuk "2 post" tentang keluarga"nya",
kalau dijumlahkan semuanya masuk kali ke 5,
bukannya apa ~ ingatan pada"nya" sentiasa menjelma...

Semalam ~ jika dipanjangkan hayat"nya"oleh Allah,
usia"nya" telah menjangkau ke angka 55 dijangkakan,
baru mula berpencen & beristirehat di rumah,
sambil menguruskan hal keluarga & kesihatan.

Semalam ~ jika Allah masih memberikan "Dia" kudrat,
dia pasti terus melaksanakan kewajipan"nya" pada Tuhan,
disamping banyak perkara dan benda yg hendak "Dia" buat,
kerana di bahunya tersandar pelbagai bebanan.

Semalam ~ jika Allah masih mengasihani"nya",
mungkin "Dia" tumpang gembira utk anak perempuan ke 2,
kerana "Dia" telah mendapat tambahan anak belia,
menjadi Ibu Mertua kepada pilihan bersama.

Semalam ~ jika Allah masih memberikan "Dia" kesempatan,
pasti dia terus merencanakan apa yg terbaik utk keluarga,
lebih-lebih lagi untuk anak lelaki tunggal kesayangan,
yang kelak bakal mendirikan rumahtangga.

Semalam ~ jika Allah masih memberikan "Dia" kekuatan,
pasti "Dia" tak sabar menantikan kepulangan anak ke 3,
yang berada di UIA Gombak menyambung pelajaran,
kerana anak perempuan yang ini pandai mengambil hati"nya".

Semalam ~ jika Allah masih memberikan "Dia" peluang,
restu & doa untuk anak ke 4 pasti dipanjatkan kepada Tuhan,
kerana itulah "alah anja Ibu" yang tersayang,
lebih-lebih lagi pada tahun ini bakal menghadapi peperiksaan.

Semalam ~ jika "Dia"masih direstui oleh Ilahi,
pasti "Dia" memohon belas ehsan kepada Tuhan,
semoga Allah memberikan taufik & hidayah kepada si suami,
agar lebih berubah kearah kesederhanaan pemikiran & tindakan.

Semalam ~ jika "Dia" masih hidup di dunia ini lagi,
pasti "Dia" akan kami terus kunjungi serta hubungi,
kerana "Dia" masih sudi menyayangi kami,
walaupun secebis kasih-sayang"nya" ~ tapi itu telah memadai.

Namun......

Sebenarnya...... Allah lebih mengasihi"nya" dari kami semua,
mungkin itu yang lebih baik untuk"nya" dari kehidupan di dunia,
maka...biarlah "Dia" tenang bersemadi di alam sana,
~ mudah-mudahan roh"nya" dirahmati Allah sentiasa,
diberikan balasan yang berlipat ganda kerana keistimewaan"nya",
kerana semasa hayat"nya" dia insan berbudi pekerti mulia.

Sejarah tentang "Dia" telah & tetap berlalu meninggalkan kita,
apa yg tercatat disini ~ itulah apa yg saya rasa,
sekadar mengimbau kembali kenangan bersama,
sebelum ingatan terpadam serta sebelum saya menutup mata......

Dan......

Untuk "Dia"~ saya sedekahkan pahala bacaan surah Al-Fatihah,
dikalangan orang-orang yg soleh semoga "Dia" ditempatkan,
mudah-mudahan kerahmatan utk"nya" berkekalan dari Allah,
di alam "persinggahan" sehingga tibanya hari pembalasan.

Al-Fatihah......

Sekain & wassallam.

Monday, January 18, 2010

Renungilah Sebentar......

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati,
tidak seorang diantara kita yg dapat lari,
bila ajalmaut telah ditentukan Ilahi,
Malaikat Izrail melaksanakan tugas tanpa menanti.

Dlm surah Al-Jumu`ah ayat ke 8 ~ Allah berfirman:
intipati maksud-Nya ~" memberitahu maut tetap akan menemui kita,
serta kelak kpd Allah kita bakal dikembalikan,
kepada Allah yg mengetahui segala yg ghaib & nyata,
lalu memberitahu kepada kita apa yg telah kita lakukan",
(~ketika hidup di dunia serta bakal mendapat balasannya~).

Apabila nyawa seseorang telah terpisah drp jasadnya,
maka tinggalah segala apa yg dimiliki,
hatta ahli keluarga,saudara mara serta harta benda.....
kepada yg masih hidup ~ kesemuanya bakal diwarisi !!!

Jasad yg terbujur kaku akan diuruskan & dikebumikan,
pada saat itu terpisahlah kita dari alam yg nyata,
ke alam kubur atau alam barzakh tempat perpindahan,
sementara menunggu hari pembalasan di akhirat juga.

Alim Ulama pernah berkata,
kehidupan di dunia ini hanyalah sementara,
kadang-kadang menjadikan manusia mudah lupa,
akan kehidupan yg kekal abadi di akhirat sana.

Kehidupan di dunia ini sebenarnya adalah godaan terbesar,
yg mampu memesongkan manusia dari mentaati Allah,
kecuali mereka yg mampu menguruskan kehidupan secara sedar,
dengan ketakwaan kepada Allah secara tersembunyi atau terserlah...

Mengapa Islam menyuruh umatnya sentiasa mengingati mati?
kerana ~ mampu mendidik jiwa agar menjadi rendah diri,
kerana ~ agar tidak sombong serta lupa diri,
bahkan bersedia utk menempuhi kehidupan di akhirat nanti.

Kenapa Islam mengalakkan umatnya sentiasa mengingati mati?
kerana ~ mengingati mati adalah suatu kejadian yg pasti,
yg tentunya akan setiap kehidupan pasti bakal tempuhi,
namun bukanlah sengaja mendedahkan diri kita agar segera mati !!!

Mengapa Islam mengesa umatnya sentiasa mengingati mati?
krn ~ mampu menjadikan kita lebih bersedia & merancang kehidupan:,
~ sebelum mati & mengingatkan diri utk berhadapan dgn mati,
serta mampu mendorong kita lebih bertakwa & beribadah kpd Tuhan.

Namun...bagi mereka yg sengaja melalaikan hal kematian,
jejaslah mereka tidak bijak merancang masa depan & lupa diri,
kerana mengingati kematian memberikan kesedaran & peringatan,
ttg hidup di dunia yg dilalui+kehidupan di akhirat yg bakal menanti.

Sabda Rasulullah SAW ~ diriwayatkan oleh Jabir yg bermaksud begini:
"Apabila seseorang dimasukkan Nur (Cahaya Keimanan) maka hatinya akan lapang & terbuka,
lalu sahabat bertanya : Apakah tandanya lapang & terbukanya hati ?
jawap Rasulullah SAW : Ada perhatian terhadap kehidupan yg kekal di akhiratnya,
dan timbul peringatan tentang tipu daya ini,
dan orang bersiap sedia menghadapi mati sebelum ajalnya tiba".

Apabila seseorang telah disemadikan jasadnya di alam kubur,
tiadalah lagi tempat"nya" utk mengadu & meminta pertolongan,
bagi mereka yg semasa hidup di dunia berlaku ingkar,syirik & kufur,
terhadap suruhan Tuhan ~ pasti bakal mendapat azab & siksaan,
bagi mereka yg taat perintah Tuhan serta tidak takbur,
Insya`Allah ~ kehidupan di alam kubur dipenuhi kenikmatan Tuhan,
...diazab seksa atau mendapat kurniaan nikmat Allah yg mabrur,
~ tanda hukuman yg bakal diterima di akhirat sebagai balasan.

Oleh itu sebelum jasad diusung ke tanah perkuburan,
sebelum jasad disemadikan & kita bakal berseorangan,
marilah kita memperkasakan diri dgn keimanan,
serta memantapkan ketakwaan sebenar-benarnya kpd Tuhan.

Disamping berdoa agar di kalangan orang yg soleh ditempatkan kita,
marilah sentiasa memperbanyakkan amal ibadah tanpa jemu,
kerana bekalan amal soleh sahajalah yg dapat menyelamatkan kita,
dari azab kubur yg tersedia & seksaan di akhirat yg menunggu......

Janganlah kita hanya mengaku beriman di mulut sahaja,
sedangkan di dalam hati kita masih kufur kpd Yang Maha Esa,
dalam perilaku seharian tanpa sedar mahupun secara sengaja,
seolah-olah kita mempersendakan ajaran Islam ~ agama kita !!!

Marilah kita mempertingkatkan keimanan & ketakwaan,
kepada Allah SWT sehabis dayausaha & kudrat,
dan menjauhi segala perkara+perbuatan yg menjadi larangan,
mudah-mudahan kita bakal mendapat kebahagian di dunia & akhirat.

Renungilah sebentar maksud coretan ini,
agar mampu menyedarkan kita semula,
kerana kehidupan kita ini adalah pinjaman sementara dari Ilahi,
kehidupan di akhirat juga yg kekal selama-lamanya.

Sekian & Wassallam......

Friday, January 15, 2010

Rebutlah Peluang Ini...

Hari Jumaat kini kembali menjengah,
bersamaan juga @telah masuk minggu ke 4,
kita di bulan Muharam ~ Tahun Baru Hijrah,
antara sedar & tidak ~ masa bergerak terlalu cepat !!!

2minggu yang lalu ~ di awal tahun baru 2010,
kita diperlihatkan oleh Allah akan petanda kebesaran-Nya,
Gerhana Bulan dari tengah malam hingga menjelang subuh,
beruntunglah mereka yg melaksana Sholat Sunat Gerhana.

Kini...petang ini kebesaran Allah bakal kembali diperlihat,
utk kita & agar kita merebut peluang yg bakal tiba,
dgn ~ berdoalah kpd-Nya,bertakbir,bersedekah & bersholat,
terutamanya Sholat Sunat Kusuf tika Gerhana Matahari tiba.

Bukan mudah dapat menyaksikan kedua-dua tanda kebesaran-Nya,
lebih-lebih lagi dlm permulaan awal bulan@tahun Hijrah yg sama,
yang dimulai dgn Gerhana Bulan & kini Gerhana Matahari pula,
rebutlah peluang ini selagi berkesempatan sehabis daya+usaha.

Dibawah ini disenaraikan,
cara untuk kita melaksanakan,
Sholat Sunat Gerhana Matahari ataupun Bulan,
yang dilaksanakan sejak zaman berzaman...

i. Lafaz Niat Sholat Sunat Gerhana Matahari :

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku sholat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.

ii. Lafaz Niat Sholat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku sholat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”


i. Sholat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti sholat sunat biasa.Ia adalah yg sekurang-kurangnya.Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam,pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dgn 2 ruku’ dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Kaifiatnya adalah seperti berikut:


Berdasarkan hadis :

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.

Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bersyukurlah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)


عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.

Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”

(Sahih Muslim 2-hlm: 81)


Secara ringkasnya seperti berikut :~

A. RAKAAT PERTAMA :~

1. Takbiratul Ihram.

2. Membaca doa iftitah.

3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )

4. Membaca surah Al-Fatihah.

5. Membaca mana-mana surah ~ yang terlebih afdhal surah Al-Baqarah.

6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.

7. Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan membaca surah Ali-Imran atau mana-mana surah.

8. Ruku’ dengan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.

9. Iktidal.

10. Sujud dan membaca tasbih.

11. Duduk antara 2 sujud.

12. Sujud kembali.

13. Berdiri ke rakaat kedua.

B. RAKAAT KEDUA :~

1. Membaca surah Al-Fatihah.

2. Membaca surah Al-Nisa’ atau mana-mana surah.

3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.

4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah Al-Maidah atau mana-mana surah.

5. Ruku’ dengan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.

6. Iktidal.

7. Sujud dan membaca tasbih.

8. Duduk antara 2 sujud.

9. Sujud kembali.

10. Membaca tasyahud akhir.

11. Memberi salam.

* Tidak perlu iqamah cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )

* Sunat menyaringkan suara pada bacaan Al-Fatihah dan

surah ketika Sholat Sunat Gerhana Bulan dan perlahan

ketika Sholat Sunat Gerhana Matahari.

* Disunatkan mandi untuk Sholat Gerhana,seperti hendak Sholat Jumaat.


Sekiranya kita berSholat Sunat Gerhana sendirian di rumah,
begitulah caranya untuk kita laksanakan,
namun...sekiranya dilaksanakan di Masjid secara berjemaah,
akan disertakan Khutbah Sholat Gerhana sebagai tambahan.

Dan......

Demikianlah serba sedikit pengongsian ilmu sesama kita,
mudah-mudahan mampu memberi menafaat juga,
rebutlah peluang & kesempatan ini selagi terdaya,
kerana esok dan lusa kita tak tahu apa kesudahannya.

Sekian dulu untuk kali ini,
selamat berusaha menambahkan amal-ibadah,
Gerhana Matahari akan tiba petang nanti,
marilah kita bersama-sama mencari keredhaan Allah......

Sekian & wassallam.

Thursday, January 14, 2010

Hari ini & Semalam...

Hari ini ~ pagi menghantar anak ke tempat kerja,
kerana motosikal semalam meragam pula,
tersengguk-sengguk macam "orang semput sahaja",
susah nak "start","pick-up" tiada & berhenti secara tiba-tiba !!!

Hari ini ~ wajib uruskan hal motosikal tersebut,
agar mudah digunakan sekarang dan kelak,
kalau dah OK nanti ~ kepala taklah "berserabut" !!!
"kebenggangan" anak saya pasti "reda"@kurang "mengelegak" !!!

Hari ini ~ lambat pula kedai motorsikal dibuka,
nak ke Pekan ~ jauh & motorsikal macam tak berdaya.....
terpaksalah "repair"sebentar ikut pengalaman yg ada,
agar boleh bergerak lancar serta tidak mendatangkan bahaya......

Hari ini ~ nak tahu kenapa motosikal tu meragam?
rupa-rupanya "plug"yg diganti kelmarin "kurang berjenama",
nama sahaja "Spark" tapi "Spark@percikan apinya" kecil sahaja,
hingga tak mampu "menyeimbangi" campuran bahan api & kuasa !!!

Hari ini ~ mujur baik ada "plug" motorsikal yg lama-lama,
yg masih tersimpan di kotak bawah tempat duduk,
"pomen"sendirilah sementara menunggu kedia dibuka,
akhirnya ~ motorsikal bergerak lancar tanpa tersengguk-sengguk !!!

Hari ini ~ terpaksa ke pejabat utk ambil "sticker kenderaan",
yg dah siap diproses sejak semalam lagi,
kalau tak bila nak lepas "Pos Kawalan" pasti ada pemeriksaan,
macam kita nak bawa @ seludup keluar "Enjin Pesawat F -5 E " !!!

Hari ini ~ bila hal "sticker kenderaan "dah selesai diurusi,
barulah "lapang kepala" & "senang di hati",
tak dalah "pengawal pagar"terutama yg "junior" nanti,
ingat kita macam "tahanan" yg lari dari "Pusat Serenti" !!!

Hari ini ~ dpat "SMS" dari "landscaper" semalam yg berjanji ,
rupa-rupanya petang semalam dia dah pun meninjau lokasi,
hmm...dia tak dapat beri "komitmen" serta tak berani,
kerana kerjanya yg ditawarkan ~ kurang orang mampu kendali !!!

Hari ini ~ waktu yg diberikan oleh kontraktor suntuk "kemain",
sedangkan semua"landscaper"yg meninjau lokasi tak berminat,
terpaksa saya memaklumkan Kontraktor ~ carilah "landscaper" lain,
eloklah macam tu ~ saya tak perlu habis duit serta berpenat !!!

Dan......

Semalam ~ jawapan utk usaha selama beberapa hari ini,
saya masih tak ketahui akan kesudahannya,
namun...hari ini "keputusan awalnya" telah di"ilham"kan Ilahi,
tandanya ~ belum ada rezeki dari kerja "landscaping" utk saya !!!

Semalam ~ saya masih ada juga terus berusaha,
mencuba menguruskan hal jual-beli ~ yg dihalalkan agama,
tapi...keputusannya ~ kena tunggu lagi sehari dua,
semoga ~ rezeki tambahan dari Allah utk saya bakal terbuka !!!

Semalam ~ kita hanya mampu berusaha & bertawakal,
kerana itulah saranan agama & "Junjungan Besar" Nabi kita,
kerana manusia hanya diberikan Allah ~ kudrat & akal,
urusan rezeki & ketentuan itu adalah hak Yang Maha Esa.

Dan......

Demikianlah secebis coretan tentang Hari Ini & Semalam,
untuk kongsian bacaan kita bersama,
akhir kata......terima kasih serta wassalam......
Insya`Allah ~ bakal "bersua semula" dilain masa.

Sekian.

Wednesday, January 13, 2010

Semalam & Hari Ini...

Semalam ~ semuanya nampak OK & lancar,
uruskan hal kehidupan serta tanggungjawab,
walaupun tidak jelas kegembiraan di wajah terpancar,
namun..."teka-teki" kehidupan di kala itu ~ kini semakin terjawap.

Semalam ~ setelah menghantar anak bujang ke tempat kerja,
bersarapan berdua di gerai kegemaran,
isteri memilih "Lontong"~ utk tukar selera,
manakala saya tetap sama ~ "nasi+gulai lemak ikan".

Semalam ~ jumpa "Side Manager" di tapak pembinaan,
bagi berusaha mencari peluang menambahkan pendapatan,
itupun kebetukan anak bujang saya yg memaklumkan,
ada sedikit kerja "landscaping" ~ kadar segera diperlukan.

Semalam ~ berusaha menghubungi beberapa kenalan,
bagi berkongsi peluang kerja "landscaping" sekiranya dapat,
sekejap-sekejap telefon berbunyi serta bertukar perbualan,
mencari "keserasian"pada harga,kerja & tempat.

Semalam ~ uruskan juga hal "servis" motosikal,
bagi memudahkan pengunaannya oleh anak bujang saya,
takut nanti kalau "ia" meragam tak tentu pasal,
boleh mempengaruhi keadaan & mendatangkan juga bahaya.

Semalam ~ bersholat Zohor kat Masjid di Pekan,
kerana dah janji utk berjumpa kenalan,
namun beliau terlewat tiba kerana ada tugasan,
saya terpasksa menunggu lebih 1 jam dlm kenderaan.

Semalam ~ kami berjumpa dgn "Engineers" di lokasi,
berbincang tentang kerja "landscaping" yg ditawarkan,
namun...apa yg diminta agak "ganjil"serta byk "imaginasi",
saya & rakan perlukan masa utk membuat pertimbangan.

Semalam ~ sewaktu menjemput anak pulang di tempat kerja,
keputusan berkaitan rundingan petang tadi saya maklumkan,
lebih baik menolak dari melakukan kerja sia-sia,
rugi masa & pihak kontraktor lebih berisiko mendapat kerugian.

Semalam ~ kenapa harus memikirkan kerugian pihak kontraktor?
sedangkan kerja ~ kerja kita...duit ~ duit mereka,
tapi saya memang tak mahu "main taktik" kotor,
lebih baik tak buat dari nanti "bermasam muka" kalau berjumpa !!!

Semalam ~" Side Manager & Engineers" masih mahu saya usahakan,
mencari "landscaper" yang mahu melaksanakan kerja tersebut,
tapi kali ini "permintaan" mereka ada sedikit kelonggaran,
tidaklah seperti sebelumnya ~ "opsyen" diberi berserabut !!!

Semalam ~ saya masih terus mencari "landscaper"yg bersesuaian,
namun...usaha dihentikan seketika kerana malam telah tiba,
besok ~ Insya`Allah...pencarian "landscaper" akan cuba diteruskan,
walaupun....dengar cerita pihak kontraktor dah mula usaha juga.

Dan.....

Hari ini ~ saya masih menunggu panggilan yg dijanjikan,
namun ada sedikit "keraguan" pada kesungguhan "rakan yg berminat",
mungkin kerana kerja yg ditawarkan diluarkebiasaan,
yg memungkinkan ~ kurang sesuai tapi lebih mudarat !!!

Hari ini ~ baru sebentar tadi "rakan yg berminat" menghubungi,
kebetulan tiada di sini tapi ada di "sebelah negeri",
hanya akan pulang sekitar waktu Maghib nanti,
maka...esoklah kami merancang untuk meninjau lokasi.

Hari ini ~ sementara menantikan hari esok yg bakal tiba,
saya menjangkakan ada beberapa orang lagi yg akan menghubungi,
kerana lebih baik tidak bergantung kepada seorang sahaja,
lebih banyak pilihan ~ lebih banyak peluang yg bakal menanti....

Hari ini ~ sementara masih berkesempatan,
saya harus menyelesaikan beberapa perkara,
sehingga janji dibuat & dipersetujui dgn sebarang perjumpaan,
eloklah saya mengisi masa dgn perkara berguna.....

Insya`Allah......

Yang penting ~ janji kita berusaha & terus mencuba,
dan...selebihnya kita serahkan sahaja pada Yang Maha Esa,
biarlah "kesudahannya" ditentukan oleh-Nya,
buruk atau baik ~ hanya Allah yang memegang rahsia.

Sekian & wassallam.

Sunday, January 10, 2010

Peningnya Kepala...

Alahai...geram betul & benggang pula hati ini terasa,
kelmarin ada 1 lagi ~ "The Conversation Search Engine",
yg memasukkan Blog "IniBukanIlusi" dlm senarainya,
bersama Blog yg" berhaluan berbeza"~ saya semakin "angin" !!!

Saya terpaksa membuat beberapa perubahan,
agar Blog "IniBukanIlusi" terkeluar dari "Bloger" yg disenaraikan,
bagi mengelakkan disalahtafsirkan & menimbulkan keraguan,
dari matlamat asal yg diperjuangkan dlm hasil nukilan.

Semalam...timbul lagi 3 Blog yg hampir sama,
memasukkan nama Blog saya disenarai Cerita Blog mereka,
2 mungkin dari Indonesia & 1 mungkin dari negara kita,
membuatkan saya makin "berpusing-pusing kepala" !!!

Setelah dilayari & diselidiki,
perubahan sekali lagi terpaksa di buat,
cerita & tajuk di senarai "Post" terpaksa saya ubahi,
walaupun sebenarnya saya dah mula rasa meluat !!!

Hari ini timbul pula lagi satu,
dahlah tajuk & kandungan Blog"nya" tak senonoh,
turut menyelitkan Blog saya di dalam Blog"nya" itu,
mujurlah jauh...kalau tidak pasti "Blogernya" dah kena gocoh !!!

Saya terpaksalah lagi menukar cerita & tajuk,
demi mengeluarkan Blog saya dari tersenarai dlm Blog mereka,
terpaksalah ubah agar hati saya kembali rasa sejuk,
serta tidak "menaniayai" pembaca yg tak tahu apa-apa......

Mula-mula 1 Blog pendua yang telah muncul,
tapi saya telah memaklumkan agar pembaca berhati-hati,
kini Blog pendua tersebut dah tengelam tak timbul-timbul,
1 Blog dah terpadam kini muncul pula 5 Blog lagi !!!

Mungkin kerana tajuk "Post"di Blog yg saya telah kirimkan,
menjangkau ke angka ke 51 ~ walaupun hanya baru 2 bulan,
mungkin ini menyebabkan tajuk-tajuk tersebut mudah dikesan,
kemudian dirangkumkan bersama Blog lain yang tajuknya bersamaan.

Esok tak tahulah berapa lagi Blog yg bakal menyenaraikan Blog saya,
kalau yg "bermoral" & bertanggungjawab ~ mungkin tak apa,
tapi...kalau yg "tak bermoral" & penuh "umpat-keji serta kata nista",
alamatlah...saya bakal bertambah-tambah lagi pening kepala !!!

Insya`Allah ~ selagi terdaya saya akan terus mencuba,
memantau demi mengelakkan Blog saya dari "teraniaya",
oleh & dari golongan@tersenarai dlm Blog yg kurang beretika,
yg mungkin menyebabkan anda & saya bakal mendapat dosa...

Maka...sekali lagi saya berpesan kepada anda,
jauhkanlah Blog-Blog yang bukan dari Blog+hasil penulisan saya,
agar anda tidak terganggu ketenangan & kesabaran di minda,
melayari Blog yang tidak sesuai & merugikan masa !!!

Sekianlah sahaja untuk tatapan anda dikesempatan ini,
Insya`Allah ~ kita bakal dipertemukan kembali dilain kali...

Wassallam.

Saturday, January 9, 2010

FunFair...

Malam biasanya untuk kita berehat sambil melepaskan lelah,
setelah penat bekerja dari pagi hingga ke petang,
kerana banyak di kalangan kita waktu siang mencari nafkah,
itulah masa rehat yang sesuai kerana kini semuanya "dah lapang"...

Namun...ada juga kalangan kita yg berlainan cara,
krn pada mereka ~ waktu malam baru aktiviti bermula,
mungkin waktu siang ~ agenda mereka berbeza,
tapi saya percaya ~ jumlahnya taklah seramai mana...

Waktu malam ~ disamping kita beristirehat & mengandakan ibadat,
boleh juga bersantai bersama seisi keluarga,
namun...kalau ada yg rajin "buang tabiat",
pada waktu malam ~ waktu mereka bersuka ria & "berpesta".

Mungkin pada mereka yg minat "berpesta" di malam hari,
soal pengisian masa dan duit tak begitu dipentingkan,
macam-macam cara mereka lakukan utk menghiburkan hati,
cuma bersesuaian atau tidak ~ sendirilah buat pertimbangan.

Kebetulan ada "FunFair" di tengah Pekan,
yang kini sedang hangat diperkatakan & "mengoda" perasaan,
ramailah kalangan masyarakat yg tak mahu ketinggalan,
utk turut serta merasaikan "keriuhan & keseronokan permainan"!!!

Kerana ingin tahu & berseronok ~ ramailah datang berkunjung,
hingga kenderaan di jalan raya jadi sibuk serta bersesakan,
pelbagai "permainan"ditamu utk para pengunjung,
kilauan cahaya berwarna-warni menarik minat & perhatian.

Ramai sungguh pelanggan yg datang ~ dari pelbagai usia & bangsa,
namun majoritinya adalah orang kita & orang India,
"warga asing" byk juga namun orang Cina ~ beberapa "kerat" sahaja,
tapi......"taukey"nya ~ tentu anda sendiri tahu agaknya !!!

Ada 18 jenis permainan yang membabitkan jentera berat,
kebanyakannya permainan jenis "pusing dan pusing",
tak kisahlah pusing kiri-kanan,atas-bawah atau setempat,
bila dah habis ~ada yg terhoyong-hayang kerana kepala dah pening !!!

Ada juga permainan yang senjaga "menyakat" pengunjung,
Rumah Hantu disediakan utk menguji tahap keberanian,
samada jadi mangsa atau "hantu"secara tak langsung,
dlm "kesuram-suraman" cahaya ada juga yg melepaskan "gian" !!!

Ada 17 jenis permainan yang menawarkan hadiah,
namun hadiah yg ditawarkan taklah semahal mana,
mana yg tak sedar diri bermain akan "terima padah",
kerana banyak duit "bakal terbang" tak semena-mena.

Kadang-kala tu lawak juga terasa,
bila melihatkan gelagat & "kegilaan"mereka,
mungkin kerana inginkan hadiah besar agaknya,
sehingga menghabiskan duit mencuba dan terus mencuba.

Namun bukan senang nak dapatkan hadiah tersebut,
nampak saja mudah tapi sebenarnya payah,
kita berusaha berhabis duit hingga "fikiran berserabut",
"Taukey" untung senang-senang krn duit kita dah "kena sesah".

"Fun" utk menonton tapi "UnFair" utk melanggan,
kerana "kelabu mata" dgn keseronokan & hadiah yg ditawarkan,
tanpa disedari@memang sedar pun ~ duit habis bertukar tangan,
terpedayalah kita oleh gejala pembaziran,penipuan & perjudian......

"Fun" ~ utk para"taukey"nya,
"Fair" ~ kerana dalam satu malam mereka untung RM beribu-ribu,
"Fun" ~ utk para penggunjung@pemerhati sahaja,
"UnFair" ~ krn pelanggan mudah "diperbodohkan" bertalu-talu !!!

Dan...pada mereka yang dah "terkena & terpedaya",
ingat-ingatlah selalu pengajarannya di lain kali,
kerana membazirkan duit & masa dgn perkara sia-sia,
boleh menyebabkan kita makin terjauh dari keredhaan Ilahi......

Marilah kita laksanakan amal-ibadah terhadap Tuhan dgn "Fun",
agar kehidupan dunia & akhirat kita bakal mendapat balasan yg "Fair",
kerana itulah tanggungjawab sebenar insan terhadap Tuhan,
dan ~ kita bakal rasa"keseronokan yg adil & benar" @ "Fun+Fair".

Sekian utk renungan bersama......

Wassallam.

Wednesday, January 6, 2010

Semalam Yang Panjang...

Semalam saya tak berkesempatan menghasilkan coretan,
tambahan pula keadaan kesihatan kurang mengizinkan,
biasalah tu....mana ada insan yg tak dpt "gangguan kesihatan",
hatta...mesin jentera pun boleh meragam tanpa dijangkakan !!!

Dahlah keadaan kesihatan kurang mengizinkan,
kesempatan yg tiba pula tidak bersesuaian,
maka...jadi tergendalalah nukilan yg mungkin di"jelma"kan,
di "alam siber"~ buat tatapan rakan-taulan & kenalan.....

Setelah beristirehat serta "mengambil"ubat,
dgn...Izin Allah ~ Alhamdulillah ada sedikit perubahan,
sementara berpeluang ~ kenalah uruskan mana yg sempat,
setidak-tidaknya ~ bakal berkurangan tanggungan beban.

Menjelang awal petang ~ uruskan hal kenderaan,
maklumlah awal bulan "loan" kenderaan harus dibayar,
kena uruskan sebelum@ikut tarikh perjanjian pembayaran,
kalau tak ~ bakal dapat "Surat Amaran" dari "Bank & Lawyer" !!!

Terlanjur dah menghala ke Pekan,
uruskan pembelian "peralatan rumah" yg perlu dibaiki,
maklumlah...dah rosak & perlukan pengantian,
demi keselesaan & keselamatan "penghuni" di kemudian hari...

Memang tiada niat utk berlama-lama di Pekan,
sekadar menguruskan apa yang telah direncanakan,
tambahan pula keadaan kesihatan kurang "memungkinkan",
utk saya terus "berlegar-legar" tanpa arah tujuan......

Panas terik dari tengahari hingga menjelang senja,
bahangnya terasa hingga sakit kepala & memedihkan mata,
namun...sebagai manusia ~ tidak wajar kita mempertikaikannya,
kerana semuanya ada hikmah tersembunyi dari Yang Maha Esa.

Cuaca panas hingga ke senja membawa hikmah & berkat,
hingga membolehkan anak bujang saya mengambil OT,
ini yg membuatkan dia semakin bersemangat,
serta mendorong diri"nya" utk terus bekerja lagi......

Senja tiba menandakan Waktu Maghrib kini menjelma,
saya mengambil peluang ke Masjid ~ utk sholat berjemaah,
semoga disamping beribadah ~ dpt juga belajar sedikit ilmu agama,
tapi...saya tak lama krn "Ustaz Berbeza" yg menyampaikan kuliah.

Kenapa saya tak terus bersama di majlis ilmu tersebut?
mungkin krn kurang selesa dgn cara penyampaian "Ustaz Berbeza",
tidak seperti "Ustaz Biasa" ~ tenang,berhikmah & tak "melalut",
kita yang mendengarnya rasa tenang di jiwa & lapang di dada.

Selepas Isyak ~ isteri mengajak keluar ke Pekan beralih angin,
juga kerana suasana sejuk terutamanya di waktu malam
serta ingin "pekena" semangkuk dua "ABC Special" yg "dingin",
sambil memerhatikan gelagat manusia yg pelbagai ragam.

Kami singgah sekejap melihat "FunFair***"di Pekan,
pening kepala bila melihat ragam manusia yg "beraneka rupa",
maka...lebih baik balik beristirehat sahaja di kediaman,
lagi "happy" & badan pun rasa lega !!!

Kini semuanya telah selesai & sempurna,
bila dapat beristirehat di rumah ~ sungguh tenang terasa,
dan...tibalah masanya utk kami membuat "taik mata",
apalagi...dgn izin Tuhan ~ tidurlah jawapnya !!!

Demikianlah secebis kisah semalam yg panjang,
utk tatapan anda yang masih sudi bersama,
besok...Insya`Allah kehidupan tetap pasti mendatang,
semoga hari esok akan lebih bermakna buat anda & saya.

Terima kasih kerana masih sudi bersama......

Sekian & wassallam :~~~~~~

( FunFair***~ ceritanya bakal diulas di lain nukilan )

Monday, January 4, 2010

Sejarah Tercipta...

Semalam sejarah tercipta utk anak bujang saya,
dipanggil bekerja tanpa disangka-sangka,
sepatutnya 1~2minggu lagi dijangkakan ia bermula,
tapi..."rahsia & ketentuan" Tuhan tak terduga.

Ikut perancangan awal dia & rakan ingin ber"joging",
dari kaki bukit hingga ke Rumah Api,
maklumlah...nak "release tension"+perasaan "boring",
tapi tertangguh seketika krn hujan turun diawal pagi.

Sementara menunggu hujan reda,
dia membaca & meneliti surat khabar,
panggilan diterima"nya" membawa berita gembira,
harus dtg segera krn peluang kerja kini terbuka lebar !!!

Memandangkan ini kali pertama dia bakal kerja sendiri,
isteri saya meminta agar saya pergi meninjau ''lokasi",
serta menimbangkan akan buruk-baik akibatnya nanti,
maka dgn menunda beliau ~ dari belakang dia saya ekori.

Di "lokasi" saya sempat berbicara dgn Pihak Kontraktor,
serta meninjau "skop" kerja yg bakal dia lakukan,
nak kata saya pandai tidak ~ jauh sekali dari "terrer",
namun....kerja-kerja sebegitu saya memang berpengalaman.

Setelah memberikan sedikit nasihat tambahan,
beliau saya tinggalkan di tempat kerjanya,
penuh yakin ~ Insya`Allah...diharapkan tiada rintangan,
semoga beliau dilindungi oleh Yang Maha Esa.

Hujan turun berselang seli dari tengahari hingga petang,
Sang Mentari sesekali keluar menyimbahkan cahayanya,
beliau saya hubungi seiring dgn kesempatan yg datang,
Alhamdulillah...menurut"nya"~ kerja hari ini senang saja.

Menjelang jam 5.00ptg beliau sampai ke rumah,
awal sedikit dari yg dijangka,
pelbagai reaksi tergambar di raut wajah,
bila dia menceritakan pengalaman kerja yg telah dirasa.

Mungkin kerana pekerjaan itu kurang "glamour " & penampilan,
dia ada menunjukkan kurangnya minat utk meneruskannya,
namun ~ bila dibuat pertimbangan semula adalah satu kerugian,
kerana kerjanya mudah cuma diakui "boring"sikit sahaja.

Tidaklah sesukar buruh kasar yang mengeluarkan keringat,
membanting tulang 4 kerat demi mencari sesuap nasi,
dibandingkan kerja beliau yg melebihkan akal dari kudrat,
serta bertindak juga sebagai "penjaga jentera serta pemerhati".

Mungkin kerana beliau masih muda,
serta pengalaman kerja berat jarang dialami,
itu sebabnya masih keliru pertimbangan diminda,
disinilah peranan kami utk memberikan dia "motivasi".

Berbanding dgn "bakal kerja" yg dia "teraniaya" tempoh hari,
mungkin kerja tersebut seronok sikit ~ kerana ber"air-cond",
namun...lebih baik mencuba dari terus tercari-cari,
setidak-tidaknya ~ duit bakal bertambah dlm buku "akuan".

Bukanlah bermaksud kami ingin "mendera" beliau,
jauh sekali memaksa atau memperdaya"nya" agar dia bekerja,
namun....itu adalah kemahuannya sehingga sanggup "melilau",
berusaha mencari kerja serta meminta pertolongan rakan sebaya.

Sebagai anak lelaki ~ Alhamdulillah...dia mahu berusaha sendiri,
menduga kemampuan diri serta menambah pengalaman,
namun...sebagai ibubapa segala tindakan"nya"harus dipantaui,
agar tidak tersalah membuat keputusan & mengambil tindakan.

Kini.....anak bujang saya telah mula berusaha sambil bekerja,
moga dia mampu mengelolakan peluang yg ada sebaik mungkin,
namun sekiranya itu bukan minat & bidang yg ingin "diteroka",
Insya`Allah.....mungkin kami bakal mencuba bidang yg lain.

Namun...sehingga peluang yang bersesuaian itu tiba,
sementara itu...eloklahlah dia teruskan kerja yg ada,
lebih baik menjaga apa yg dah ada dari mensia-siakannya,
kerana kesempatan yg datang adakalanya satu dalam sejuta !!!

Dan...hari ini dia masih meneruskan kerja semalam juga,
semoga...semuanya berjalan lancar & baik-baik sahaja,
serta kuatkanlah semangat~ jangan mudah putus asa,
anggaplah itu sebagai satu pengalaman yg penuh bermakna.

Selamat Berusaha......

Insya`Allah ~ kalau masih berkesempatan,
saya ingin berkongsikan cerita lagi,
itupun bergantung pada kesihatan diri & keadaan,
dan...sekianlah sahaja utk tatapan anda di kali ini.

Wassallam......