Friday, January 1, 2010

2010 ~ Renungan...

Hari ini Hari Jumaat,
penghulu segala hari dalam seminggu,
hari yg menjanjikan penuh kelebihan serta "berkat",
namun...kita sebagai umat Islam banyak yg tak tahu !!!

Yg kita tahu...masuk kali ini dah 4minggu berturut-turut cuti,
dari Keputeraan Sultan Selangor,Maal Hijrah,Krismas & Tahun Baru,
namun...pengisian Hari Jumaat banyak yg "lampong" dari "berisi",
mungkin itu tandanya kita masih cuai atau kurang berilmu !!!

Yg kita tahu...hari ini Tahun Baru Masihi 2010 baru bermula,
ramai kalangan kita pasti akan bersuka-ria,
tak sabar-sabar menantikan detik 12mlm tiba,
kerana ingin turut serta seluruh penduduk dunia meraikannya...

Dalam keseronokan kita jadi terlupa,
pada batas-batas agama serta larangan,
mungkin kerana "terlalai" dgn kegembiraan sementara,
hingga mampu "mengelincirkan" kita dari keimanan kpd Tuhan !!!

Tahun Baru 2010 tiba disambut dgn penuh meriah,
namun...kosong "pengisiannya" tanpa "pengabdian" kepada Allah,
begitulah bibit-bibit "penyelewengan akidah" yg disemai oleh Penjajah,
menyebabkan akhlak umat Islam kini semakin "parah" !!!

Sedangkan kita sahaja buat-buat lupa tentang Tahun Hijrah 1431,
yg baru masuk ke minggu ke2 hari ini,
yg mana "doa di Akhir Tahun Hijrah" dipohon sambil "berteleku",
tanda penyesalan kita kerana "menderhakai" perintah Ilahi...

Dan antara intipati "doa di Awal Tahun Hijrah" yg kita hajatkan,
memohon perlindungan dari Syaitan & pengikut-pengikutnya,
juga dari nafsu yg sentiasa menyuruh ke arah kejahatan,
serta melaksanakan ibadah yg mendekatkan kita pd Yg Maha Esa.

Namun...apakah maknanya semua "doa" kita itu?
bila dgn sewenang-wenangnya kita melupakan apa yg kita minta,
hanya kerana ikutkan "muslihat" Syaitan & tipu daya nafsu,
kita dgn mudah mahu kembali semula ke tabiat buruk lama...

Kita lupa akhlak mulia serta pahala,
bila ikut sama "menjebak" diri & keluarga ke arah maksiat,
dalam bergembira banyak berbaur "syubahah" & dosa,
meraikan Tahun Baru dgn tidak mengikut "syariat".

Tidak salah meraikan ketibaan Tahun Baru 2010,
namun jgnlah hingga kita "melalaikan" perintah Tuhan,
tinggalkanlah apa yg ditegah & buatlah apa yg disuruh,
barulah hidup mampu diseimbangkan serta bakal beroleh keberkatan.

Kini...terpulanglah pada kita untuk berikhtiar,
agar tidak terus "terpesong" pegangan "akidah"
kembalilah ke pangkal jalan agar tidak tersesat serta terbiar,
dari beroleh keampunan & "hidayah" dari Allah...

Dan......

Insya`Allah ~ kita pasti mampu melakukannya......
mohon maaf atas "ketidaksesuaian" bahasa dan kata sekiranya ada,
yang baik datangnya dari Yang Maha Esa,
yang penuh kekurangan adalah kerana "kejahilan" saya.

Sekian sahaja utk renungan kita bersama.

Wassallam......

No comments: