Monday, November 30, 2009

Rambut...

Rambut membantu kita kelihatan lawa & segak,
terdapat pelbagai warna mahupun corak,
ada yg lurus,kerinting serta ketak-ketak,
Xkurang juga yg takda langsung~berkepala botak.

Bila kita semakin berusia+tua,
rambut yg hitam dah tukar warna,
dulu lebat..kini dah boleh dikira,
fesyen apa pun semua dah Xkena!

Wang & masa Xjadi halangan,
rambut yg putih kembali dihitamkan,
Xkurang juga yg buat rawatan,
agar rambut kembali nampak menawan!
barulah rasa diri penuh berketrampilan,
walaupun sebenarnya usia dah di penghujung jalan......

Gaya rambut mencerminkan personaliti,
terutamanya remaja @ muda-mudi,
kemas,berseni @ rupa orang Xmandi pagi,
atau.....trend botak~ pilihlah sendiri.

Terdapat pelbagai gaya & fesyen rambut terkini,
pilihan anak muda silih berganti setiap hari,
ada "patent" landak serta itik serati,
ataupun macam berus gigi,
tak lupa juga kerinting bak tali guni!
hatta mcm mop yg baru beli,
mereka kata...itulah seni,
tp pada kita.....alahai....rasa rimas+genyi

Dulu rambut hitam kini dah tukar "colour",
coklat,emas,biru,hijau hatta merah juga,
mungkin mereka rasa amat bergaya,
dapat melaram Xtentu hala.

Mereka rasa kembang hidung+kembang dada,
dapat memperaga fesyen rambut yg "up to date"sangkanya,
di Shopping Complex "Grand" mereka ber"fiesta"
menarik perhatian pengunjung mahupun penjaja.

Bangsa asing tersenyum simpul+ketawa,
melihat anak bangsa kita yg semakin leka,
jerat & dakyah mereka telah "mengena",
sedikit demi sedikit mengurangkan iman di dada....
menghanyutkan mereka dgn tipu muslihat dunia,
serta terus tersesat hingga ke akhir masa.

Alahai......anak muda bangsa kita,
jgnlah mudah alpa+lupa,
segeralah sedar ~ itu semua permainan dunia...
~jgnlah sia-siakan duit & juga masa,
krn rezeki Xdtg tanpa usaha,
dan masa muda hanya seketika,
isilah ia dgn perkara berfaedah+berguna,
agar Xdpt dosa tetapi dpt pahala......
buat bekalan di hari tua & di akhirat sana.

~Hmmm.....Itulah saja untuk hari ini,
di lain kali ber"bloging" lagi.

Wassalam.

Hadiah

Pemberian atas tanda ingatan digelar Hadiah,
Pemberian tanpa mengharapkan balasan dipanggil Sedekah,
Pemberian tanda penghargaan diistilahkan Anugerah,
Pemberian mengharapkan balasan dinamakan Rasuah,
Pemberian yang tak kesampaian tandanya Sj ambil mudah!
Asyik menerima tanpa Xmahu memberi maknanya Bagai muka Xsudah!

Seseorang pernah bertanya kpd sy......
apakah bakal beliau terima sempena Majlis Perkahwinan beliau dgn kekasih hati......
Masa tu kami bersembang di dapur pd suatu pagi,
bersama ibu* beliau sambil menikmati juadah yg tersaji,
serta ditemani oleh si isteri.
( **Al-Fatihah ~ Si Ibu telah kembali menghadap Ilahi )

Dalam gelak ketawa sy berperi......hadiah yg `teristimewa` yg penuh bererti!
Bila ditanya apakah gerangannya berulang kali......
akhirnya sy menjawap ~`Hadiahnya... kasih sayang!`, jwpnnya mudah sekali!

Beliau `merenggek-renggek` Xtahu hadiah sebegitu.....
mungkin kerana dah lali & jemu,
@ mungkin teringin sesuatu yg baru.
Pastinya hadiah berupa benda berisipadu
bukan sesuatu yg `Maya`~yg dicapai Xmampu!
Mungkin hadiah sebegitu mampu menceriakan beliau walau masa berlalu......
krn ada sesuatu untuk dikenang ketika itu.

Si ibu* ketawa geli hati melihat gelagat & ragam kami......
macam budak-budak yg Xmatang lagi!
( **Al-Fatihah ~ Semoga Allah merahmati si Ibu yg telah pergi...)

Kini......
Perkara tersebut telah tinggal kenangan & tersimpan kukuh dlm ingatan.
Hari-hari yg dilalui merupakan kenyataan & bukan khayalan.
Kelmarin sejarah tercatat bt beliau yg dulunya `solo` kini telah berteman.
Hajat & permintaan beliau telah sy tuniakan...
walaupun satu masa dulu ianya hanya usikan+gurauan.

Hadiah yg diminta telah diserah,
tatkala Majlis Akad Nikah berlalu sudah,
Xmahal mana ~ maklumlah murah,
namun...nilainya mudah-mudahan membawa baroqah!

Hadiah berupa benda mungkin pd beliau mempunyai nilai sentimental,
krn lain individu lain persepsi nilai-nilai magikal,
mungkin itu mampu menceriakan fizikal & spiritual,
krn....rahsia tuhan kita Xmampu duga & ramal!

Dan......
Mungkin `renggekan` beliau suatu masa dulu telah Allah perkenankan,
krn hadiah berupa benda lebih menjadi kenyataan,
sedangkan hadiah kasih sayang seperti disampingkan,
krn dugaan masa,kesesuian dan keadaan......
telah tidak mengizinkan bt sy menghulurkan bakti+sumbangan,
berupakan kudrat & kepakaran......
Kehadiran hanya ikut kesempatan...
@ sekadar `tempelan` di majlis penuh sejarah+keceriaan.

~Hmmm......entahlah......

Mungkin hadiah sebegitulah yang telah ditentukan Allah.....
Buat beliau dr hambaMu yang lemah & pasrah.

Saturday, November 28, 2009

Al-Fatihah & Al-Kisah......

Al-Fatihah......

Hari ini genap 6 hr mantan Imam dikariah sy kembali ke rahmatullah.
~Berhijrah dr dunia yg fana ke alam barzah......
menanti kelak dihidupkan semula di padang masyhar sebelum dapat mengadap Allah.
Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orgX2 Soleh & Syuhadah.
Dan......kita juga seperti beliau bakal menyusul mengikuti jejak & langkah...Insya`Allah.

Pemergian beliau memang Xdisangka-sangka krn Xda alamat+tanda,
suasana ceria pd paginya bertukar duka tika malam tiba,
memberi kejutan pd rakan & taulan hatta gunting dlm lipatan!

Hubungan sy bersama Allahyarham agak mesra,
tp Xseakrab mana mungkin krn jurang usia,
@ mungkin krn masingX2 sibuk dgn komitmen & kerjaya.
Masjid ~ tmpt kami sering berjumpa+berkongsi cerita,
ketika selesai sholat fardu bersama......
sambil berisirehat selepas penat bekerja,
@ sewaktu kuliah tiada @ ketika menikmati juadah selepas doa arwah dibaca...
sementara menunggu waktu Isyak tiba.
Sesekali kami duduk semeja @ dlm majlis yg sama ~ di majlis kenduri-kendara,
mahupun ketika menjadi saksi di majlis merisik+peminangan juga,
pertunangan & perkahwinan serta kematian sesama saudara seagama.....

Namun...semuanya berubah bila tsunami politik dtg melanda
~ merubah tampuk kuasa hingga pertadbiran masjid terkena tempiasnya.
Tidak tercalon utk sebarang jawatan bagi sesi Jun 2009~2012 mengundang saat gerhana
~terasa diri Xdiumpama lebihX2 lagi tika usia meningkat tua
~jiwa mudah+cepat terasa & merasa hiba (mungkin itulah sebabnya nak dijadikan cerita),
diburukkan lagi dgn ragam ekstrimis yg gila pangkat dan kuasa
~suka bertindak membabi-buta serta tanpa usul & periksa
Xsabar menunjukkan belangnya walaupun jangkamasa peralihan kuasa berbaki sebulan dua
buat jawatankuasa yg lama......majoriti kena reject bila Xsekepala!

Dulu masyarakat aman sentosa kini porak-peranda......
angkara perubahan drastik Xsemena-mena hinggakan adakalanya
pada ekstrimis lebih-lebih lagi yg muda ~ niat membolehkan cara & flexible pula
ikut suasana & ikut suka+citarasa mereka! Kalangan ekstrimis yg tua...main ikut saja.
Mungkin... kini fahaman masyarakat setempat telah mula berbeza
maklumlah...ilmu agama anak muda kini hebat-hebat belaka
~ paling cikai pun Ijazah Sarjana Muda kalau tidak pun Phd bergelar Doktor,
berbanding orang tua-tua yg ngaji setakat sekolah pondok sahaja......
Mungkin...mereka ini lebih arif ilmu agama maklumlah dah merantau seluruh pelosok dunia,
menggandakan ilmu di dada serta mungkin...berbagai pengikhtirafan telah diterima.

Masyarakat kini terpaksa menerima perubahan secara suka @ terpaksa
dan ada juga yg jadi mangsa angkara percaturan kuasa serta sengketa duluX2 kala.
Kalau dulu...pendekatannya liberal & bertimbang rasa
tp kini provokasi serta mudah sgt nak ajak berlaga!
Kalau perubahan kuasa mampu memperbaiki suasana lama
yg dikatakan masih di takuk lama ~
mungkin masyarakat tempatan akan turut serta dgn rasa rela+gembira
namun......kalau yg diberi amanah+kuasa hanya indah khabar dr rupa
serta pandai bersandiwara+main silap mata @ hanya nak glamour,
alangkah...alangkah baiknya jika meletakkan jwtn sj & jgnlah makan gaji @ elaun buta
~jgnlah tambah dosa sedangkan dosaX2 yg dulu pun belum habis tercerna!
~jgnlah mengundang umpat keji & nista dr manusia...Apa Xmalu ke rasa?
Namun...pada mereka yg ikhlas bekerja & berfahaman sederhana,
teruskan usaha murni anda demi agama,bangsa & negara.

~Hmmm......tak tahulah sampai bila kekusutan ini akan bermaharajalela...

Perkara yg berlaku telah berlalu......
Dan utk mengubahnya dr lipatan sejarah~kita memang Xmampu.
Kena terima seadanya walaupun rasa Xpuas hati amat berbuku!
Sabarlah saje...hingga tiba saat itu......
~ Insya`Allah kelak Hidayah Allah pasti dtg membantu.
Moga kekalutan itu segera berlalu...mengembalikan perpaduan umat Islam khasnya Melayu!

Allahyarham pun telah tiada di dunia nyata...berhijrah ke alam barzah tanpa
merasa susah+payah ~ angkara manusia berkewarasan lemah+rendah.
Beliau `berhijrah` tanpa byk cacat & cela serta dugaan yg bertimpa-timpa.
Mudah & bersahaja...Xbyk karenah & tanpa terfitnah.

Semuanya lancar dr mula hingga ke sudah,
Pengurusan jenazah pun mudah,
ramai yg dtg berziarah,
membaca doa sebagai sedekah hatta bersama bersholat sunat jenazah.

Mungkin itulah anugerah Allah tanda redhaNya
pd Allahyarham atas segala pengorbanan & jasabakti sesama manusia
serta mungkin sedekah jariah semasa hajatnya ada
atau mungkin juga krn amal ibadahnya pd Yang Maha Esa...

Hanya Allah yg tahu segala rahsiaNya & rahsia kita.
Wallahualam......

Kita yg masih tersisa hayat di dunia ini masih tertanya-tanya......
bagaimanakah kelak dugaan kita tatkala ajalmaut dtg menyapa?

Mudahkah?
Payahkah?

RenungX2kanlah & ......semoga kita beroleh hidayah.

Yg baik dtgnya dr Allah,
Yg serba-serbi kurang itu krn diri ini......

Maaf dipohon atas keterlanjuran bahasa & kata.
Wassalam!

Thursday, November 26, 2009

Yeyeh...Esok Hari RayaX2

Pejam celikX2...tauX2 je esok Hari Raya Qurban akan tiba.Masa beredar begitu pantas
tidak terasa,meninggalkan kita yang adakalanya lalai & lupa ttg tanggungjawab kita pada
Yang Maha Esa.Pada mereka yang sentiasa ingat & berusaha melaksanakan amanah kepada
Yang Maha Esa ~Alhamdulillah & Tahniah kpd mereka~semoga dilipatgandakan usaha serta diperbaiki mana-mana yang kurang sebaiknya.Dan...mudah-mudahan Allah merahmati mereka di dunia & di akhirat kelak.....Insya`Allah.
Meraikan kehadiran Hari Raya Qurban esok pastinya amat dinanti-nantikan oleh para Tetamu Allah yang menunaikan Rukun Islam yg ke 5 di Tanah Suci Mekah & tidak ketinggalan juga kita yang berada di dalam negara.
Suasana mungkin hampir serupa walau dimana juga sambutan hari kebesaran Islam itu diraikan, cuma di sesetengah tempat/negeri dlm negara kita kemeriahannya berbeza.
Acara Qurban akan bermula dr esok hingga raya ke 3.Pasti byk lembu,kerbau & kambing bakal berjasa kepada manusia & kita juga amat mengharapkan Qurban tersebut diterima oleh
Yang Maha Esa.
Suasana menjelang kehadiran Hari Raya Qurban esok amat`menceriakan` terutamananya di:-

~Pasar-pasar :

Manusia dr pelbagai lapisan masyarakat baik yang tua & muda berpusu-pusu
berbelanja & mencari aneka bahan utk persediaan juadah esok+ lusa.Pasar yg selalunya
agak lenggang kini terpaksa dijaga oleh Penguatkuasa.Para penjaja dulunya tak seberapa
kini berlipat ganda jumlahnya.Lot parking dulu 1 jadi 2 kini sampai dah Xjumpa-jumpa.
Manusia berlumba-lumba menunjukkan aksi & menghulurkan duit ~ bertukar barang
dan benda demi memenuhi cita-cita & selera yg Xkunjung reda.Mana yang nakal tu
sempat juga bermain mata & memang pun ada yg saje-saje cuci mata.
Tak kurang juga yg mencopet mencuri peluang yg tiba + golongan OKU yang Xtahu
dtgnya dr mana~menghulur tong kosong mohon simpati & lebih hebat lg yg Kuak Dada
di lantai dgn aksi yang menghiba-hiba.Alahai...bakal terQurbanlah duit mereka tak
semena-mena.Begitulah `prihatinnya` rakyat negara kita pada benda+suasana.

~ Dapur-dapur :

Para suri rumahtangga@rumah Xda tangga@flat@apartment tentunya sibuk menyinsing
lengan mengeluarkan kung-fu & auranya...berusaha menyediakan masakan & juadah bg
mengikat selera terutama suami yang dah tua-tua takut nanti cari 2.(Org muda pun apa
kurangnya!)...krn mereka Xmahu terkorban mahupun berkorban kasih demi Hari Raya
Qurban yg bakal tiba.Hidangan yg dulunya sedikit kini telah membukit sampai meja pun
senget.Xpa...janji hati puas & di lain kali tidak diungkit-ungkit.Para suami dan anak-anak ~
tolonglah `appreciate`, penat si isteri@ibu bertungkus-lumus di dapur hingga badan dah
bau tengit. Jagalah hati isteri & ibu walaupun sekelumit serta jgn hanya tahu complaint tp
Xmahu langsung menolong meringankan beban walaupun sedikit.....paling tidak pun.....
jgn buat hatinya sakit! Takut kalau tak nanti...Raya tahun ini suasana jadi sepi dah tak
bengit krn isteri merajuk hati bila fikiran dah sempit manakala kita pula masak nasi &
lauk jadi hangus+hangit.So jgn buat perkara mudah jadi rumit.

~Masjid-Masjid :

Tanah/kwsn yang dulu lapang & lenggang kini dah penuh dgn khemah yang berbidang-bidang.
Binatang-binatang yang bakal terQurban esok saling pandang-memandang...berdebar menanti fajar esok yg bakal menjelang.Para petugas gotong-royong ada yg dah berkumpul sambil bersembang-sembang.Ada yg dah mula merancang-rancang bagaimana nak segerakan majlis Qurban agar tak menganggu kelancaran Sholat jumaat yang bakal dilaksanakan dr tgh hari menjelang awal ptg.Hari ini kehadiran ahli masyarakat bg melaksanakan majlis tersebut kelihatannya amat kurang......tp.....rasaX2nya esok insya`Allah ramai yg bakal datang...maklumlah sambil membantu mungkin berpeluang membawa sedekah daging & tulang, sekilo dua pun Alhamdulillah~ mungkin boleh dibawa pulang.....dapatlah jimat duit serta boleh guna buat beli barang lain mana yg terkurang.Semoga......Jgn ada yang diseludup keluar daging & tulang sebelum agihan pada yang hak diberikan sebagaimana dirancang.Para petugas selalunya utk mereka telah tersedia dalam bentuk agihan Qurban & cenderamata.Dan adakalanya jumlahnya berganda-ganda!......Ingatlah amanah & hak sesama kita agar di hari kelak tak byk yg bertanya!

Yeyeh...esok hari raya.

Ada yang suka & ada yang duka terutama yang Veteran krn memekirkan usia yang semakin tua tambah-tambahan pula ada antara mereka yang dah Lone Ranger & kudrat pun dah Xsekuat mana...serta ingatan pun dah mula nak lupa.Masih adakah yg prihatin kepada mereka sempena Hari Raya esok yang bakal tiba?Mungkin itu persoalan yg bermain dibenak/jiwa.
Yang Berkeluarga pula berkira-kira dengan budgetnya maklumlah cuti sekolah telah bermula~berziarah mahupun diziarahi semuanya perlu fulus tersedia.Yang Muda pula mungkin berura-ura nak habiskan masa bersama keluarga,kekasih atau berkelana maklumlah bakal bercuti panjang mulai petang ini hingga tulatnya.
Anak-anak kecil mereka apa tahunya......Happy senantiasa......Xperlu banyak fikir mcm org dewasa.Walaupun Hari Raya Qurban Xsemeriah Hari Raya Aidil Fitri namun pada mereka,ia tetap sama krn nama pun Hari Raya~Hari untuk diRayakan.Jadi...mereka pun nyayikanlah......
Yeyeh...esok hari raya.....esok hari raya...esok hari raya!
Seronokkan jadi budak-budak! So...mari kita join sekali nyayi mcm mereka.....
Yeyeh...esok hari rayaX2.

Selamat Hari Raya Qurban & Maaf Zahir+Batin.

Tuesday, November 24, 2009

Walimatul Urus II + I

Ingatkan cete ttg Majlis Walimatul Urus telah selesai hari kelmarin,tup-tup... ada pula 1 cete sensasi timbul semalam.Tempoh hari kita telah bercerita ttg jemputan & gotong-royong, apa kata kali ini kita sembang ttg juadah pula,ok?

Penyediaan juadah utk para tetamu memerlukan perancangan yg teliti & memerlukan skil yg diakui kepakarannya serta aspek kebersihan yg tidak boleh dikompromi...maklumlah nak menjamu ratusan/ribuan tetamu.
Meraikan tetamu dgn layanan yg mesra tetap tidak sempurna jika juadah yg tersedia tidak menepati citarasa pengunjung & meninggalkan kesan sampingan beberapa jam kemudian.
Mungkin tuan rumah @ tukang masak ingin melakukan perubahan menu makanan dgn menggenenggahkan bbrp masakan eksotik... tp bila pelik semacam je...kita pun bakal tertanya-tanya,masak apa gerangan agaknya ni!
Mana tetamu yg teringin mencuba pasti takkan melepaskan peluang utk merasa,manakala mana tetamu yg terpaksa merasa krn dah tiada opsyen,pastinya bertawakal sj.
Kalau tiada kesan sampingan......kita masih boleh terima namun bila majoriti tetamu kemudiannya mengadu sakit perut tahap maxsimum gila...Mana Xnya~perut rasa bagai ditarikX2 & dipulasX2....hingga ada yang pergi klinik @ hospital ambil ubat,ni apa cete? ( Nak report polis kendian pasang Lawyer agar boleh saman ratusan juta? Supaya mudah jadi orang kaya! Nak?Macam orang sekarang....heX5...haX5...hoX5...PakCik KayoX2)

Perlukah tuan rumah tersebut dipersalahkan?@ tukang masak yang diamanahkan?@pembantu yang menyediakan bahan-bahan masakan & peralatan?@penanggah yg menghidangkan makanan?@ pencuci pinggan +cawan?@ lalat yg berhinggappan & menghasilkan larva di sajian?@ perut kita yang tak boleh terima & tahan?...atau memang pun keracunan makanan?

Niat yang baik asalnya telah bertukar nista.Pahala yg dicari dah tukar dosa.Bukan hanya pada tuan rumah..tetamu pun sama.Pendek kata kedua-dua pihak pun terkena kesannya.Termasuklah orang yg tengah bercerita & ahli keluarga.

so...lain kali, kalau ingin mencuba sesuatu menu yang baru + ganjil baik oleh pihak tuan rumah hatta tetamu juga...fikir-fikirlah! Agar pisang tak berbuah 2X dan berkali-kali-kali-kali!

Sunday, November 22, 2009

Walimatul Urus II

Suasana di Majlis Walimatul Urus penuh warna-warni~dr segi pakaiannya,gelagat & ragam manusia dan tidak lupa juadah yang disajikan......
Kini tema warna sedondon amat popular digayakan oleh keluarga pengantin.Selalunya tema mereka selari dgn warna pelamin dan renda khemah.Mujurlah mutu fabrik pakaian sedondon tersebut tak sama dgn fabrik renda khemah tadi...kalau tidak....Haru!
Dikesempatan itu juga,kita akan dapati ramailah peragawati & peragawan tak berbayar malaram bagai nak rak dari hujung rambut hingga hujung kaki (Klasss Gituuuu...).
Beraneka gaya pakaian & asesori dipamerkan buat tatapan masyarakat.Ada yg nampak anggun dan tak kurang pula yang janggal rupanya.
Juadah/menu utama biasanya 5-6 jenis shj tapi kalau lebih tu kira exstra+bonus untuk para tetamu.Itu belum campur lagi pencuci mulut~biasanya bubur kacang hijau@pulut hitam menjadi pilihan popular dewasa ini.

Bagi yang mempunyai ruang /kawasan yang luas,tenaga kerja yang ramai,kesepakatan
masyarakat yang baik serta budjet yang bersesuaian,majlis boleh/selalunya dilaksanakan secara gotong-royang.Mana yang tak mahu pening kepala dan budjet pula agak loaded,catering adalah piilihan terbaik untuk keluarga pengantin.
Majlis resepsi selalunya tak lama~dr jam 11 pagi hingga 5 petang.

Bercerita tentang gotong-royong......

Biasanya beberapa minggu sebelum majlis tersebut dilangsungkan,jemputan & kenduri arwah akan diadakan di rumah bakal pengantin.Di majlis yang sama juga pecahan bidang tugas diagihkan kepada mereka-mereka yang berpengalaman,pakar dan dipercayai demi memastikan kelancaran sewaktu menghadapi majlis yang penuh bersejarah itu nanti.
Masing-masing faham akan tugas yang telah diamanahkan dan pastinya berusaha memberikan
khidmat yang terbaik demi tidak menghampakan harapan tuan rumah.Kerja yang susah pada mulanya kini jadi mudah.Tambah baroqah lagi bila tuan rumah adalah seorang yang pandai mengambil hati,memahami,bersimpati,merendah diri dan bermurah hati ~
Itu yang timbulnya acara cabutan bertuah untuk para petugas/penanggah sebelum majlis berakhir bagi mewujudkan suasana gembira setelah penat hampir seharian membantu agar majlis berjalan lancar.Hadiah-hadiahnya tidaklah seberapa :- kain,tuala,tupperware,mug,barang-barang makanan dll~mudah dan murah tp yg mahal & mewahnya adalah kerana mereka rasa dihargai oleh tuan rumah yang bermurah hati & bermurah rezeki.
Namun sekiranya tuan rumah lebih bermurah hati & tahu menghargai jasa yang ditaburkan oleh mereka-mereka yang benar-benar menjayakan majlis tersebut,tuan rumah suami isteri kemudiannya /lazimnya akan bertandang menziarahi mereka-mereka itu demi mengucapkan terima kasih serta menghulurkan saguhati tanda kesyukuran krn semuanya berakhir dengan baik.

Dan ada satu acara sampingan yang tak bagus.....disesetengah tempat selepas berakhirnya majlis walimatul urus pada sebelah siangnya,disebelah malamnya acara Berkareoke & Joget Lambak akan diadakan demi meraikan pengantin baru,rakan & taulan sekampung.
Berlambak-lambaklah seisi kampung & seisi perumahan datang untuk join juga,
Berlambak-lambaklah suara-suara sengau berkumandang ke udara di malam buta,
Berlambak-lambaklah kalangan muda + tua terkinja-kinja berjoget bagai nak gila,
Berlambak-lambaklah mereka tertawa hingga lupa diri & dunia,
Berlambak-lambaklah gugur pahala sebelumnya berganti dosa,
Berlambak-lambak-lambak-lambaklah Syaitan ketawa gembira krn berjaya memesongkan/
menyesatkan akidah mereka & tambah dosa serta berpeluang menjadi teman kelak di Neraka.

~Hmmmm......Kesimpulannya......

Yang baik jadikanlah tauladan & ikutan,
Yang buruk jadikanlah sempadan.......& mohon dijauhkan Tuhan.

Tepuk dada tanya selera!

Sekian.

Walimatul Urus

Walimatul Urus@undangan ke majlis perkahwinan kini telah bermula seiring dgn cuti sekolah yang telah tiba.
Memenuhi undangan dan melepaskan hajat/niat baik seseorang dalam Islam & adat amatlah digalakkan.Disamping dapat datang berkunjung, kita juga dapat menikmati juadah,menyaksikan adat-istiadat,berjumpa + bergaul mesra dgn rakan-rakan@saudara mara yg telah lama tidak bersua serta mengeratkan kembali silatulrahim yang telah terjalin/lama terputus ......dll.
Biasanya semakin banyak jemputan yg kita terima bermakna semakin ramailah kenalan & taulan yang menghargai kita.Begitulah juga sebaliknya.

Ada beberapa kategori/cara jemputan dan selalunya tindakbalas yg diterima (dari pengamatan sy dan pengalaman) adalah bergantung dari cara jemputan itu dilaksanakan:-

~a) Bertandang,menjemput dan menyertakan kad jemputan serta kerap berhubungan.
~menunjukkan pengharapan yang tinggi agar penerima dapat menghadirkan diri.
( Penerima dgn segala daya upaya akan menghadirkan diri serta sedia membantu )

~b) Bertandang & menjemput tanpa kad jemputan serta sesekali berhubungan.
~menunjukkan kehadiran penerima dialu-alukan.
( Penerima akan hadir tapi dgn separuh daya upaya serta boleh membantu )

~c) Menjemput sewaktu berjumpa di lain-lain tempat & disertakan surat jemputan.
~menunjukkan kehadiran penerima digalakkan.
( Penerima akan hadir bila berupaya & boleh jadi membantu@boleh jadi pemerhati )

~d) Menjemput dgn menyampaikan kad/pesanan samada melalui orang lain@ dlm peti surat,
~menunjukkan kehadiran penerima diimpikan.
( Penerima akan hadir ikut suka/keadaan & jadi pemerhati@cepatX2 angkat kaki )

~e) Menjemput dgn kad tp tak bernama.
~menunjukkan kehadiran penerima tidak ditekankan sangat.
( Penerima akan mempertimbangkan kehadirannya )

~f) Langsung tak dijemput~EhemmmX3...Takkan tak faham-faham lagi...tak payahlah dtg!

So.....anda rasa anda dalam kategori yang mana? Dan bagaimana pula tindakbalas yang anda akan lakukan?

Bersambung.....

Saturday, November 21, 2009

Yahoo.....

Yahoo......Hari ini cuti sklh telah bermula.Anak-anak yang bersekolah rendah dan menengah rendah pasti happy bukan main.Yg menengah tinggi tu pasti terus berdebar-debar dan study hingga nak pecah kepala krn tengah tension menghadapi Exam mahupun yang bakal menghadapinya.
Mana-mana anak remaja yg tengah Cuti Sem pun tumpang happy macam budak-budak junior tu & mungkin mengalahkan lagi happy bukan main budak-budak junior + adakalanya terover pula.
Hmm...semalam dalam khutbah Jumaat,Khatib ada berpesan-pesanan agar tempoh masa beristirehat yang agak panjang untuk anak-anak junior itu,diisi dengan program-program yang berfaedah ~untuk spiritual & fizikal.

Antara program spiritual yang disyorkan:-

~1) Smart Sholat (bukan smarttag!)
~2) Kelas Qiraat.
~3) Kem Ibadah & Qiamulail
~4) Program Jati Diri
Dan beberapa program lain yang maksudnya hampir serupa tapi nama/tajuk aje berbeza.

Antara program fizikal yang disyorkan:-

~1) Rakan Masjid
~2) Summer Camp (apa cete...sekarangkan musim hujan!)
~3) Jungle tracking
~4) Gotong-Royong
Dan beberapa program lain yang maksudnya hampir serupa tapi nama/tajuk aje berbeza.

Betapa beruntungnya anak-anak junior zaman sekarang.Banyak program yang telah dirancangkan dan telah tersedia oleh pihak berwajib baik kerajaan,NGO dan individu + orang yang berniaga!
Matlamatnya ~untuk mengisi masa cuti panjang yang terluang dgn aktiviti berfaedah.Bukankah beruntungnya....
Berbeza dgn anak-anak zaman dulu-dulu,cuti sekolah yang panjang sebegini mereka akan mengikuti keluarga gi bercuti : mana keluarga yang lebih loaded sikit ~mereka akan gi melancong,mana keluarga yang kurang loaded sikit ~ mereka akan balik bercuti di kampung dan mana keluarga yang memang tak loaded-loaded ~ mereka akan melepak kat rumah! (Dulu-dulu mana ada part-time & kalau ada pun boleh kira dengan jari).
Walau dalam kategori mana pun mereka ditempatkan,hubungan kemesraan & kekeluargaan tetap terjalin kukuh.
Bercerita tentang percutian di kampung....ada yang pergi & balik bersama keluarga.Dan...ada yang pergi bersama keluarga tapi tak balik~kena tinggal kat kampung! Lama pulak tu......
Mula-mula tu memanglah tak seronok tp kemudian terlebih seronok hingga tak nak balik-balik walhal cuti sekolah dah nak habis.
Mana taknya.....dapat membelau dari pagi hingga petang,main aje.....kalau balik rumah pun pasal kena makan tengahari@sholat....yg lain tu...mainX5.Panjat pokoklah,kejar ayamlah,lastik burunglah,main lawan-lawan spiderlah,main PoliceSentri,main getah,baling selipar,kejar-kejar
+ nyorok-nyorok,cari ikan kat paritlah,ikut pak cik cari hasil hutanlah/buah-buahan,ngacau/nolong mak cik kat masak dapur...~dapur kayu lagi tu dan bla..bla..bla.
Bezakan betul suasana dulu dan sekarang.Pengisian masa cuti sekolah itu tetap bermatlamat baik:-diisi dgn aktiviti berfaedah cuma ilmu dan proses pembinaan karakter anak-anak junior sekarang lebih formal jika dibandingkan anak-anak junior dulu-dulu~pembinaan karakter dan penyampaian ilmu ditimba dari pengalaman dan bersahaja.
Macam kata pepatah,`Lain Hulu Lain Parang,Lain Dulu Lain Sekarang`...tapi...parang tetap parang juga walaupun hulunya shj yg lain.Betul kan?
Apa-apa pun......Yahooo.....Hari ini anak-anak/adik-adik kita dah start cuti sekolah.Selamat bercuti & selamat mengisi masa cuti yg panjang dgn aktiviti yang berfaedah.
Dan....pesanan dari kerajaan/orang tua-tua/bijak pandai ...`Awasilah anak anda & jgn biarkan mereka bermain tanpa pantauan lebih-lebih lagi di musim hujan/banjir ini.`

Kreatifviti...

Ingat tak bila kita bangun pagi,kemudian buka tudung saji untuk bersarapan dan tengok-tengok nasi goreng dah terhidang dalam talam?Hmm...lebih sedap lagi kalau judu pulak dgn kuah ikan masak asam pedas semalam yang dipanaskan.Uhhh...ngancam!
Kadang-kala lebihan nasi semalam akan dieramkan dgn ragi sebelum melalui proses untuk membuat dijadikan apam.Alah kueh apam yang digaul dengan kelapa parut tu,ingatkan...
Dan yang paling kreatifnya orang dulu-dulu,lebihan nasi semalam boleh diproses untuk dijadikan kudapan-kudapan yang bolen bertahan lama iaitu sesagun.
Mcmmana buat?Selalunya lebihan nasi tersebut akan dijemur hingga kering, dibuat pengredan dgn mengasingkan mana yang elok dari yang berkulat/hitam,kemudian digoreng,ditoskan sebelum dikisar.
Kelapa putih kemudiannya disanggai dalam kuali hingga garing + gula putih & dikisar.
Bahan-bahan tadi akan digaul bersama dan dibungkus dalam kertas macam orang dulu-dulu meniaga kacang putih. Kalau nak cantik lagi dan kalau nak buat berniaga,renda-renda kertas berwarna akan diletakkan di tapak bungkusan tersebut.So...dah siap.
Tapi ada juga kalangan generasi tua kita yang suka hidangkan sesagun tersebut dalam bentuk agak lembab untuk hidangan minum petang.Cuma beza menyediakannya adalah kelapa tersebut tidak digoreng & tambah air sedikit,namun proses yang lain adalah sama,adunan tadi dimampatkan dlm acuan/tekan dan diketuk keluar semula dari acuan tadi dan....waalaa...siap!
Kreatifkan?Nama pun dah tukar dr sesagun ke kueh semangka.
Tapi kita sekarang bila selak tudung periuk~tengok nasi semalam agak banyak, paling tidak pun yang terlintas difikiran hanya olah semula/modified buat nasi goreng...kira ok lah lagi tu...cuma yang tak ok nya....bila lebihan nasi semalam tersebut dibuang ke dalam tong sampah.~Hmmm....
Kira kreatif jugakan?Kreaif yang merugikan......so...~` U PK lah sendiri`.

Friday, November 20, 2009

Nostalgia...

Kini musim tengkujuh tiba lagi & hujan masih mencurah turun membasahi bumi.Suasana diluar masih seperti semalam juga~Kedinginannya amat mencengkam. Mata semakin layu ~ahh...ngantuknya.
Entah mengapa nostalgia lama dtg bertamu dibenak hati.Mengimbau kenangan semasa melalui saat-saat yg hampir sama ketika di zaman remaja sewaktu di kmpg satu ketika dulu.
Titis-titis air jernih yang menitis di hujung atap nipah amat indah sekali bagaikan juraian mutiara yang bertaburan.Suasana dipersekitaran teratak tempat berteduh diselubungi kedinginan,nyaman dan tenang sekali disulami dgn nyayian sang katak saling bersahut-sahutan bagai berpesta keriangan.Namun sang ayam bermuram durja terperonyok kesejukan di bawah rumah~tak dapat melilau mencari makanan.
Dikejauhan pepohon nyiur meliuk-lintuk disapa kepala angin yang bersimpang siur membawa desir disulami rentak hujan yang beraneka nada.Dan sesekali kedegaran bunyi buah nyiur mahupun pelepahnya berderap menyembah bumi.
Titis-titisan hujan yang menerpa di dada air perigi mengalun olak yang mulanya kecil namun makin berkembang membesar sebelum menerjah ke dinding perigi.Sesekali terlihat kelibat ikan keli yang mengaru-garu permukaan air perigi dengan misai & muncung mulutnya menyangkakan ada makanan yang datang berserta terjahan hujan itu,
Ahh...alangkah indahnya saat itu,sambill memerhatikan fenomena alam ketika itu disulami pula dgn secawan kopi panas dan sepiring ubi rebus bercicahkan goreng belada ikan bilis atau mungkin diregukan dgn sepiring pisang awak masak yang direbus bersulam kelapa parut bercampur gula.Alangkah nikmatnya......
Dan kalau nak buang tabiat pada masa tu dgn bermain hujan,berkubang dalam perigi atau mandi di bawah corong talang air yang menghamburkan bergalon-galon air hujan yang dingin~ takda siapa pun akan bimbang krn pada ketika itu daya ketahanan badan anak-anak zaman dulu jauh lebih tahan dari anak-anak zaman millinieum ini.Ironi ya...dizaman serba kekurangan itu kita jauh lebih sihat,segar dan bugar jika dibandingkan dgn kini~yg serba serbi canggih serta moden.Hmm...kenapa ya?
Tapi kini mungkin sukar untuk menikmati suasana sebegitu lagi krn kehidupan kita makin berubah seiring dgn peredaran masa dan tuntutan pembangunan.Mampukah suasana itu datang kembali menemani diri ini?
Alangkah indahnya ciptaan Tuhan & rahmatNya yang memberikan diri ini sedikit kesempatan untuk menikmati keunikan suasana itu untuk disimpan dalam lipatan diari hidup ini.
Nostalgia yang nostalgik......Alhamdulillah.

Apa Lagi Tu?

Assalamu`alaikum...
Hari ke3 blog ni ada di alam siber & masuk ni dah 3X tukar tittle blog dan ini yg ke3 ~ `IniBukan IlusiBlogspot.com.`MasalahProblem betulll......aparaaa...mana taknya,bila nak cari kat Google Search Engine langsung Xleh jumpa & yg bagusnya tajuk `IniBukanIlusi` pun Xleh jumpaX2 lagi...Apa pasal ya?Nak kata nama bertindih@byk digunakan oleh blogger lain Xda plak!@ salah format ke? @ Xikut arahan Google ke? ~Hmm.....peningX3 @ nak tukar nama lain lagi ke hingga Google Searh Engine bleh jumpa?~Hmm...so U all ada suggestions tak? Mcmana nak solve this problem?

Thursday, November 19, 2009

Alahai.....

Assalamu`alaikum...ooo...Assalamu`alaikum...Assalamu`alaikum...(Jawab jgn X jawab~XJjawab dosa tauuu...).Setelah hampir sejam dok cari mcmana nak masuk blog sendiri, akhirnya berjaya juga.Knp susah sgt? ~Hmm...biasalah tu -masih kurang `PickUp` serta kadar `Celik IT`masih rendah lagi. Saje je bukak blog pagi ni krn semlm Xsempat nak `check final detail layout` maklumlah masa terhad, so hari ni sajeX2lah bukak.Hmm...nampak gajanya kena bt `minor adjustment` utk lebih `molek` ckit tp kena minta tunjuk ajar anak dara sy lah nampak gayanya.Sementara tu para penonton sekelian kena terimalah blog sy ni seadanya.
Ooo...lupa plak pasal semlm...`Kita jumpa selepas ini`...yg tu tu sj aje bt gimik...Hahaha...barulah gempak ckit.

Wednesday, November 18, 2009

Ya Ke Ni?

Hari ni blog `yesnoalright.blogspot.com`dizahirkan di alam siber setelah bertahun-tahun asyik dok baca blog orang. `Ya ke ni ?`...... fikir dok fikir mcm ye tak ye je maklumlah dah tua & ketinggalan jauh dr aspek pencapaian `Celik IT`jika dibandingkan dgn anak-anak zaman sekarang.
Knp lambat buat Blog? ~Hmm...mungkin krn Xtahu kot @ Xda org nak ajar @ memang Xda idea yang canggihX2 nak dikongsikan @ takut dosa (heX5~yalah tuuu...) maklumlah majoriti bloger asyik dok ngata org lain semuanya Xbetul krn pk dia sj yg betul @ bla...bla...bla
Mcmana boleh buat Blog kata tadi Xtahu? ~Hmm...itu kena tny anak dara sylah..dia yg expert & kalau dia Xbantu rasaXnya Xdalah blog ni.
Knp pilih nama `YesNoAlright`? ~Hmm...krn Xreti bhs org putih...bhs org hitam taulah...lg pun krn terkenangkan dialog Mat Deris (semoga Allah berikan kekuatan kpd beliau untuk menempuhi dugaan penyakit Angin Ahmar yg menyerang beliau) dlm cete TV `PimaiX2 Tangtu`, mulaX2 tu nak bt `Lu PK lah Sendiri ` tp takut plak nanti kena saman dgn C Nabil! Mana nak cekuh duit pasal dah byk hari Xnoreh~Hari hujannn...
Knp background gmbr Cakrawala & warna ungu? ~Hmm...krn nak kelainan & rasa kecilnya diri ini dibandingkan dgn kekuasaan Tuhan yg menjadikan segala yg ada di langit & di bumi dan warna ungu tu je yang ada...tp mungkin untuk permulaan kot? Mungkin kalau dah cerdik ckit nanti bleh adjust gmbr lain kot...hmm...tgklah mcmana nanti..
Knp gmbr profil tu gmbr `CloudFinalFantasy`?~HeX3...
Knp ada OST lagu Korea`Jiwang & Tangkap Leleh `tu ? ~ Hmm...krn sy memang minat gila dgn cete tu tp la ni masih siumanlah lagi...
Knp Xtukar lagu tu dgn alunan bacaan ayatX2 suci Al-Quran?~ Alamak...Alabapak,ini soalan cepu emas...stok ada tp takut nanti org kata ter`over` plak tp yg penting `sendiri mau ingat lah`
& mudah-mudah ada yang bantu sesama kita saling ingat mengingatkan...Insya`Allah
Knp Xda gmbr dlm folder? ~Hmm...nama pun baru jadi bt masa ni cete aje lah dulu.
Knp saya tny soalan kendian sy jawab sendiri? Pasal............KITA JUMPA SELEPAS INI....