Monday, November 30, 2009

Rambut...

Rambut membantu kita kelihatan lawa & segak,
terdapat pelbagai warna mahupun corak,
ada yg lurus,kerinting serta ketak-ketak,
Xkurang juga yg takda langsung~berkepala botak.

Bila kita semakin berusia+tua,
rambut yg hitam dah tukar warna,
dulu lebat..kini dah boleh dikira,
fesyen apa pun semua dah Xkena!

Wang & masa Xjadi halangan,
rambut yg putih kembali dihitamkan,
Xkurang juga yg buat rawatan,
agar rambut kembali nampak menawan!
barulah rasa diri penuh berketrampilan,
walaupun sebenarnya usia dah di penghujung jalan......

Gaya rambut mencerminkan personaliti,
terutamanya remaja @ muda-mudi,
kemas,berseni @ rupa orang Xmandi pagi,
atau.....trend botak~ pilihlah sendiri.

Terdapat pelbagai gaya & fesyen rambut terkini,
pilihan anak muda silih berganti setiap hari,
ada "patent" landak serta itik serati,
ataupun macam berus gigi,
tak lupa juga kerinting bak tali guni!
hatta mcm mop yg baru beli,
mereka kata...itulah seni,
tp pada kita.....alahai....rasa rimas+genyi

Dulu rambut hitam kini dah tukar "colour",
coklat,emas,biru,hijau hatta merah juga,
mungkin mereka rasa amat bergaya,
dapat melaram Xtentu hala.

Mereka rasa kembang hidung+kembang dada,
dapat memperaga fesyen rambut yg "up to date"sangkanya,
di Shopping Complex "Grand" mereka ber"fiesta"
menarik perhatian pengunjung mahupun penjaja.

Bangsa asing tersenyum simpul+ketawa,
melihat anak bangsa kita yg semakin leka,
jerat & dakyah mereka telah "mengena",
sedikit demi sedikit mengurangkan iman di dada....
menghanyutkan mereka dgn tipu muslihat dunia,
serta terus tersesat hingga ke akhir masa.

Alahai......anak muda bangsa kita,
jgnlah mudah alpa+lupa,
segeralah sedar ~ itu semua permainan dunia...
~jgnlah sia-siakan duit & juga masa,
krn rezeki Xdtg tanpa usaha,
dan masa muda hanya seketika,
isilah ia dgn perkara berfaedah+berguna,
agar Xdpt dosa tetapi dpt pahala......
buat bekalan di hari tua & di akhirat sana.

~Hmmm.....Itulah saja untuk hari ini,
di lain kali ber"bloging" lagi.

Wassalam.

No comments: