Sunday, November 22, 2009

Walimatul Urus II

Suasana di Majlis Walimatul Urus penuh warna-warni~dr segi pakaiannya,gelagat & ragam manusia dan tidak lupa juadah yang disajikan......
Kini tema warna sedondon amat popular digayakan oleh keluarga pengantin.Selalunya tema mereka selari dgn warna pelamin dan renda khemah.Mujurlah mutu fabrik pakaian sedondon tersebut tak sama dgn fabrik renda khemah tadi...kalau tidak....Haru!
Dikesempatan itu juga,kita akan dapati ramailah peragawati & peragawan tak berbayar malaram bagai nak rak dari hujung rambut hingga hujung kaki (Klasss Gituuuu...).
Beraneka gaya pakaian & asesori dipamerkan buat tatapan masyarakat.Ada yg nampak anggun dan tak kurang pula yang janggal rupanya.
Juadah/menu utama biasanya 5-6 jenis shj tapi kalau lebih tu kira exstra+bonus untuk para tetamu.Itu belum campur lagi pencuci mulut~biasanya bubur kacang hijau@pulut hitam menjadi pilihan popular dewasa ini.

Bagi yang mempunyai ruang /kawasan yang luas,tenaga kerja yang ramai,kesepakatan
masyarakat yang baik serta budjet yang bersesuaian,majlis boleh/selalunya dilaksanakan secara gotong-royang.Mana yang tak mahu pening kepala dan budjet pula agak loaded,catering adalah piilihan terbaik untuk keluarga pengantin.
Majlis resepsi selalunya tak lama~dr jam 11 pagi hingga 5 petang.

Bercerita tentang gotong-royong......

Biasanya beberapa minggu sebelum majlis tersebut dilangsungkan,jemputan & kenduri arwah akan diadakan di rumah bakal pengantin.Di majlis yang sama juga pecahan bidang tugas diagihkan kepada mereka-mereka yang berpengalaman,pakar dan dipercayai demi memastikan kelancaran sewaktu menghadapi majlis yang penuh bersejarah itu nanti.
Masing-masing faham akan tugas yang telah diamanahkan dan pastinya berusaha memberikan
khidmat yang terbaik demi tidak menghampakan harapan tuan rumah.Kerja yang susah pada mulanya kini jadi mudah.Tambah baroqah lagi bila tuan rumah adalah seorang yang pandai mengambil hati,memahami,bersimpati,merendah diri dan bermurah hati ~
Itu yang timbulnya acara cabutan bertuah untuk para petugas/penanggah sebelum majlis berakhir bagi mewujudkan suasana gembira setelah penat hampir seharian membantu agar majlis berjalan lancar.Hadiah-hadiahnya tidaklah seberapa :- kain,tuala,tupperware,mug,barang-barang makanan dll~mudah dan murah tp yg mahal & mewahnya adalah kerana mereka rasa dihargai oleh tuan rumah yang bermurah hati & bermurah rezeki.
Namun sekiranya tuan rumah lebih bermurah hati & tahu menghargai jasa yang ditaburkan oleh mereka-mereka yang benar-benar menjayakan majlis tersebut,tuan rumah suami isteri kemudiannya /lazimnya akan bertandang menziarahi mereka-mereka itu demi mengucapkan terima kasih serta menghulurkan saguhati tanda kesyukuran krn semuanya berakhir dengan baik.

Dan ada satu acara sampingan yang tak bagus.....disesetengah tempat selepas berakhirnya majlis walimatul urus pada sebelah siangnya,disebelah malamnya acara Berkareoke & Joget Lambak akan diadakan demi meraikan pengantin baru,rakan & taulan sekampung.
Berlambak-lambaklah seisi kampung & seisi perumahan datang untuk join juga,
Berlambak-lambaklah suara-suara sengau berkumandang ke udara di malam buta,
Berlambak-lambaklah kalangan muda + tua terkinja-kinja berjoget bagai nak gila,
Berlambak-lambaklah mereka tertawa hingga lupa diri & dunia,
Berlambak-lambaklah gugur pahala sebelumnya berganti dosa,
Berlambak-lambak-lambak-lambaklah Syaitan ketawa gembira krn berjaya memesongkan/
menyesatkan akidah mereka & tambah dosa serta berpeluang menjadi teman kelak di Neraka.

~Hmmmm......Kesimpulannya......

Yang baik jadikanlah tauladan & ikutan,
Yang buruk jadikanlah sempadan.......& mohon dijauhkan Tuhan.

Tepuk dada tanya selera!

Sekian.

No comments: