Saturday, November 21, 2009

Kreatifviti...

Ingat tak bila kita bangun pagi,kemudian buka tudung saji untuk bersarapan dan tengok-tengok nasi goreng dah terhidang dalam talam?Hmm...lebih sedap lagi kalau judu pulak dgn kuah ikan masak asam pedas semalam yang dipanaskan.Uhhh...ngancam!
Kadang-kala lebihan nasi semalam akan dieramkan dgn ragi sebelum melalui proses untuk membuat dijadikan apam.Alah kueh apam yang digaul dengan kelapa parut tu,ingatkan...
Dan yang paling kreatifnya orang dulu-dulu,lebihan nasi semalam boleh diproses untuk dijadikan kudapan-kudapan yang bolen bertahan lama iaitu sesagun.
Mcmmana buat?Selalunya lebihan nasi tersebut akan dijemur hingga kering, dibuat pengredan dgn mengasingkan mana yang elok dari yang berkulat/hitam,kemudian digoreng,ditoskan sebelum dikisar.
Kelapa putih kemudiannya disanggai dalam kuali hingga garing + gula putih & dikisar.
Bahan-bahan tadi akan digaul bersama dan dibungkus dalam kertas macam orang dulu-dulu meniaga kacang putih. Kalau nak cantik lagi dan kalau nak buat berniaga,renda-renda kertas berwarna akan diletakkan di tapak bungkusan tersebut.So...dah siap.
Tapi ada juga kalangan generasi tua kita yang suka hidangkan sesagun tersebut dalam bentuk agak lembab untuk hidangan minum petang.Cuma beza menyediakannya adalah kelapa tersebut tidak digoreng & tambah air sedikit,namun proses yang lain adalah sama,adunan tadi dimampatkan dlm acuan/tekan dan diketuk keluar semula dari acuan tadi dan....waalaa...siap!
Kreatifkan?Nama pun dah tukar dr sesagun ke kueh semangka.
Tapi kita sekarang bila selak tudung periuk~tengok nasi semalam agak banyak, paling tidak pun yang terlintas difikiran hanya olah semula/modified buat nasi goreng...kira ok lah lagi tu...cuma yang tak ok nya....bila lebihan nasi semalam tersebut dibuang ke dalam tong sampah.~Hmmm....
Kira kreatif jugakan?Kreaif yang merugikan......so...~` U PK lah sendiri`.

No comments: