Monday, August 29, 2011

Insya`Allah ~~~ Esok...

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah merahmati kita semua,
berbahagia hidup di dunia serta di akhirat juga,
dipermudahkan segala amal kebajikan diusaha,
secara ikhlas dan berterusan serta berlipat-ganda.

Insya`Allah......

Hhhmmm......

Insya`Allah ~~~~~~
esok......kita mungkin diizinkan Yang Maha Esa,
meraikan Hari Raya Eidul Fitri penuh gembira,
setelah sebulan di bulan Ramadhan kita di duga,
oleh amukan & rayuan nafsu yang inginkan sengketa,
mendorong kita agar kekal bergelumang dengan dosa,
yang cuba merendahkan martabat kita di sisi agama,
hingga kita sering ter"fana" dengan muslihat & tipudaya,
menghakis akidah & ketakwaan kita pada Yang Maha Esa.

Insya`Allah ~~~~~~
esok......kita mungkin jadi insan berbeza mutu akhlaknya,
yang di"tarbiah"kan selama sebulan di bulan Ramadhan,
yang mungkin telah mengilap kembali kekelaman iman di jiwa,
dengan sinar taufik hidayah dan inayah diizinkannya Tuhan,
atau......mungkinkah kita masih kekal dengan sikap lama?
yang tidak mahu ambil pengajaran & melakukan perubahan,
serta mensia-siakan peluang istimewa setahun sekali adanya,
tidak memperdulikan akan kesan & ganjarannya dalam kehidupan.

Insya`Allah ~~~~~~
esok......kita mungkin mahu jadi insan yang lebih bertakwa,
dengan berusaha mengikuti segala perintah & tegahan agama,
menjaga tingkah laku dan adab dalam hidup yang sementara,
berusaha mencari redhaan-Nya di sepanjang masa tanpa "lena",
dalam sedar mahu pun alpa...tika diperhati atau sendirian juga,
hasil usaha ibadah dengan seikhlas mungkin sehabis daya,
selama sebulan di bulan Ramadhan tanpa jemu mahupun leka,
yang mungkin telah mampu menyucikan sedikit diri dari noda.

Insya`Allah ~~~~~~
esok......kita tidak berpeluang lagi seperti sebulan yang lalu,
merebut kepelbagaian ganjaran & kurniaan Tuhan untuk kita,
yang gandaan pahala & kelebihannya amat khusus & tertentu,
yang tidak terdapat pada 11 bulan lain yang sepertinya,
maka...amat wajarlah kita merasa sedih dan sayu,
tika bulan Ramadhan berlalu dan melabuhkan tirainya,
jika amal ibadah kita masih belum meningkat dan bermutu,
tambahan lagi jika peluang itu dengan mudahnya kita persia-sia.

Insya`Allah ~~~~~~
esok......mungkinkah kita bakal tidak berpeluang lagi?
meraikan & merasai kelebihan Ramadhan yang bakal tiba,
kerana perjalanan hidup kita masih kekal sebagai misteri,
mungkin kelak kita tidak berupaya atas faktor masa & usia,
mungkin nanti kita berupaya tapi kehendak kita dizalimi,
mungkin juga kita jadi mangsa keadaan atau sengketa,
mungkin kita amat berkehendak tapi jadi "isu" serta "sensasi",
atau mungkin....kita telah hilang upaya serta tidak lagi bernyawa.

Insya`Allah ~~~~~~
esok......jika kita masih berpeluang lagi untuk mengecapinya,
maka...gunakanlah peluang yang tiba dengan sebaik-baiknya,
raikanlah Eidul Fitri dengan rasa rendah diri & takwa pada-Nya,
cuba kekal tunaikan & sempurnakanlah hak Tuhan pada kita,
disamping kita bersyukur & bergembira sesama seisi keluarga
ingat-ingatlah pada insan-insan tersayang yang telah tiada,
kirim-kirimkanlah doa ~ agar mereka sejahtera di "alam berbeza",
ziarahi sanak-saudara serta rakan taulan yang menghargai kita,
maafkanlah diri kita sendiri & sesama manusia lantaran dosa,
hargailah hidup kita dengan selayaknya sesuai kehendak agama,
jadilah kita insan yang berguna pada Agama+Bangsa+Negara,
......selagi kita masih berpeluang menikmati hidup selaku manusia.

Insya`Allah......jika esok tiba.

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

Ucapan Ikhlas......

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله
~ Kesempatan tiba seketika,
membolehkan saya melakarkan kata-kata,
didoakan ~ semoga kita dirahmati Yang Maha Esa,
kekal beriman & bertakwa hanya pada-Nya.

Insya`Allah......

Sebulan Ramadhan sudah kita berpuasa,
berusaha menahan diri dari melakukan dosa,
pelbagai amal-ibadah dilaksana mencari pahala,
demi mengharapkan keredhaan-Nya sahaja,
Insya`Allah ~ esok...fajar Syawal akan menjelma,
meraikan kita yang telah cuba laksanakan Rukun Islam ke 3,
semoga kita dirahmati Allah di dunia dan akhirat juga,
ucapan ikhlas ~ "Maaf Zahir Batin & Selamat Hari Raya",
untuk anda ~ pembaca Blog ini yang sama seagama,
untuk anda ~ yang mungkin telah mengenali saya,
untuk anda ~ yang mahu membaca Blog ini & masih setia,
dan......semoga keharmonian ini kekal lama untuk anda & saya.

Insya`Allah......

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.