Monday, November 30, 2009

Hadiah

Pemberian atas tanda ingatan digelar Hadiah,
Pemberian tanpa mengharapkan balasan dipanggil Sedekah,
Pemberian tanda penghargaan diistilahkan Anugerah,
Pemberian mengharapkan balasan dinamakan Rasuah,
Pemberian yang tak kesampaian tandanya Sj ambil mudah!
Asyik menerima tanpa Xmahu memberi maknanya Bagai muka Xsudah!

Seseorang pernah bertanya kpd sy......
apakah bakal beliau terima sempena Majlis Perkahwinan beliau dgn kekasih hati......
Masa tu kami bersembang di dapur pd suatu pagi,
bersama ibu* beliau sambil menikmati juadah yg tersaji,
serta ditemani oleh si isteri.
( **Al-Fatihah ~ Si Ibu telah kembali menghadap Ilahi )

Dalam gelak ketawa sy berperi......hadiah yg `teristimewa` yg penuh bererti!
Bila ditanya apakah gerangannya berulang kali......
akhirnya sy menjawap ~`Hadiahnya... kasih sayang!`, jwpnnya mudah sekali!

Beliau `merenggek-renggek` Xtahu hadiah sebegitu.....
mungkin kerana dah lali & jemu,
@ mungkin teringin sesuatu yg baru.
Pastinya hadiah berupa benda berisipadu
bukan sesuatu yg `Maya`~yg dicapai Xmampu!
Mungkin hadiah sebegitu mampu menceriakan beliau walau masa berlalu......
krn ada sesuatu untuk dikenang ketika itu.

Si ibu* ketawa geli hati melihat gelagat & ragam kami......
macam budak-budak yg Xmatang lagi!
( **Al-Fatihah ~ Semoga Allah merahmati si Ibu yg telah pergi...)

Kini......
Perkara tersebut telah tinggal kenangan & tersimpan kukuh dlm ingatan.
Hari-hari yg dilalui merupakan kenyataan & bukan khayalan.
Kelmarin sejarah tercatat bt beliau yg dulunya `solo` kini telah berteman.
Hajat & permintaan beliau telah sy tuniakan...
walaupun satu masa dulu ianya hanya usikan+gurauan.

Hadiah yg diminta telah diserah,
tatkala Majlis Akad Nikah berlalu sudah,
Xmahal mana ~ maklumlah murah,
namun...nilainya mudah-mudahan membawa baroqah!

Hadiah berupa benda mungkin pd beliau mempunyai nilai sentimental,
krn lain individu lain persepsi nilai-nilai magikal,
mungkin itu mampu menceriakan fizikal & spiritual,
krn....rahsia tuhan kita Xmampu duga & ramal!

Dan......
Mungkin `renggekan` beliau suatu masa dulu telah Allah perkenankan,
krn hadiah berupa benda lebih menjadi kenyataan,
sedangkan hadiah kasih sayang seperti disampingkan,
krn dugaan masa,kesesuian dan keadaan......
telah tidak mengizinkan bt sy menghulurkan bakti+sumbangan,
berupakan kudrat & kepakaran......
Kehadiran hanya ikut kesempatan...
@ sekadar `tempelan` di majlis penuh sejarah+keceriaan.

~Hmmm......entahlah......

Mungkin hadiah sebegitulah yang telah ditentukan Allah.....
Buat beliau dr hambaMu yang lemah & pasrah.

No comments: