Saturday, November 21, 2009

Yahoo.....

Yahoo......Hari ini cuti sklh telah bermula.Anak-anak yang bersekolah rendah dan menengah rendah pasti happy bukan main.Yg menengah tinggi tu pasti terus berdebar-debar dan study hingga nak pecah kepala krn tengah tension menghadapi Exam mahupun yang bakal menghadapinya.
Mana-mana anak remaja yg tengah Cuti Sem pun tumpang happy macam budak-budak junior tu & mungkin mengalahkan lagi happy bukan main budak-budak junior + adakalanya terover pula.
Hmm...semalam dalam khutbah Jumaat,Khatib ada berpesan-pesanan agar tempoh masa beristirehat yang agak panjang untuk anak-anak junior itu,diisi dengan program-program yang berfaedah ~untuk spiritual & fizikal.

Antara program spiritual yang disyorkan:-

~1) Smart Sholat (bukan smarttag!)
~2) Kelas Qiraat.
~3) Kem Ibadah & Qiamulail
~4) Program Jati Diri
Dan beberapa program lain yang maksudnya hampir serupa tapi nama/tajuk aje berbeza.

Antara program fizikal yang disyorkan:-

~1) Rakan Masjid
~2) Summer Camp (apa cete...sekarangkan musim hujan!)
~3) Jungle tracking
~4) Gotong-Royong
Dan beberapa program lain yang maksudnya hampir serupa tapi nama/tajuk aje berbeza.

Betapa beruntungnya anak-anak junior zaman sekarang.Banyak program yang telah dirancangkan dan telah tersedia oleh pihak berwajib baik kerajaan,NGO dan individu + orang yang berniaga!
Matlamatnya ~untuk mengisi masa cuti panjang yang terluang dgn aktiviti berfaedah.Bukankah beruntungnya....
Berbeza dgn anak-anak zaman dulu-dulu,cuti sekolah yang panjang sebegini mereka akan mengikuti keluarga gi bercuti : mana keluarga yang lebih loaded sikit ~mereka akan gi melancong,mana keluarga yang kurang loaded sikit ~ mereka akan balik bercuti di kampung dan mana keluarga yang memang tak loaded-loaded ~ mereka akan melepak kat rumah! (Dulu-dulu mana ada part-time & kalau ada pun boleh kira dengan jari).
Walau dalam kategori mana pun mereka ditempatkan,hubungan kemesraan & kekeluargaan tetap terjalin kukuh.
Bercerita tentang percutian di kampung....ada yang pergi & balik bersama keluarga.Dan...ada yang pergi bersama keluarga tapi tak balik~kena tinggal kat kampung! Lama pulak tu......
Mula-mula tu memanglah tak seronok tp kemudian terlebih seronok hingga tak nak balik-balik walhal cuti sekolah dah nak habis.
Mana taknya.....dapat membelau dari pagi hingga petang,main aje.....kalau balik rumah pun pasal kena makan tengahari@sholat....yg lain tu...mainX5.Panjat pokoklah,kejar ayamlah,lastik burunglah,main lawan-lawan spiderlah,main PoliceSentri,main getah,baling selipar,kejar-kejar
+ nyorok-nyorok,cari ikan kat paritlah,ikut pak cik cari hasil hutanlah/buah-buahan,ngacau/nolong mak cik kat masak dapur...~dapur kayu lagi tu dan bla..bla..bla.
Bezakan betul suasana dulu dan sekarang.Pengisian masa cuti sekolah itu tetap bermatlamat baik:-diisi dgn aktiviti berfaedah cuma ilmu dan proses pembinaan karakter anak-anak junior sekarang lebih formal jika dibandingkan anak-anak junior dulu-dulu~pembinaan karakter dan penyampaian ilmu ditimba dari pengalaman dan bersahaja.
Macam kata pepatah,`Lain Hulu Lain Parang,Lain Dulu Lain Sekarang`...tapi...parang tetap parang juga walaupun hulunya shj yg lain.Betul kan?
Apa-apa pun......Yahooo.....Hari ini anak-anak/adik-adik kita dah start cuti sekolah.Selamat bercuti & selamat mengisi masa cuti yg panjang dgn aktiviti yang berfaedah.
Dan....pesanan dari kerajaan/orang tua-tua/bijak pandai ...`Awasilah anak anda & jgn biarkan mereka bermain tanpa pantauan lebih-lebih lagi di musim hujan/banjir ini.`

No comments: