Thursday, January 28, 2010

Sedikit Perihal Jahannam.....

Petikan diambil & disunting dari Minda Madani Online,
milik ABIM ~ bertujuan menyalurkan maklumat serta dakwah,
bermatlamat mulia ~ perkongsian ilmu sesama pembaca & Insan lain,
serta pembinaan keperibadian Muslim & asas-asas Tarbiah Islamiah.

Sebuah tatapan untuk renungan bersama,
diolah semula untuk memudahkan pembaca memahaminya,
semoga mampu merangsang ketakwaan pada Yang Maha Esa,
sementara berkesempatan lagi ketika masih bernyawa......

~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~~:~~~:~~~:~~~

( Untuk dikongsi ~ betapa kasihnya Rasulullah S.A.W kpd umatnya )

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik R.A. berkata:
Jibrail datang kpd Nabi S.A.W pada waktu yg ia tidak biasa datang
dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh Nabi S.A.W:
"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah
menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka,
maka tidak layak bagi orang yg mengetahui
bahawa neraka Jahannam itu benar,
dan siksa kubur itu benar,
dan siksa Allah itu terbesar
untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."


Lalu Nabi S.A.W bersabda:
"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam,
maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah,
kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih,
kemudian seribu tahun sehingga hitam,
maka ia hitam gelap,
tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya
akan dapat membakar penduduk dunia semuanya
kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu baju ahli neraka itu digantung
di antara langit dan bumi nescaya
akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu pergelangan dari rantai
yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit,
nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan seorang di hujung barat tersiksa,
nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur
kerana sangat panasnya.

Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,
dan minumannya air panas campur nanah,
dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu,
tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu
dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi S.A.W bertanya:
"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka,
setengahnya di bawah dari lainnya,
dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,
tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah S.A.W:
"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah (@Pertama) utk org-org munafik,
dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat
Nabi Isa A.S serta keluarga Fir'aun bernama: Al-Hawiyah.
Pintu ke2~ tempat orang-orang musyrikin: bernama Jahim,
pintu ke3~ tempat orang shobi'in: bernama Saqar.
Pintu ke4~ tempat Iblis+pengikutnya dr kaum majusi: bernama Ladha,
pintu ke5~ tempat orang yahudi: bernama Huthomah.
Pintu ke6~ tempat orang nasara: bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pd Rasulullah S.A.W sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke7 ?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar
dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka Nabi S.A.W jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,
sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi S.A.W di pangkuannya
sehingga sedar kembali dan sesudah sedar maka

Nabi S.A.W bersabda:
"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku,
apakah ada seorang dr ummat ku yg akan masuk ke dlm neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian Nabi S.A.W menangis, Jibrail juga menangis,
kemudian Nabi S.A.W masuk ke dalam rumahnya
dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang
dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi (Allah BerFirman):
"Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sdgkan kamu
tak dapat bertahan dgn panasnya terik matahariKu.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat.
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah.
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung.
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah.
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik.
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak.
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum.
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular.
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta ~
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai.
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat".

~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~

Mudah-mudahan dapat menimbulkan rasa keinsafan,
kepada kita bernama Insan sekiranya masih kelalaian,
dan dibawah ini disertakan sepotong Hadith & sepotong ayat Al-Quran,
untuk renungan bersama sebagai bonus tambahan......

Iaitu...

Firman Allah dalam Surah Al- Baqarah Ayat 159 yg bermaksud:
" Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang
telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk,
sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dlm Kitab Suci,
mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Serta...

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat ".

~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~

Dan......sekianlah sahaja dulu untuk kali ini,
perkongsian ilmu untuk kita fikir-fikirkan bersama,
semoga anda dapat menangkap "maksud terang & tersembunyi",
sebagai pedoman dihari muka ~ agar mampu hidup bahagia.

Yang sempurna dan baik itu datangnya dari Allah,
yang serba kekurangan ini dari saya ~ insan yg lemah,
sudilah maafkan saya jika terdapat sebarang silap dan salah,
selamat bermuhasabah diri serta memperbaiki kualiti amal-ibadah.

Sekian Dan Wassallam.

***Tulisan warna kuning ~ Nukilan dari Minda Madani@ABIM***
****Tajuk asal nukilan : Keluasan Neraka Yang Amat Dashyat****

2 comments:

ellyWong said...

knowing all this still terlalai juga every now and then.. takutnye

4zee2 said...

Nak buat macammana~nama pun manusia
yg serbaserbi ada kekurangannya
namun...yg penting kita mahu usaha
agar mampu "memanimunkan risiko" yg ada agar tidak mudah terlalai lagi dilain masa...
Insya`Allah......anda mampu mengubahnya!!!