Peperiksaan SPM telah berlalu 2~3 minggu yg lalu,
anak bujang saya merancang utk mencari kerja,
beliau telah berusaha menghadiri temuduga tanpa jemu,
demi mencari duit sendiri & pengalaman bekerja juga...
Setelah beberapa "sesi" temuduga ditempuhi,
anak saya serta rakan telah lulus dgn jayanya,
borang biodata diri turut telah diisi & diterima Kerani,
Alhamdullillah......dia & rakan berjaya diterima utk bekerja.
Janji oleh Pihak Pengurusan telah diberi,
"prosedur" & undang-undang kerja telah dinyatakan,
cara berpakaian juga harus dipatuhi,
dan......dah boleh mula bekerja pada 1haribulan.
Menjelang 1hb ~ rakan beliau telah menemui Pihak Pengurusan,
sah....jawatan tersebut memang utk mereka berdua,
jadi anak saya rasa gembira serta penuh pengharapan,
tak sabar-sabar utk mula bekerja sambil berusaha...
Kerana pengesahan telah dibuat,
dia terpaksa menolak peluang kerja lain yg datang,
azam & semangat utk bekerja memuncak kuat,
hingga tak sabar menanti saat pagi menjelang......
Persiapan terakhir utk beliau telah lama diusahakan,
sejak Hari Selasa pencarian telah bermula,
namun...mungkin kerana apa yg dicari tidak bersesuaian,
kami terpaksa usaha & cari semula......
Kelmarin dari petang hingga menjelang senja,
baru pencarian "kelengkapan diri" tersempurna,
saya dan isteri turut tumpang gembira,
krn kini dia mahu bertindak seperti orang dah mula dewasa......
2 buah"Supermarket" setempat telah dijelajah,
demi mencari apa yg diarahkan oleh Pihak Pengurusan,
bila dah jumpa barulah "penampilan diri" nampak terserlah,
boleh digunakan utk kerja @ kelak masa sambung pelajaran.
Namun 1 "item" mungkin kurang sesuai semasa kerja kelak,
dia sanggup berusaha mencari ganti hingga ke Pekan,
saya tak memaksa,marah atau pun menempelak,
atas usaha & tindakan yang dia telah putuskan......
Seawal pagi beliau telah bersedia,
penuh semangat serta keazaman utk mula bertugas,
sarapan pagi pun lebih kurang sahaja,
kerana ingin ke "destinasi" ~ dia terus bergegas !!!
"Premies" masih belum dibuka lagi,
sewaktu mereka berdua tiba,
"Premis" lewat beroperasi ~ sibuk dgn program Tahun Baru yg dirai,
"Senior Staff" memaklumkan "uniform" utk mereka telah tersedia.
Saya & isteri bersyukur atas segala yang telah berlaku,
mungkin ini anugerah dari Tuhan,
namun...semua yang telah diusahakan bertukar sedih & pilu,
bila berita "penganiayaan" dinyatakan menerusi panggilan......
Pihak Atasan rupa-rupanya telah ada "agenda" tersendiri,
memasukkan saudara-mara mereka bekerja dgn kuasa yg ada,
Pihak Pengurusan tak mampu berbuat apa-apa lagi,
terpaksa meminta maaf kpd anak saya dgn" tebal muka".....
Alahaiii......sebak & sedihnya hati ini terasa,
kerana anak kita diperlakukan begitu,
hmmm.....segala usaha & pengorbanannya jadi sia-sia,
angkara "individu" yg menyalahgunakan kuasa tanpa malu...
Nak buat macammana ~ kita hanya mampu berusaha sahaja,
nama pun manusia ~ yg mengharapkan ketentuan Ilahi,
mungkin belum lagi rezeki anak bujang saya,
utk mula bekerja mulai awal tahun baru ini......
Kami suami - isteri bersimpati atas pengalaman pilu beliau,
namun...anggaplah ujian itu sebagai satu pengalaman berharga,
dia perlu "fokus"kan usaha & matlamat ~ jgn "merayau+meracau",
kerana sesuatu kejadian Tuhan cipta itu ~ ada imbangannya...
Mungkin ada hikmah dari apa yang telah berlaku,
Tuhan jarang menduga kita melebihi apa yg kita terdaya,
Alhamdulillah ~ dlm kepiluan itu telah ada sinar pengharapan baru,
Insya`Allah...1~2minggu lagi beliau bakal bekerja di tempat lain pula.
Sehingga tiba saat & ketika yg dinantikan itu,
semoga ~ perancangan & usaha beliau mampu menjadi kenyataan,
namun...rahsia & "percaturan" Ilahi kita tak mampu tahu,
kini...terserahlah segala-galanya dalam ketentuan & perkenan Tuhan.
Dan......
Mudah-mudahan niat yg "murni" menjadi kenyataan.
Insya`Allah.....
2 comments:
alamak... giler jahat.. hmm... insyaAllah ada rezeki kat tpt lain :(
Nak buat mcmana...kena bykX2 bersabar.......
Post a Comment