Maaf...kerana terlewat menyampaikan ucapan,
buat seseorang yang teristimewa,
tanda tahniah bercampur kesyukuran,
yang sepatutnya dinyatakan seawal masa.
Bukan lupa atau disengajakan,
ingat...Insya`Allah ~ sentiasa ingat,
namun disebabkan "terperangkap" dlm "kesibukan",
coretan berkaitan cerita tersebut jadi terlewat.
Cerita tentang apa agaknya? ~ cepatlah beritahu !!!
He..he...he ~ tentang seseorang yang tercinta,
jomlah kita bercerita tanpa membuat anda terus menunggu...
macammana...anda dah sedia nak dengar cerita tentangnya?
Semalam 2hb ~ Ulang Tahun Hari Kelahiran isteri saya,
Alhamdulillah...Allah masih merahmati"nya".
mudah-mudahan ~ berkekalan sehingga habis usia,
diberkati Allah sentiasa di dunia & akhirat juga.
Peningkatan usia bermakna makin bertambah kematangan,
makin luas pandangan mahupun pertimbangan,
makin banyak pengalaman berserta kenangan,
namun...selaku insan kita wajib mentaati segala perintah Tuhan.
Bukan semua insan berpeluang selalu,
untuk meraikan & diraikan sempena Hari Lahirnya itu,
pada yg berkesempatan ~ tahniah utk kamu,
mana yg tak berpeluang ~ jgnlah terasa pilu & sayu.
Seperti insan lain ~ saya hanya melakukan apa termampu,
meraikan Hari Lahir beliau ikut "budget" serta keadaan,
malam semalam beliau diraikan serta juadah dijamu,
kami sekeluarga "makan luar " di restoran pilihan.
Hujan mengiringi pemergian kami,
ke restoran "sea-food" pilihan ~ kami tujui,
"order"lah apa yg berkenan di hati,
maklumlah...bukan selalu utk dirai ~ setahun hanya sekali.
Tapi...sayang ~ masakannya kurang menjadi,
agak berbeza sikit dari citarasa biasa,
memanglah isteri saya tak kisah ~ tp saya kurang senang hati,
tambah pula anak saya pun turut "komen" sama !!!
Bagi "menebus" kekurangan yang telah berlaku,
saya membeli "satay" sewaktu dlm perjalanan pulang,
Alhamdulillah.....saya tak perlu lama menunggu,
kerana hari hujan ~ kurang pelanggan yg datang.
Sambil menonton TV~ "satay" dinikmati bersama,
OK lah...."satay"nya tetap sedap seperti biasa,
bolehlah "tampung" kekurangan di restoran sebelumnya,
jadi rasanya "pengorbanan" tersebut taklah sia-sia...
Begitulah secebis kisah utk tatapan anda semua,
cerita tentang Hari Lahir isteri saya yg tersayang,
sekadar cerita utk dikongsikan bersama,
Maaflah...bukannya bermaksud utk "menayang-nayang".
Sebenarnya...bukan itu yang menjadi keutamaan,
pada seseorang @ isteri saya apabila tibanya Hari Lahir,
bukan "kebendaan"& "kemewahan" sebagai sandaran,
sebaliknya kasih sayang & keikhlasan yang terzahir......
Saya bersyukur kepada ketentuan Tuhan,
yang menjodohkan beliau dgn saya,
semoga ~ "keharmonian" hidup bersama sentiasa berkekalan,
dlm kehidupan di dunia hingga ke akhirat juga.
Alhamdulillah & terima kasih pada-Mu Ya Allah ~ Yg Maha Esa,
atas anugerah yang istimewa serta penuh bermakna,
"Selamat Hari Lahir Untuk Isteri Ku ~ Insan Yang Tercinta "
semoga dirahmati Allah sentiasa & berkekalan selama-lamanya.
Sekian & wassallam......
No comments:
Post a Comment