Wednesday, October 26, 2011

Tak Salah Berseronok......

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga rahmat Allah pada kita kekal berpanjangan,
agar dengannya kita kekal berusaha jadi insan beriman,
melaksanakan segala perkara baik dalam kehidupan,
selaras dengan tuntutan agama yakni Perintah Tuhan.

Insya`Allah......

Dalam beberapa hari ini...suasana meriah sekali,
dengan dentuman mercun & percikan bunga api,
oleh Penganut Agama Hindu yang meraikan Hari Deepavali,
membezakan persepsi & budaya mereka dahulu & kini.

Dulu...bunyi mercun & percikan bunga api tidak segalak ini,
kerana dulu ~ Kaum Cina & Kaum Melayu yang menguasai,
lebih-lebih lagi sejak sekian lama telah menjadi tradisi,
terutama menjelang perayaan istimewa mereka setahun sekali.

Kini...sedikit budaya Kaum India telah mula berasimilasi,
mengemari budaya bermain mercun tanpa berselindung lagi,
namun...adakalanya melebihi kebiasaan bermain 2 Kaum Majoriti,
bila mercun mudah didapati & taraf hidup kini semakin tinggi.

Bila sumber pendapatan & taraf hidup semakin meningkat,
serta hidup bermasyarakat bersama kaum lain ditoleransi,
banyak perkara "meriah" bersama adakalanya senang diperbuat,
asal sahaja sesama kita pandai beradab & saling menghormati.

Tidak salah bagi sesiapa pun berseronok di Hari Perayaan,
asal sahaja kita tidak melampai batas sewenang-wenangnya,
kerana membazir bukanlah sesuatu yang amat digalakkan,
dengan membeli & bermain mercun jika tanpa had masa.

Tidak salah berseronok sambil bermain mercun bersama,
asal sahaja kita tahu had & jangkamasa sesuai bermainnya,
serta tidak mencederakan orang lain serta diri empunya,
mahupun merosakkan harta benda milik orang lain juga,
atau mendatangkan kesusahan kemudiannya pada jiran tetangga,
lantaran terpengaruh dengan keseronokkan yang sementara.

Tidak salah berseronok bermain mercun untuk satu jangkamasa,
tapi...wajarkah jika permainan jadi tidak terkendali adakalanya,
bermain tanpa henti berjam-jam lamanya ~ tak kira masa,
adakalanya sampai lupa ~ dari petang hingga tengah malam juga,
adakalanya berlarut-larut & bersambung ke keesokkan harinya,
dan mercun digunakan punya "impak" bunyi gegak-gempita,
berdentum-dentam mengegarkan persekitaran & ruang udara,
hingga mencemarkan kebersihan persekitaran yang ada,
serta seringkali menyusahkan anggota masyarakat lain pula,
agaknya...inilah kesan "demokrasi" bila manusia salahguna !!!

Sebenarnya......

Telah sering terjadi kesusahan akibat bermain mercun ini,
jika permainan mercun tersebut melampaui batas masa,
jika pelakunya ( tak kira bangsa ) kacau malam yang harmoni,
jika menganggu jiran ingin/sedang berehat & melelapkan mata,
jika anak-anak kecil menangis ~ terkejut oleh dentuman bunyi,
jika mercun tersasar & meletup kuat di premis jiran tetangga,
jika rosak atap plastik bila "mercun Thunderclap" menghujani,
jika salur air hujan sumbat dek "mercun Thunderclap" yang sama,
jika kecuaian & kejadian di luar jangka mencipta percikan api,
yang akhirnya menyebabkan kebakaran premis & harta benda,
yang akhirnya mampu sebabkan hilang nyawa insan dikenali,
juga kesan "trauma" berpanjangan dalam meneruskan usia.

Jika hal-hal sebegitu terjadi siapakah yang harus disalahkan?
takdirkah?...atau kecuaian mereka yang seronok tak usul-periksa?,
terutama pelakunya yang kurang memahami adab & kesusilaan?,
atau kejiranan yang berdiam kerana ingin hidup rukun bersama?,
atau Peniaga Mercun Haram yang hanya cari untung perniagaan?,
atau kurang pemantauan & diambil tindakan oleh Penguatkuasa?,
atau Pihak Kerajaan Negeri/Persekutuan yang kurang ketegasan?,
meng"implimentasi"kan undang-undang demi kesejahteraan semua?,
atau takut jika tindakan dibuat kelak akan mempengaruhi undian?,
yang akhirnya mengakibatkan hilang pengaruh & juga kuasa...???

Hmmm......

Pening juga kepala adakalanya bila difikir-fikirkan,
terutama hidup dalam masyarakat majmuk penuh keunikkan,
kerana dalam kehidupan begini semuanya saling berkait-kaitan,
dibimbangi jika salah perkiraan...masyarakat boleh jadi berantakan.

Mungkin...itulah "harga" pengorbanan yang terpaksa ditanggung kini,
kesan peredaran zaman yang kini semakin maju penuh teknologi,
semuanya atas dasar toleransi+demokrasi+memenuhi hak asasi,
yang jika tersilap perhitungan.....kita sendiri akan rugi akhirnya nanti.

Akhirkata......tak salah jika meraikan Hari Perayaan yang tiba,
asal sahaja kita tahu menghormati suasana & jiran tetangga,
janganlah kerana keseronokkan yang hanya bersifat sementara,
menganggu-gugat keharmonian hidup bermasyarakat sesama kita.

Fikir-fikirkan & bertindaklah secara berhemah,
agar sebarang tindakan kita tidak mendatangkan susah,
jika ada hal kurang disenangi ~ bersamalah bermusyawarah,
kerana dengan bermusyawarah ~ hal yang susah akan jadi mudah.

Insya`Allah......

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

Monday, October 24, 2011

Bila Kita Rasa Hidup Kita Semakin Maju...

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah meRahmati kita sentiasa,
dengan Ehsan-Nya yang tidak terhingga,
agar kita terus berusaha mengEsakan-Nya,
demi mencari keRedhaan-Nya disepanjang masa.

Insya`Allah......

Semua orang ingin untuk terus hidup bahagia,
khasnya dalam kehidupan kini yang semakin maju,
namun......banyak perkara negatif sentiasa turut serta,
memberi implikasi pada kehidupan yang sedang dilalu.

Kerana......

Bila kita rasa hidup kita semakin maju,
Sebenarnya ia berserta "harga" tertentu,
Bila kita rasa hidup kita semakin maju,
Adakalanya kehidupan kita jadi tidak menentu.

Bila kita rasa hidup kita semakin maju,
Peredaran masa rasa singkat & bergerak laju,
Bila kita rasa hidup kita semakin maju,
Budaya & Adab adakalanya semakin kurang bermutu.

Bila kita rasa hidup kita semakin maju,
Marerialistik semakin menjadi pilihan nombor satu,
Bila kita rasa hidup kita semakin maju,
Kuasa & Amanah sering disalahguna lantaran salahlaku.

Kerana......

Bila kita rasa hidup kita semakin maju,
Amal-Ibadah & Keagamaan banyak "berwajah" palsu,
Bila kita rasa hidup kita semakin maju,
Adakalanya Iman umpama berada di hujung kuku.

Bila kita rasa hidup kita semakin maju,
Buat dosa rasa megah dan tanpa ragu-ragu,
Bila kita rasa hidup kita semakin maju,
Nilai-nilai murni kemanusiaan gugur satu persatu.

Bila kita rasa hidup kita semakin maju,
Adakalanya kita rasa kita pandai tapi hakikatnya dungu,
Bila kita rasa hidup kita semakin maju,
Akal kurang diguna sebaliknya tindakan berpaksi nafsu.

Kerana......

Bila kita rasa hidup kita semakin maju,
Masyarakat semakin minat hidup "kau-kau" ~ "aku-aku",
Bila kita rasa hidup kita semakin maju,
Semangat setiakawan semakin kurang serta diragu.

Bila kita rasa hidup kita semakin maju,
Dulu kita gemar bantu-membantu tapi kini kuat berseteru,
Bila kita rasa hidup kita semakin maju,
Kalau berhajat membantu pun mesti pilih "bulu" dahulu.

Bila kita rasa hidup kita semakin maju,
Ramai manusia minat jadi "Pelakon Popular" tanpa malu,
Bila kita rasa hidup kita semakin maju,
Nostalgia bermenafaat semakin mudah diluput waktu.

Kerana......

Bila kita rasa hidup kita semakin maju,
Ada yang mengaku "hebat" tanpa segan-silu,
Bila kita rasa hidup kita semakin maju,
Bangga kejayaan kerana kita tanpa perlu Tuhan restu.

Bila kita rasa hidup kita semakin maju,
Adakalanya Pegangan Agama sekadar masa diperlu,
Bila kita rasa hidup kita semakin maju,
Kalau termampu ~ "Akidah" pun mahu ditipu !!!

Bila kita rasa hidup kita semakin maju,
Yang "bathil" dijulang ~ yang "haq" dibuat "tak tahu",
Bila kita rasa hidup kita semakin maju,
Ketakwaan pada Tuhan adakalanya makin mudah "layu".

Hmmm......

Mungkinkah begitu bila kita rasa hidup kita semakin maju?
Atau...begitulah keadaan masa kini sebenarnya kita tahu !!!

Maka......

Jika jelas kita lalai ~ kita boleh dengan mudah jadi sebegitu,
Jika kita bertambah cuai ~ kita mungkin dalam satu regu,
Jika kita makin rakus ~ kita ibadat "kelkatu",
Jika kita makin tak sedar diri ~ jelaslah kita tak tahu malu,
Jika kita memang tak mahu insaf ~ sah...kita berhati batu,
Dan jika kita terus bebal ~ syaitan seronok jadi rakan sekutu.

Katakanlah......

Jika kita mati berkeadaan begitu ~ jelas neraka bakal menunggu,
Jika neraka yang menunggu...maaflah !!! tiada peluang merayu,
Bila tiada peluang merayu ~ beribu tahun kita diseksa & dibelenggu,
Diseksa dalam api panas yang bahan bakarnya dari berhala & batu,
Yang kadar seksaannya & kepanasannya ~ hanya Allah yang tahu,
Maka...wajarkah kita merasai azab-siksa yang tidak terhingga itu?

Agak-agaknya...adakah kita sebegitu atau dalam senarai menunggu?,
Mampukah kita kembali ke pangkal jalan sebelum berakhir waktu?.

Moga Taufik-Hidayah & Inayah Allah untuk kita masih belum berlalu,
Agar oleh Ehsan-Nya...kita jadi hamba yang berTakwa & baik perilaku,
Yang mahu berusaha jalani hidup penuh "Tawadhuk" juga bermutu,
Selaras dengan Perintah Agama tanpa kita perlu menunggu-nunggu...

Dan......

Bertuahnya jika kita dipelihara dari senarai insan yang "haru-biru" itu.

Insya`Allah......

Jangan biarkan kehidupan yang semakin maju dipenuhi kejahilan,
Hiasilah kehidupan ini dengan Agama+Sunah Rasul Pilihan,
Agar kehidupan yang diimpi-impikan selaras kehendak Tuhan,
Yang akhirnya dengan Izin-Nya...kita menuju ke jalan keTakwaan.

Insya`Allah...Insya`Allah & Insya`Allah......

Apa-apapun......

Kini terpulanglah pada kebijaksanaan kita untuk menilai,
Buruk-baik sesuatu tindakan yang telah+sedang & akan dilakukan,
Kerana kesan perbuatan tersebut kita sendiri yang akan rasai,
Hanya pantas atau lambat balasannya...akan ditentukan Tuhan.

Akhir kalam......Yang baik ~ ilham dari Yang Maha Esa,
Yang kurang ~ mungkin lantaran kejahilan saya,
Jika tersalah berbicara perkara yang kini fenomena semasa,
Ampun & maaf dipinta kerana bercerita secara terang & nyata.

Selamat beristirehat & selamat malam,
Sekian+Terima Kasih+Wassallam.


Saturday, October 22, 2011

From A Distance......

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga kita semua dirahmati Allah sentiasa,
dipermudahkan kita melaksanakan amal kebajikan,
demi berusaha mencari keredhaan Allah adanya,
sebagai panduan+pelaksanaan & bekalan di hari kemudian.

Insya`Allah......

"Post" kali ini "simple" sahaja sebenarnya,
tentang sebuah lagu dinyanyikan dalam pelbagai "versi",
oleh "Kathy Mattea" atau "Bette Midler" ~ pilih mana suka,
punya "mesej" penuh bererti jika kita mahu insafi diri.

Jika anda punya masa & berminat untuk mendengarnya,
boleh cari di "Google" atau "YouTube" jika CD mereka tiada,
apa-apa pun......lapangkan minda & tenangkan jiwa,
sekadar lagu ~ terpulanglah pada kita untuk menilainya.

Jom layan......
sambil renung-renungkan !!!


From A Distance ( lyrics )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

From a distance the world looks blue and green
And the snow capped mountains white
From a distance the ocean meets the stream
And the eagle takes to flight

From a distance, there is harmony
And it echoes through the land
It's the voice of hope, it's the voice of peace
It's the voice of every man

From a distance we all have enough
And no one is in need
And there are no guns, no bombs, and no disease
No hungry mouths to feed

From a distance we are instruments
Marching in a common band
Playing songs of hope, playing songs of peace
They're the songs of every man

God is watching us, God is watching us
God is watching us from a distance

From a distance you look like my friend
Even though we are at war
From a distance I just cannot comprehend
What all this fighting is for

From a distance there is harmony
And it echoes through the land
And it's the hope of hopes, it's the love of loves
It's the heart of every man
(Every man)

It's the hope of hopes, it's the love of loves
This is the song of every man

And God is watching us, God is watching us
God is watching us from a distance
Oh, God is watching us, God is watching
God is watching us from a distance

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Lagu habis dah......
agak-agaknya "mesej" lagu tersebut dah dapat dah?

Sekian sahaja secebis catatan ringkas untuk kesekian kalinya,
Insya`Allah......jika "mood" & "idea" menulis "bangkit" semula,
Insya`Allah.....selepas "post" ini akan ada cerita susulan pula,
hmm...apa-apa pun...kita tunggu & lihat bila saat tersebut tiba.

Insya`Allah......

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

Monday, August 29, 2011

Insya`Allah ~~~ Esok...

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah merahmati kita semua,
berbahagia hidup di dunia serta di akhirat juga,
dipermudahkan segala amal kebajikan diusaha,
secara ikhlas dan berterusan serta berlipat-ganda.

Insya`Allah......

Hhhmmm......

Insya`Allah ~~~~~~
esok......kita mungkin diizinkan Yang Maha Esa,
meraikan Hari Raya Eidul Fitri penuh gembira,
setelah sebulan di bulan Ramadhan kita di duga,
oleh amukan & rayuan nafsu yang inginkan sengketa,
mendorong kita agar kekal bergelumang dengan dosa,
yang cuba merendahkan martabat kita di sisi agama,
hingga kita sering ter"fana" dengan muslihat & tipudaya,
menghakis akidah & ketakwaan kita pada Yang Maha Esa.

Insya`Allah ~~~~~~
esok......kita mungkin jadi insan berbeza mutu akhlaknya,
yang di"tarbiah"kan selama sebulan di bulan Ramadhan,
yang mungkin telah mengilap kembali kekelaman iman di jiwa,
dengan sinar taufik hidayah dan inayah diizinkannya Tuhan,
atau......mungkinkah kita masih kekal dengan sikap lama?
yang tidak mahu ambil pengajaran & melakukan perubahan,
serta mensia-siakan peluang istimewa setahun sekali adanya,
tidak memperdulikan akan kesan & ganjarannya dalam kehidupan.

Insya`Allah ~~~~~~
esok......kita mungkin mahu jadi insan yang lebih bertakwa,
dengan berusaha mengikuti segala perintah & tegahan agama,
menjaga tingkah laku dan adab dalam hidup yang sementara,
berusaha mencari redhaan-Nya di sepanjang masa tanpa "lena",
dalam sedar mahu pun alpa...tika diperhati atau sendirian juga,
hasil usaha ibadah dengan seikhlas mungkin sehabis daya,
selama sebulan di bulan Ramadhan tanpa jemu mahupun leka,
yang mungkin telah mampu menyucikan sedikit diri dari noda.

Insya`Allah ~~~~~~
esok......kita tidak berpeluang lagi seperti sebulan yang lalu,
merebut kepelbagaian ganjaran & kurniaan Tuhan untuk kita,
yang gandaan pahala & kelebihannya amat khusus & tertentu,
yang tidak terdapat pada 11 bulan lain yang sepertinya,
maka...amat wajarlah kita merasa sedih dan sayu,
tika bulan Ramadhan berlalu dan melabuhkan tirainya,
jika amal ibadah kita masih belum meningkat dan bermutu,
tambahan lagi jika peluang itu dengan mudahnya kita persia-sia.

Insya`Allah ~~~~~~
esok......mungkinkah kita bakal tidak berpeluang lagi?
meraikan & merasai kelebihan Ramadhan yang bakal tiba,
kerana perjalanan hidup kita masih kekal sebagai misteri,
mungkin kelak kita tidak berupaya atas faktor masa & usia,
mungkin nanti kita berupaya tapi kehendak kita dizalimi,
mungkin juga kita jadi mangsa keadaan atau sengketa,
mungkin kita amat berkehendak tapi jadi "isu" serta "sensasi",
atau mungkin....kita telah hilang upaya serta tidak lagi bernyawa.

Insya`Allah ~~~~~~
esok......jika kita masih berpeluang lagi untuk mengecapinya,
maka...gunakanlah peluang yang tiba dengan sebaik-baiknya,
raikanlah Eidul Fitri dengan rasa rendah diri & takwa pada-Nya,
cuba kekal tunaikan & sempurnakanlah hak Tuhan pada kita,
disamping kita bersyukur & bergembira sesama seisi keluarga
ingat-ingatlah pada insan-insan tersayang yang telah tiada,
kirim-kirimkanlah doa ~ agar mereka sejahtera di "alam berbeza",
ziarahi sanak-saudara serta rakan taulan yang menghargai kita,
maafkanlah diri kita sendiri & sesama manusia lantaran dosa,
hargailah hidup kita dengan selayaknya sesuai kehendak agama,
jadilah kita insan yang berguna pada Agama+Bangsa+Negara,
......selagi kita masih berpeluang menikmati hidup selaku manusia.

Insya`Allah......jika esok tiba.

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

Ucapan Ikhlas......

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله
~ Kesempatan tiba seketika,
membolehkan saya melakarkan kata-kata,
didoakan ~ semoga kita dirahmati Yang Maha Esa,
kekal beriman & bertakwa hanya pada-Nya.

Insya`Allah......

Sebulan Ramadhan sudah kita berpuasa,
berusaha menahan diri dari melakukan dosa,
pelbagai amal-ibadah dilaksana mencari pahala,
demi mengharapkan keredhaan-Nya sahaja,
Insya`Allah ~ esok...fajar Syawal akan menjelma,
meraikan kita yang telah cuba laksanakan Rukun Islam ke 3,
semoga kita dirahmati Allah di dunia dan akhirat juga,
ucapan ikhlas ~ "Maaf Zahir Batin & Selamat Hari Raya",
untuk anda ~ pembaca Blog ini yang sama seagama,
untuk anda ~ yang mungkin telah mengenali saya,
untuk anda ~ yang mahu membaca Blog ini & masih setia,
dan......semoga keharmonian ini kekal lama untuk anda & saya.

Insya`Allah......

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.