Wednesday, October 26, 2011

Tak Salah Berseronok......

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga rahmat Allah pada kita kekal berpanjangan,
agar dengannya kita kekal berusaha jadi insan beriman,
melaksanakan segala perkara baik dalam kehidupan,
selaras dengan tuntutan agama yakni Perintah Tuhan.

Insya`Allah......

Dalam beberapa hari ini...suasana meriah sekali,
dengan dentuman mercun & percikan bunga api,
oleh Penganut Agama Hindu yang meraikan Hari Deepavali,
membezakan persepsi & budaya mereka dahulu & kini.

Dulu...bunyi mercun & percikan bunga api tidak segalak ini,
kerana dulu ~ Kaum Cina & Kaum Melayu yang menguasai,
lebih-lebih lagi sejak sekian lama telah menjadi tradisi,
terutama menjelang perayaan istimewa mereka setahun sekali.

Kini...sedikit budaya Kaum India telah mula berasimilasi,
mengemari budaya bermain mercun tanpa berselindung lagi,
namun...adakalanya melebihi kebiasaan bermain 2 Kaum Majoriti,
bila mercun mudah didapati & taraf hidup kini semakin tinggi.

Bila sumber pendapatan & taraf hidup semakin meningkat,
serta hidup bermasyarakat bersama kaum lain ditoleransi,
banyak perkara "meriah" bersama adakalanya senang diperbuat,
asal sahaja sesama kita pandai beradab & saling menghormati.

Tidak salah bagi sesiapa pun berseronok di Hari Perayaan,
asal sahaja kita tidak melampai batas sewenang-wenangnya,
kerana membazir bukanlah sesuatu yang amat digalakkan,
dengan membeli & bermain mercun jika tanpa had masa.

Tidak salah berseronok sambil bermain mercun bersama,
asal sahaja kita tahu had & jangkamasa sesuai bermainnya,
serta tidak mencederakan orang lain serta diri empunya,
mahupun merosakkan harta benda milik orang lain juga,
atau mendatangkan kesusahan kemudiannya pada jiran tetangga,
lantaran terpengaruh dengan keseronokkan yang sementara.

Tidak salah berseronok bermain mercun untuk satu jangkamasa,
tapi...wajarkah jika permainan jadi tidak terkendali adakalanya,
bermain tanpa henti berjam-jam lamanya ~ tak kira masa,
adakalanya sampai lupa ~ dari petang hingga tengah malam juga,
adakalanya berlarut-larut & bersambung ke keesokkan harinya,
dan mercun digunakan punya "impak" bunyi gegak-gempita,
berdentum-dentam mengegarkan persekitaran & ruang udara,
hingga mencemarkan kebersihan persekitaran yang ada,
serta seringkali menyusahkan anggota masyarakat lain pula,
agaknya...inilah kesan "demokrasi" bila manusia salahguna !!!

Sebenarnya......

Telah sering terjadi kesusahan akibat bermain mercun ini,
jika permainan mercun tersebut melampaui batas masa,
jika pelakunya ( tak kira bangsa ) kacau malam yang harmoni,
jika menganggu jiran ingin/sedang berehat & melelapkan mata,
jika anak-anak kecil menangis ~ terkejut oleh dentuman bunyi,
jika mercun tersasar & meletup kuat di premis jiran tetangga,
jika rosak atap plastik bila "mercun Thunderclap" menghujani,
jika salur air hujan sumbat dek "mercun Thunderclap" yang sama,
jika kecuaian & kejadian di luar jangka mencipta percikan api,
yang akhirnya menyebabkan kebakaran premis & harta benda,
yang akhirnya mampu sebabkan hilang nyawa insan dikenali,
juga kesan "trauma" berpanjangan dalam meneruskan usia.

Jika hal-hal sebegitu terjadi siapakah yang harus disalahkan?
takdirkah?...atau kecuaian mereka yang seronok tak usul-periksa?,
terutama pelakunya yang kurang memahami adab & kesusilaan?,
atau kejiranan yang berdiam kerana ingin hidup rukun bersama?,
atau Peniaga Mercun Haram yang hanya cari untung perniagaan?,
atau kurang pemantauan & diambil tindakan oleh Penguatkuasa?,
atau Pihak Kerajaan Negeri/Persekutuan yang kurang ketegasan?,
meng"implimentasi"kan undang-undang demi kesejahteraan semua?,
atau takut jika tindakan dibuat kelak akan mempengaruhi undian?,
yang akhirnya mengakibatkan hilang pengaruh & juga kuasa...???

Hmmm......

Pening juga kepala adakalanya bila difikir-fikirkan,
terutama hidup dalam masyarakat majmuk penuh keunikkan,
kerana dalam kehidupan begini semuanya saling berkait-kaitan,
dibimbangi jika salah perkiraan...masyarakat boleh jadi berantakan.

Mungkin...itulah "harga" pengorbanan yang terpaksa ditanggung kini,
kesan peredaran zaman yang kini semakin maju penuh teknologi,
semuanya atas dasar toleransi+demokrasi+memenuhi hak asasi,
yang jika tersilap perhitungan.....kita sendiri akan rugi akhirnya nanti.

Akhirkata......tak salah jika meraikan Hari Perayaan yang tiba,
asal sahaja kita tahu menghormati suasana & jiran tetangga,
janganlah kerana keseronokkan yang hanya bersifat sementara,
menganggu-gugat keharmonian hidup bermasyarakat sesama kita.

Fikir-fikirkan & bertindaklah secara berhemah,
agar sebarang tindakan kita tidak mendatangkan susah,
jika ada hal kurang disenangi ~ bersamalah bermusyawarah,
kerana dengan bermusyawarah ~ hal yang susah akan jadi mudah.

Insya`Allah......

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

No comments: