Sunday, October 30, 2011

2 Pokok Mangga Kuini Itu......

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah memberikan kita peluang,
berbakti sesama insan & kehidupan lain di dunia ini,
agar amal kebajikan itu mampu jadi penyumbang,
membantu kita kelak tika di Padang Masyhar nanti.

Insya`Allah......

Tak jauh dari hadapan pejabat saya ada 2 pohon pokok,
pokok Mangga Kuini yang mungkin telah agak berusia,
mungkin sekitar 30 tahun lebih telah hidup di situ,
lebat berbuah & tak putus-putus ~ bukan cerita olok-olok,
isinya halus+berwarna "kuning kunyit"+ saiz berbeza-beza,
sedap+tak berulat/busuk serta gugurnya sering ditunggu.

Sebenarnya......

2 Pokok Mangga Kuini itu menghasilkan 3 rasa buah berbeza,
2 ~ rasa buah Kuini Asli & 1 lagi ~ rasa buah Kuini Kacukan,
saiz buah Kuini Kacukan agak besar+"kasar"sedikit teskturnya,
hasil terkacuk dengan pokok Kuini jenis lain ~ tertindih dahan.

Memandangkan pohon Mangga Kuini itu telah bermutasi,
kami dapat merasai keunikan rasanya & baunya yang harum,
bunga & buahnya ~ iring-mengiringi sejak kebelakangan ini,
ada yang berbungga+berputik+sedang-sedang & meranum,
bergayut-gayut cantik di hujung tangkai & di pelbagai lokasi,
menyebabkan sesiapa yang melihatnya pasti akan tersenyum !!!

Paling seronok bila ia telah mula gugur ~ tanda dah masak,
pasti setiap insan akan lihat ke arah rumput di sekitar perdu,
terutamanya yang berjalan+berkenderaan pun turut sama,
seakan satu kepuasan jika hasilnya dikutipi tanpa bersesak,
kerana "siapa cepat dia dapat"~ buah milik siapa jumpa dulu,
kalau bernasib baik ~ buahnya cantik & hasilnya banyak juga !!!

Namun......

Ada juga buah Kuini yang telah ranum gugur di lain lokasi,
ada yang gugur di atas bumbung & di atas jalan bertar pula,
dulu bumbung asbestos kerap bocor bila dihujani buah Kuini,
bila buahnya kerap gugur+berimpak kuat ~ dari ketinggian ketara,
tapi kini tak bocor lagi kerana kini bumbung zink ~ telah diganti,
namun masih melekokkan bumbung zink ~ kesan impak sama.

Buah Kuini yang jatuh di atas bumbung zink ~ agak selamat,
mana yang gugur di atas jalan bertar pasti benyek & pecah,
yang jatuh di atas zink ~ ada insan yang tak segan nak panjat,
ada panjat pagar+guna tangga+kais guna pencakar sampah,
ada yang berdiri atas motor ~ cuba capai mana yang dapat,
melihat aksi itu...ada yang ketawa & ada tersenyum payah !!!

Paling seronok lihat ketika buah Kuini gugur masa hujan,
kadang-kadang yang lucunya siap sempat kira dari jauh lagi,
pada yang selamba...akan redah hujan ~ kutip tanpa berlengah,
pada yang bijak ~ kutip buah...berpayung demi jaga penampilan,
pada yang berhemah ~ tunggu hujan reda...baru buah dikutipi,
pada yang tak kisah ~ kalau ada rezeki nak merasa...ada lah !!!

Adapun......

Lazimnya buah Kuini gugur pada waktu tengah malam,
ia juga sering gugur pada waktu subuh & menjelang senja,
pada yang berani...tengah malam diredah dalam diam-diam,
kalau ia gugur di waktu subuh ~ pagi baru dikutip manusia,
kalau ia gugur waktu senja ~ mata tak nampak bak rabun ayam,
maka kena tunggu...ada kalanya lepas Isyak ~ orang cari semula.

Bila orang kutip buah Kuini ~ 1 tabiat lazim akan kelihatan,
mereka suka menghidu bau buah tersebut ~ untuk kepastian,
memastikan buah tersebut dah masak atau masih muda lagi,
jika nasib tak baik ~ kena getah masa hidu...boleh beri kesan,
~ kulit akan gatal & boleh jadi kudis...jika sengaja dibiarkan,
alahaiii...terjejaslah sedikit seri wajah ~ jika hal ini terjadi !!!

Saya tak ingat berapa banyak buahnya telah dikutip/dimakan,
rasanya untuk tahun ini sahaja mungkin sekitar 100~150 biji,
maklumlah......pohonnya sentiasa berbuah sepanjang tahun,
kadang-kala...bila buah banyak ~ saya sedekah kat jiran-jiran,
ada juga yang dibawa balik kampung nikmati bersama family,
dan ada juga benihnya telah mula ditanam di 2 tanah kebun.

Sebenarnya......

Beruntunglah orang yang menanam 2 pokok Kuini itu dulu,
berjasa juga mereka yang menjaga subur pertumbuhannya,
berbakti juga Pihak Pentadbiran ~ mengekalkan pohon itu,
bersyukur & berterima kasih tentunya pada Yang Maha Esa,
kerana lebih 30 tahun hasil buahnya dinikmati insan beribu,
kerana lebih 30 tahun ~ entah berapa banyak ia telah berjasa,
kerana lebih 30 tahun ~ ia masih terus berbakti tanpa ragu,
semoga pahala untuk bakti mereka-mereka itu akan kekal lama,
semoga amal kebajikan yang mereka telah lakukan ~ Allah restu,
semoga kita juga mahu berbakti sesama manusia seperti mereka.

Insya`Allah & Alhamdulillah......

Insya`Allah...saya masih mampu rasai buah Kuini tersebut,
selagimana saya masih/mahu kekal bekerja di penempatan ini,
selagimana 2 pokok Kuini itu kekal subur sebelum reput,
selagimana kewujudannya masih manusia kekalkan & hargai,
selagimana ia masih bernyawa...sebelum nyawanya direnggut,
dengan izin Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani.

Maka......

Jika kita punya kesempatan & kemahuan yang kuat,
marilah berbakti sesama insan serta/dalam kehidupan ini,
tanpa kita mengira amal-bakti dalam apa bentuk pun juga,
asal sahaja amal-bakti itu ikhlas & ikut apa yang disyariat,
oleh Perintah Tuhan+Agama serta mengikut Sunah Nabi,
agar kita bersyukur+merendah diri & nikmat dikongsi sama,
semoga dengannya...Allah mengehsani kita dengan rahmat,
yang akan membantu hidup kita di dunia & di akhirat nanti,
yang akhirnya...menjadikan hidup kita semua berbahagia.

Insya`Allah......

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

No comments: