Thursday, November 3, 2011

Ketam-Ketam Kecil Itu......

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah ~ rahmat-Nya masih bersama kita,
ketika hidup+mati & dihidupkan kelak semula,
pelbagai nikmat dikecapi deria & pancaindera,
dalam sedar mahu alpa ~ ia sentiasa terserta.

Alhamdulillah & Insya`Allah......

Jom...lihat & teliti cerita santai dari saya,
satu kisah yang agak berbeza dari biasa,
namun...masih mengekalkan nilai setara,
moga ia membantu merangsang kesedaran kita.

Insya`Allah......

Bila awan mendung & kelabu mula berarak,
bila dada langit semakin gelap & berbalam,
bila angin semakin bertiup kencang & laju,
bila pohon-pohon ru semakin kuat bergoyang,
bila ombak semakin kuat berkocak & berolak,
bila lidah-lidah air semakin kuat menghentam,
ke pesisiran pantai yang berpasir & berbatu,
~ ketam-ketam kecil mula sembunyi ke dalam lubang.

Baru sebentar tadi......

Ribuan ketam-ketam kecil banyak kedapatan,
di atas pasir pesisiran pantai berjalan-jalan,
berwarna biru+kelabu+sedikit merah & kehitaman,
bersaiz sebesar kuku jari kelingking ~ kebanyakan.

Ketam-ketam kecil itu agak sibuk kelihatan,
melakukan pelbagai aktiviti seolah rutin harian,
seolah mereka juga ada sistem dalam kehidupan,
yang telah diaplikasikan sejak dulu zaman-berzaman.

Bila ketam-ketam kecil itu bertindak beriringan,
~ ada yang keluar dari lubang-lubang berasingan,
~ ada yang masuk semula ke lubang kerana keselesaan,
~ ada yang menyusun bola-bola pasir ~ buat sempadan,
~ ada yang leka memintal pasir jadi manik bertindihan,
~ ada yang seronok bermain bersama rakan-rakan,
~ ada yang cuba merampas lubang kediaman jiran,
~ ada yang cuba mempertahankan hak keistimewaan,
~ ada yang berlaga sepit menguji kehebatan & kekuatan.

Bila ketam-ketam kecil itu bertindak beriringan,
~ ada yang mengali-gali lubang kecil mencari makanan,
~ ada yang mencari makanan di celah batu-batuan,
~ ada yang bergerak bersama dalam satu kumpulan,
~ ada yang mengikut ketua yang bergerak di hadapan,
~ ada yang mencari makan secara bergerombolan,
~ ada yang mencari makan secara bersendirian,
~ ada yang berdiam sambil meninjau-ninjau persekitaran,
~ ada yang memerhatikan persekitaran untuk pemantauan.

Ketam-ketam kecil itu kelihatannya hidup dengan aman
mungkin......kerana mereka tahu bumi ini milik Tuhan,
maka...untuk kelansungan hidup ~ semua saling berkaitan,
demi kedamaian kehidupan bersama & masa hadapan.

Ketam-ketam kecil itu juga kehidupan dijadikan Tuhan,
yang punya fungsi tersendiri menjaga ekosistem dunia,
sebagai pembersih kekotoran mikro & sumber makanan,
pada kehidupan lain yang punya pelbagai rupa & nama.

Sebenarnya.....

Ketam-ketam kecil itu tidak menganggu manusia,
bahkan...manusialah yang sering membuat angkara,
jejaskan ekosistem persekitaran penempatan mereka,
dengan sisa-sisa buangan yang beraneka nama & benda.

Sering kali laut dijadikan lokasi tempat pembuangan,
hasil aktiviti sebahagian manusia yang kurang prihatin,
bila...sisa cecair tidak dirawat & sisa pepejal dilepaskan,
dengan mudah & selamba ~ tanpa guna duit walau sesen.

Bila pencemaran sisa cecair & sisa pepejal dibuang ke laut,
lazimnya pusaran air akan kembali ke pesisiran pantai,
membawa bersama sisa pepejal & sisa cecair kembali,
maka...di pesisiran pantai benda-benda tersebut terlarut,
samada ditutupi pasir mahupun ombak yang melandai,
mencemari lokasi didiami oleh ketam-ketam kecil tadi.

Kerana......

Jika anda berjalan-jalan di pesisiran pantai sekali-sekala,
pasti ada kelihatan sampah-sarap oleh aktiviti manusia,
tak kiralah...botol air+kaca+polystyrene+plastik ~ antaranya,
serta adakalanya kesan tumpahan minyak kapal & bot juga.

Mungkin pada kita...

Dunia ini luas & banyak lokasi+potensi belum diteroka,
maka...mungkin kita rasa tak salah kita mencemarinya,
bila kita sering beranggapan ~ semuanya akan Ok semula,
hasil proses geografi serta dengan ehsan Yang Maha Esa,
sedangkan kita sering lupa ~ setiap perbuatan ada kesannya,
kerana bukan semua anugerah Tuhan itu hanya sia-sia,
maka...amatlah malang jika kita berterusan buat angkara,
pada diri sendiri+manusia+kehidupan lain & juga dunia,
kerana......kelak kita juga akan merasa kesusahannya,
bila semua anugerah itu tidak lagi dapat dinikmati bersama,
hanya kerana kerakusan & kelalaian kita bernama manusia,
bila keadaan begitu terjadi...salahkanlah keterlanjuran kita !!!

Dan......

Bila awan mendung telah berarak lalu,
bila langit semakin cerah & bersinar kembali,
bila angin bertiup "sepoi-sepoi bahasa" semula,
bila pohon-pohon ru kembali tegak berdiri sasa,
bila ombak & laut semakin tenang & membisu,
bila lidah air mula surut & tidak menghempas lagi,
ke pesisiran pantai yang menunggu dengan setia,
~ ketam-ketam kecil itu akan kelihatan semula.

Insya`Allah......

Sudi maafkan saya jika tersalah berbicara,
semoga cerita dikongsikan tidak disalah-faham,
dan didoakan agar Allah merahmati kita semua,
dalam kehidupan ini ~ kita kekal hidup tenteram,
Insya`Allah ~ begitulah harapan saya...akhirnya,
Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

No comments: