Monday, November 21, 2011

Bersantai Di Negeri Sembilan Siri 1...

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita,
yang kita lakukan dalam sedar mahupun alpa,
serta dibimbingi kita ke jalan keredhaan-Nya,
agar kita mampu mengecapi nikmat & bahagia,
ketika masih hidup mahupun tiada bernyawa,
di dunia+di alam barzakh & kelak di akhirat juga.

Insya`Allah......

Setelah beberapa minggu kami membuat perancangan,
akhirnya...Hari Selasa 15hb lalu...kami keluar berjalan,
pergi makan angin+bersantai di Negeri Sembilan,
tak jauh pun...sekitar 1 ~ 1 1/2 jam masa perjalanan.

Lokasi pertama ~ pantai Port Dickson arah tujuan,
Alhamdulillah...pantainya bersih+indah pemandangan,
terbentang luas & puluhan Km jarak panjang unjuran,
dikurniakan Tuhan & bijak juga manusia menguruskan,
pelbagai nama pantai ~ ikut lokasi & unik pula gelaran,
menempatkan pelbagai Chalet+Hotel & Rumah Peranginan.

Namun...yang popular terletak dari Batu 1 ~ Batu 14,
kerana di situlah banyak pantai-pantainya jadi tumpuan,
mungkin kerana lokasinya strategik & pesat dibangunkan,
pelbagai kemudahan infrasuktur mengiringi & diperjelas,
bersesuaian dengan perkembangan sosioekonomi & kemajuan,
menyebabkan Port Dickson jadi sebuah Bandar Peranginan.

Port Dickson juga menempatkan pelbagai lokasi Kem Tentera,
ia juga lokasi penubuhan Pasukan Askar Melayu pertama negara,
sehingga kini ia masih kekal sebagai Pusat Latihan Rekrut utama,
merekrut belia-belia dari pelbagai lapisan masyarakat+bangsa,
yang minat berkhidmat dalam pasukan Tentera Darat Malaysia,
demi menjaga keselamatan & kedaulatan Tanah Air tercinta.

Alhamdulillah......

Kami singgah di Pantai Cahaya Negeri ~ tempat "memikat",
pantainya seakan sebuah "Laguna" kecil yang indah+tenang,
ada satu jambatan menyambung beting pasir ke tanah darat,
Alhamdulillah...suasana sekitar pantai itu ternyata lengang,
kerana tidak banyak aktiviti pengunjung yang dapat di lihat,
beberapa pemancing kelihatannya sedang bersenang-senang.

Mungkin pengunjung ke pantai lain yang banyak terbentang,
maklumlah...pantai di Port Dickson banyak boleh di lawat,
terutamanya lokasi yang jadi tumpuan ~ Pantai Telok Kemang,
mungkin kerana di situ banyak kemudahan awam ada terdapat.

Setelah meninjau ke beberapa lokasi pantai yang berbeza,
kami ke Hutan Lipur Pasir Panjang ~ mencari kelainan,
ingatkan...ada air sungai jernih & dingin di sekitarnya,
namun hanya hutan simpan untuk kawasan perkhemahan.

Suasana di persekitaran Hutan Lipur itu sejuk+nyaman,
mungkin kerana lokasinya sedikit tinggi dari paras laut,
ada pelbagai jenis & nama Pokok Balak Hutan ditandakan,
bertujuan menambah ilmu pengunjung yang suka melangut !!!

Lokasi Hutan Lipur Pasir Panjang terbahagi 2 bahagian,
1 menghala ke laut...1 lagi menghala ke tanah tinggi,
yang arah ke tanah tinggi ~ khas untuk tujuan perkhemahan,
yang arah ke laut ~ boleh lihat uniknya alam pelbagai variasi.

Setelah "merayau" & merasai 2 suasana persekitaran berbeza,
akhirnya kami berehat di pesisiran Pantai Bagan Pinang,
rasanya...pengunjung tak sampai 20 orang ~ bila di kira,
mudahlah bagi kami untuk berehat & bersembang-sembang.

Alhamdulillah
...cuaca redup & nyaman terasa suasana,
anak bujang...apalagi...tukar baju & terus turun berenang,
itulah hajatnya ke Port Dickson seperti yang direncana,
kerana dah 8 ~ 9 tahun ke Port Dickson...kami tak datang.

Alhamdulillah...indah & luas pantai yang dijadikan Tuhan,
alunan ombak laut tenang & damai melandai ke pesisiran,
dihembusi pula dengan tiupan bayu lembut yang beriringan,
dihiasi juga dengan pasir pantai halus yang penuh berserakan,
~ menjanjikan rasa ketenangan yang tidak dapat dinilaikan,
maka...bersyukur rasanya...bila kami masih diberi kesempatan,
menikmati keindahan semulajadi tanpa dikenakan bayaran,
bertuahnya hidup di negara sendiri yang kaya kepelbagaian !!!

Alhamdulillah & Subhanallah......

Setelah anak bujang bermandi-manda di pesisiran pantai,
setelah menikmati sedikit juadah ~ bekalan yang dibawa,
setelah memikirkan banyak lagi terluang masa santai,
kami rancang ke Pedas ~ lokasi Kolam Air Panas pula !!!

Hmmm......

Suatu kelaziman yang sering saya perhati & ingin memuji,
rata-rata kawasan pantai & jalanraya di Negeri Sembilan,
semuanya nampak bersih kurang sampah-sarap di sana-sini,
mungkin aspek kebersihan ~ telah berjaya dibudayakan.

Tahniah & Alhamdulillah......

Cerita perjalanan kami ke lokasi seterusnya akan disambung,
kerana untuk nukilan kali ini...rasanya dah panjang sudah,
maaf ya...saya perlu berehat sebentar sambil merenung,
"prepare" cerita tentang Kolam Air Panas pula ~ Insya`Allah.

Sekian secebis kisah ringkas perjalanan kami ke Port Dickson,
yang dikongsikan sebagai catatan & untuk tatapan bersama,
cerita tentang Kolam Air Panas di Pedas ~ "coming soon"!!!,
akhirkata...semoga anda bersabar & terus setia bersama saya.

Insya`Allah......

Sekian+Terima kasih+Wassallam.

No comments: