Wednesday, November 23, 2011

Bersantai Di Negeri Sembilan Siri 3...

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi,
dalam kehidupan kita di dunia & di akhirat nanti,
mendorong kita menjadi insan berakhlak murni,
~ kuat bertakwa+kekal beriman+baik budi pekerti.

Insya`Allah......

Hari ini saya sambung semula kisah semalam,
kisah "Bersantai Di Negeri Sembilan" siri 3,
kena cerita panjang sikit ~ agar mudah faham,
kerana dengan membaca..."trill"nya baru terasa.

Benarlah...tunjuk arah yang telah diberikan tadi,
jelaslah Anggota Keselamatan itu tahu tentang lokasi,
bila segala yang diterangkan+digambarkan tepat sekali,
semoga jasa baik mereka tadi ~ akan dirahmati Ilahi.

Insya`Allah......

Kolam Air Panas Kampung Chengkau ~ biasa sahaja,
ia terletak tak jauh dari Sekolah Kebangsaan Chengkau,
selepas sekolah...anda akan jumpa sebuah gerai biasa,
ada lorong kecil...turun sedikit...dah jumpa tempatnya.

Bukan semua orang tahu lokasi Kolam Air Panas ini,
kerana ia tidak ada dalam senarai "Lokasi Pelancongan",
milik persendirian ~ mungkin pemiliknya ada misi,
menyediakan kemudahan alternatif rawatan kesihatan.

Alhamdulillah & Terima Kasih......

Banyak kebaikan mandi di Kolam Air Panas semulajadi,
dengan Izin-Nya ~ airnya boleh mengubati banyak penyakit,
antaranya ~ lenguh-lenguh badan+rheumatism+sakit sendi,
juga ~ sukar tidur+membuang toksid badan+sakit kulit.

Khasiat airnya juga dipercayai boleh melancarkan darah,
jika yakin+rajin mengulanginya ~ sakit lumpuh pun boleh,
kerana setiap kejadian alam itu ~ rahsianya milik Allah,
kalau rajin usaha & sesuai pula ~ sakit begitu mampu pulih !!!.

Ada 2 pengunjung ~ masa kami tiba di Kolam Air Panas itu,
setelah bertegur sapa & berbual ~ ternyata orang tempatan,
ada 2 buah kolam di situ ~ 1 bentuk petak...1 bentuk labu,
kedua-dua kolam agak besar itu ~ kedudukannya berdekatan.

Kolam Air Panas milik persendirian itu berkeadaan terbuka,
ada sebuah bangsal+binaan batu ~ tempat tukar baju tersedia,
memandang 2 pengunjung awal itu adalah orang lelaki dewasa,
maka...isteri+anak dara saya hanya merendamkan kaki sahaja,
kerana...adab sopan kita ~ hendaklah sentiasa kekal dipelihara,
walau dimana ~ mematuhi perintah agama & keadaan semasa.

Insya`Allah......

Ada satu petua jika hendak mandi di Kolam Air Panas,
~ kita perlu merendamkan/membasahkan kaki dahulu,
bila rasa selesa... mula dari kaki beransur naik ke atas,
~ agar sistem saraf dalam badan tidak terkejut & terganggu.

Selang tak lama selepas kami mula merendamkan kaki,
semakin ramai pula pengunjung yang mula tiba di lokasi,
ada yang datang berkereta & bermotor ~ bersilih-ganti,
mungkin mereka juga seperti saya ~ datang ingin mandi.

Dari cerita didengar & pengamatan yang dilihat,
ternyata rata-rata yang datang ke sini untuk berubat,
sebelum ini pernah datang...sakit mereka beransur sihat,
mungkin dengan Izin-Nya...air panas di sini ada khasiat.

Mana yang dah lazim datang ~ akan bawa timba & baldi,
mungkin mereka tahu...tempat ini pasti sesak dikunjungi,
kerana ada yang datang dari jauh hingga dari luar negeri,
ada dari Melaka+Singapura+mereka yang sedang bercuti.

Kolam Air Panas Cengkau ini dikunjungi aneka bangsa,
namun...majoritinya adalah kaum Melayu & kaum Cina,
mungkin...kerana terbuka+percuma & kerana khasiatnya,
mungkin juga kerana nak berseronok saja seperti saya !!!.

Dari 2 pengunjung campur kami ~ semuanya 6 orang,
campur 3 budak remaja serta sepasang suami-isteri pula,
di tambah dengan 4 sekeluarga Cina pula yang datang,
dan akhirnya 3 orang perseorangan turut "join" sama !!!.

Memandangkan orang berkunjung dah mula ramai ,
memandangkan saya & anak bujang pun dah mandi
memandangkan isteri & anak dara dah rendam kaki,
memandangkan kedua-dua kolam telah kami rasai,
memandangkan telah lebih 1 jam kami berada di sini,
memandangkan badan pun dah rasa segar kembali,
memandangkan hari semakin petang tak lama lagi,
memandangkan Solat JamakQasar belum dilaksanai,
memandangkan perut mula lapar ~ minta segera diisi,
maka kunjungan ke Kolam Air Panas Chengkau diakhiri.

Alhamdulillah......

Setelah bersalaman dengan beberapa pengunjung,
kami pun minta diri untuk kembali ke destinasi asal,
berpatah balik ke Port Dickson ikut jalanraya kampung,
ikut jalan asal ~ kepala tak pening+tak nak cari pasal !!!.

Alhamdulillah...setidak-tidaknya jalan pun rasa berbaloi,
kerana dapatlah juga rasa mandi di Kolam Air Panas,
bila di 3 lokasi dikunjungi terdahulu ~ kami dah "kantoi",
maka...bila hajat 1 ini dah dapat ~ usaha rasa terbalas !!!.

Hmmm......

Nak sambung ke atau tak nak sambung lagi cerita?
wah !!! kalau sambung akan ada siri yang ke 4 pula,
kalau tak sambung ~ penghujung ceritanya tiada !!!,
mungkin selepas ini penutup cerita akan ke udara.

Akhirkata ~ terima kasih kerana terus setia,
menatap cerita saya yang agak panjang juga,
serta...maaf dipinta jika tersalah berbicara,
sudilah maafkan saya kerana saya insan biasa.

Insya`Allah......

Sekian+Terima kasih+Wassallam.

No comments: