بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah anugerahkan Ihsan-Nya,
kepada kita & kejadian lain yang diCipta,
dan dengan Ihsan-Nya...kita kekal bertakwa,
memelihara Iman & Akhlak disepanjang masa.
Insya`Allah......
Kisah kali ini adalah kisah sambungan,
kisah "Bersantai Di Negeri Sembilan" siri 2,
cerita tentang sedikit pengalaman sewaktu berjalan,
dikutip sewaktu ke Kolam Air Panas di Pedas pula.
Setelah anak bujang bertanya kepada Pegawai Pelancongan,
setelah barang-barang yang dibawa ~ dikemas & disimpan,
kenderaan pun dipandu mengikut garis-panduan diberikan,
ikut jalanraya kampung...bukannya Lebuhraya Utara-Selatan.
Hujan turun sewaktu kereta meredah jalanraya kampung,
memaksa saya memandu kereta dengan berhati-hati,
pun begitu...isteri yang duduk di sebelah kerap menolong,
turut menjadi pemantau & penasihat yang agak teliti.
Alhamdulillah & Terima Kasih......
Melalui jalan kampung...banyak pemandangan dapat dilihat,
~ aktiviti masyarakat setempat & rimbunan hijau pepohon,
juga...kumpulan lembu & kambing berkeliaran banyak terdapat,
selain Ladang Kelapa Sawit & Ladang Getah yang agak tersusun.
Punyalah "kaya" penternak lembu & kambing di daerah ini,
kerana membiarkan kumpulan lembu & kambing begitu saja,
berkeliaran di jalanraya & di pinggir jalan tanpa perlu diawasi,
kita sebagai pemandu kenderaan pula yang perlu berwaspada !!!.
Namun...yang peliknya...lembu & kambing tu ~ gemuk pula,
saiznya berbeza dari saiz lembu yang sering dibuat Qurban,
gemuk+tegap...mungkin beza saiznya 1 ~ 1 1/2 kali ganda,
agaknya...sedikit kebebasan diberi ~ membantu pembesaran !!!.
Ada juga kelihatan kumpulan kerbau di kawasan lembah,
kebanyakannya...sedang berkubang di anak sungai & lopak,
mungkin...kerbau kurang "hard-core" serta "berhemah",
tak macam kumpulan lembu & kambing tadi yang agak "galak".
Dari Port Dickson kami menghala ke daerah Rantau,
dari daerah Rantau kami menuju ke Pedas pula,
hmm...ikut jalanraya kampung ni ~ hati kurang risau,
kalau tak tahu jalan...tanya orang...pasti dibantu mereka.
Semua yang ada dalam kereta turut sama membantu,
bertanya pada orang tempatan akan arah yang hendak dituju,
cuma...anak dara sahaja yang duduk diam "membisu",
mungkin sedang memikirkan topik-topik "tertentu".
Huhuhuhuhuhu......
Setelah 1 jam pemanduan ~ akhirnya tiba ke lokasi dicari,
tapi....alangkah rasa kecewa untuk ketiga kalinya kini,
bila "Wet World Air Panas Resort" ~ tak beroperasi,
tutup setiap Hari Selasa ~ bertujuan kolam sedang dicuci !!!.
Ingatkan tadi ada sungai jernih di Hutan Lipur Pasir Panjang,
dan kemudiannya...tak mandi juga di Pantai Bagan Pinang,
dan dah memandu sejam & dari jauh kami "lajak" datang,
alahai...semua yang dirancang seakan-akan jadi terhalang !!!.
Lagilah kecewa ~ bila tak dapat rasa nak mandi juga,
nak ke Kolam Air Panas Gadek di Alor Gajah agak jauh,
sedangkan hari kian petang & petang kerap hujan tiba,
maka...saya kena usaha ~ agar suasana tak jadi "keruh" !!!.
Kebetulan...ada Anggota Keselamatan datang bertugas,
di "Dewan Orang Ramai Pedas" untuk aktiviti tertentu,
saya sopan bertanya jika ada lokasi lain Kolam Air Panas,
jawapannya...ada...jalan arah ke Tampin...lagi 5 ~ 6 batu !!!.
Tidak rugi menghormati orang lain apatah lagi bersopan,
tanpa mengira rupa+pangkat mahupun jurang usia,
kerana dalam kehidupan ~ kita saling perlu-memerlukan,
barulah perjalanan hidup ini rasa mudah & bermakna.
Terima Kasih "Datuk" !!!
Alhamdulillah...suasana "muram" mula ceria kembali,
hajat nak mandi di Kolam Air Panas ~ bakal dipenuhi,
kerana lokasi yang bakal ditujui......kini tak jauh lagi,
dengan jalan sekitar Chembong daerah Rembau ~ dilalui.
Di kiri-kanan jalan kat Chembong banyak terdapat gerai,
menjual hasil kampung+hutan ~ untuk mereka yang minat,
ada Kelapa Muda & kini...musim Cendawan Bukit & Petai,
saya singgah beli Petai sahaja ~ sekadar memenuhi hajat.
Kami tiba di Kolam Air Panas Kampung Chengkau,
kolam-kolamnya terletak tidak jauh dari tepi jalanraya,
"parking" kereta dekat+mudah & saya tak perlu melilau,
tak perlu bayar ~ kolam boleh diguna dengan percuma !!!.
Alhamdulillah......
Hmmm......
Saya rasa...eloklah saya rehat sebentar,
kerana dah agak lama saya asyik bercerita,
sambungannya ~ Insya`Allah...esok/lusa akan disiar,
harap para pembaca sudi bersabar untuk seketika.
Sekian dahulu cerita saya untuk kali ini,
Insya`Allah ~ esok/lusa bakal jumpa kembali,
salah & silap ketika bercerita ~ harap dimaafi,
akhirkata ~ selamat beristirehat & tenangkan diri.
Insya`Allah......
Sekian+Terima Kasih+Wassallam.
No comments:
Post a Comment