بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga hidayah & inayah Allah bersama kita,
membimbing kita ke arah jalan menuju bahagia,
~ jiwa rasa tenang & hidup rasa aman sejahtera,
memudahkan kita kekal beribadah kepada-Nya.
Insya`Allah......
Kini telah tiba masa & cerita yang dijanjikan,
kisah "Bersantai Di Negeri Sembilan" siri 4,
mengiring 3 kisah sebelum ini yang disiarkan,
cerita di penghujung perjalanan ~ kisah penamat.
Setelah "Kolam Air Panas Chengkau" ditinggalkan,
ke bandar Port Dickson ~ kami tuju sekali lagi,
mungkin kerana nak melihat air laut di pesisiran,
mungkin juga kerana perut yang lapar perlu diisi.
Namun......
Bila kenderaan tersalah masuk simpang jalan,
perjalanan ke Port Dickson rasa sedikit jauh,
kini jalan di Kampung Siliau perlu dihabiskan,
maka perancangan awal telah jadi tertangguh.
Kami keluar tidak jauh dari Pekan Lukut,
Bandar Port Dickson kini dituju semula,
singgah sebentar di Masjid Bagan Pinang,
Sholat Jamak dikerjakan sebelum waktu luput,
tanda syukur akan nikmat pemberian-Nya,
dan tanda terima kasih ~ masih diberi peluang.
Di tepi jalan/pagar Masjid Bagan Pinang,
ada sebuah gerai menjaja aneka kuih-muih,
namun...yang menarik minat adalah kuih tradisi,
~ Lepat Labu yang seakan kuih Lepat Pisang,
di bahagian tengahnya berinti kelapa parut putih,
juga kuih jarang dijumpa ~ Tepung Talam Keladi.
Dan......
Popia Basah+Karipap biasa & Air Cendol juga,
tulis punyalah banyak...tapi nilai RM 7 cuma,
kerana kuih dijual 5 keping bernilai RM 2 harga,
4 jenis kuih tadi dicampur-campur & air hanya 2,
untuk alas perut ~ makanan dikongsi bersama,
kerana kelak akan makan "makanan berat" pula !!!.
Alhamdulillah & Insya`Allah......
Bertentangan Pantai Bagan Pinang ada Kedai Makanan,
ia terletak di "Arked Makan" dekat Gerai Buah-Buahan,
ada makanan "Ala Arab"+ "Ala Thai" juga Tempatan,
di pinggir jalan pula ada Gerai Ala Moden jadi tarikan.
Gerai Ala Moden di pinggir jalan jika tak silap ada 4,
makanan "Ala Western"+"Satay Kajang"+Minuman,
kerana kami dah duduk di 1 gerai ~ pesanan perlu dibuat,
sementara itu saya pesan "Satay" dari gerai berdekatan.
Mak Aiii.....terkejut !!! bila tengok nilai harga makanan,
gerai yang kami duduk itu...mahal harga makanannya !!!,
harga Minuman Sirap pun 3X ganda dari harga kebiasaan,
ada 1 makanan lazim ~ harga 3X ganda dari harga semasa,
hinggakan segelas Air Ais Kosong ~ RM 2 kadar bayaran,
fuhhh...macam nilai makan di Hotel Bertaraf Bintang 2,
mungkin Polisi Syarikat ~ menjaga Standard Piawaian,
maaflah...rasa makanan biasa+layanan lambat+sambil lewa,
lebih bersyukur bila Satay dari gerai berdekatan disajikan,
alahai...kami rasa tak berbaloi dengan duit yang dibelanja !!!.
Namun......
Kerana tidak mahu "mengeruhkan" suasana,
ucapan "Terima Kasih" sewaktu keluar ~ saya berikan,
lantas ke "Arked Makan" ~ giliran keluarga menjamu selera,
selepas makanan dipesan...saya ke kereta ~ rehatkan badan.
Adapun......
Harga 3X3 makanan+air ~ lagi murah dari gerai sebelumnya,
beza harganya juga amat ketara walaupun masakannya biasa,
berbanding 4 Sirap+1 Ais Kosong+1 Makanan Pembuka Selera,
makan cuma 1 selebihnya sekadar air yang biasa-biasa sahaja,
tapi...Mak Aiii...harganya....sungguh...sungguh mengecewa !!!,
tentang Satay tu...itu dari gerai lain & jangan dikira bersama.
Pun begitu......
Alhamdulillah...selepas keluarga selesai menjamu selera,
Alhamdulillah...Bandar Port Dickson pun ditinggalkan,
Alhamdulillah...kami mula bergerak pulang ke rumah,
Alhamdulillah...selesailah sudah aktiviti yang direncana,
Alhamdulillah...akhirnya kami selamat sampai ke kediaman,
Alhamdulillah...siri "Bersantai Di Port Dickson" tamat sudah.
Akhir bicara......
Alhamdulillah & terima kasih kerana anda sudi membaca,
hasil pengalaman & coretan perjalanan yang kami tempohi,
akhirkata...jika ada salah & silap ~ kemaafan anda dipinta,
semoga kita dipertemukan di lain coretan & di lain kali......
Insya`Allah......
Sekian+Terima Kasih+Wassallam.
No comments:
Post a Comment