Saturday, November 26, 2011

Kisah Di Hari Khamis Lepas Siri 2...

بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat menghayati pengertian Ma`al Hijrah,
semoga setahun berlalu dipenuhi dengan baroqah,
semoga setahun mendatang dianugerahi hidayah,
semoga kita terus kekal bertakwa kepada Allah.

Insya`Allah......

"Kisah Di Hari Khamis Lepas" siri 2 ~ akan bermula,
sebagaimana yang direncanakan ~ kini ia dizahirkan,
terima kasih kepada anda yang masih sudi membaca,
walaupun cerita tertera ~ cuma 1 catatan pengalaman.

Kedai baik-pulih cermin kereta akhirnya dapat ditemui,
terima kasih kepada semua yang telah memungkinkan,
dari papan tanda tergantung ~ benar & tidak diragui,
kedai "Dr. Cermin Sdn.Bhd" kini dalam pengamatan.

Kedai yang berjenama popular ini ~ kelihatannya biasa,
di tepi jalan sebelah kiri menuju ke Ulu Klang ~ lokasinya,
bersebelahan sebelumnya ~ kedai alat ganti kereta Honda,
bersebelahan selepasnya ~ kedai "repair body"+cat kereta.

Adapun......

Hari Khamis itu ~ tak banyak cermin kereta sedang dibaiki,
masa kami tiba hanya ada 2 kereta...1 ~ BMW & 1~ Kenari,
kereta BMW ~ tingkap sebelah kiri pemandu sedang diganti,
kereta Kenari ~ cermin depan retak...sedang diperbaharui.

Seorang pekerja lantas menyambut kedatangan kami,
~ pantas...dia minta kereta di"parking" ke tempat sesuai,
setelah dia melihat retak di cermin & penerangan diberi,
bincang harga+bersetuju ~ kerja baik-pulih cermin dimulai.

Adapun......

Harga kerja baik-pulih keretakan cermin ~ ikut ukuran,
6 inci pertama ~ RM 160/- harga yang telah ditetapkan,
setiap 1 inci seterusnya ~ RM 10/- nilai wang tambahan,
dalam masa 1 jam ~ kerja baik-pulih selesai...dijangkakan.

Jika tukar cermin depan baru ~ RM 480/- "caj" bayaran,
itu belum campur kos tambahan ~ pasang "tinted" baru,
belum dikira lagi kos urusan+cari lokasi+masa diperlukan,
akhirnya..."repair" ~ pilihan sesuai diputuskan masa itu.

Adapun......

Retak di cermin depan kereta saya berukuran 1 kaki,
bermakna perlu bayar RM 220/- tapi kerana rundingan,
cuma RM 200/- sahaja yang perlu saya jelaskan nanti,
hmmm...nak buat macamana ~ kerosakan perlu dibaiki,
agar risiko di luar jangkaan boleh segera cuba dielakkan,
dan perancangan seterusnya dapat segera diikhtiari.

Kerana jika......

Semakin lama keadaan retak di cermin itu tidak dibaiki,
semakin berkemungkinan retak itu akan memanjang lagi,
jika sesuatu yang tidak diingini terjadi tanpa dikhuatiri,
memakna...sengaja tempah bala akibat pentingkan diri !!!

Begitulah yang terjadi pada empunya kereta Kenari,
begitulah yang diceritakan kepada kami sebelum ini,
kerana sengaja biarkan retak kecil tanpa segera dibaiki,
retak jadi makin memanjang dan mula rasa bahaya diri,
mujurlah...cermin kereta itu ~ polisi insuran melindungi,
dapat tukar tanpa perlu berhabis duit...hanya rugi cuti !!!

Adapun......

Dengan alat yang canggih & diimport dari Jerman,
kerja baik-pulih cermin retak kelihatannya mudah,
~ pangkal retak digerudi halus untuk masukkan cairan,
~ sejenis cecair kimia kemudian dialirkan menutupi rekah,
~ ditutupi sebentar dengan pita selafon untuk pengukuhan,
~ dipanaskan dengan cahaya lampu dari dalam bongkah,
~ dibiarkan seketika+pita selafon dikikis & dibersihkan,
cermin dicuci+dilap ~ kesan retak kini di"minima" sudah.

Kerana......

Sebelum ini ~ retak memang dari jauh akan kelihatan,
setelah kerja baik-pulih ~ retak tadi seperti tak perasan,
sebelum itu garis retak bak "wayar earphone" dianggarkan,
selepas dibaik-pulih... garis retak cuma bak benang jahitan,
serta perkhidmatan diberi ~ disertakan jaminan 3 bulan,
kalau retak terjadi semula ~ syarikat buat pembetulan.

Ada petua menjaga ketahanan cermin setelah dibaiki,
10 minit pertama ~ cermin kenderaan perlu dibuka,
bagi kurangkan tekanan udara di permukaan cermin,
elakkan kereta di"parking" di kawasan terik matahari,
bila cermin dah rasa sejuk ~ "Air-Cond" boleh diguna,
begitulah panduan yang diberikan oleh pekerja prihatin.

Setelah mengikuti petua-petua yang telah diajarkan,
keadaan cermin hadapan kereta saya tiada bermasalah,
hmmm...mungkin saya kini tak perlu rasa kerisauan,
cermin telah diperbaiki dalam usaha elakkan musibah.

Insya`Allah......

Setelah baik-pulih cermin kereta selesai dilaksanakan,
kami pun meneruskan kembali perancangan terdahulu,
JJ Maluri dikunjungi untuk membeli barang keperluan,
selesai urusan...pulang ke rumah ~ lokasi terakhir dituju.

Alamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah......

"Kisah Di Hari Khamis Lepas" siri 2 ~ kini di penghujung,
terima kasih kerana sudi membacanya hingga ke akhir,
rasanya kisah cermin kereta diperbaiki tak bersambung,
bila semuanya kisah tentangnya telah berjaya di zahir.

Sebelum nukilan diakhiri ~ saya ada sedikit pengharapan,
semoga Ma`al Hijrah 1433 yang kini & bakal kita tempuhi,
menjadikan kita insan yang lebih bertakwa serta beriman,
berusaha tanpa jemu & ragu demi mencari keredhaan Ilahi.

Insya`Allah......

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

No comments: