Sunday, December 4, 2011

Kini...Genap Sudah 3 Tahun...

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga kita kekal beriman serta bertakwa,
hanya kepada Allah ~ Tuhan Yang Maha Esa,
semoga niat & amal baik ~ akan dipermudah,
dalam meneruskan kehidupan kita di dunia,
begitulah pengharapan kita di akhirat juga,
~ agar kita beroleh ihsan & rahmat dari Allah.

Insya`Allah......

Hari ini 4hb Disember ~ genap 3 tahun kini,
seseorang yang disayangi pergi meninggal kami,
kembali ke alam berbeza ~ meninggalkan legasi,
pada kehidupan+manusia yang pernah "dia" dampingi.

Seperti selalu & sewaktu kenangan datang bertamu,
doa+bacaan ayat suci Al-Quran akan disedekahkan,
~ semoga kelebihan "Kalam Allah" akan membantu,
menambah "kemudahan" untuk "dia" di alam berlainan.

Untuk itu......

Sebelum terlewat...sementara masih kuat ingatan,
sebelum terlupa....sementara peluang masih ada,
bacaan Surah Al-Fatihah untuk "dia" ~ kami sedekahkan,
semoga "dia" kekal sejahtera & berbahagia di alam sana.

Al-Fatihah & Insya`Allah......

Kenapa mahu berdoa & memanjatkan pengharapan?,
pada insan lain yang telah kembali ke rahmatullah?,
kerana......ikut Sunah Nabi & mengEsakan Tuhan,
bersesuiaan dengan perintah agama serta fitrah.

Insya`Allah......

Selalunya......

Kebaikan seseorang pada kita akan tetap dikenangi,
kerana ia adakalanya mempengaruhi kesan hubungan,
tambahan pula jika hubungan itu ikut Perintah Ilahi,
dan mengikut juga hukum syarak yang telah digariskan,
maka...beruntunglah jika kita ikhlas kasih-mengasihi,
kerana kebajikan tersertanya akan terus berpanjangan.

Benar...manusia mati akan meninggalkan sejarah,
apatah lagi jika tinggalan itu sesuatu yang baik,
kerana yang baik akan sentiasa kekal diingat indah,
jarang akan dihubung-kait dengan hal yang "pelik".

Adapun......

Kenangan & ingatan bila terarah kerana kebaikan,
akan mendorong kita jadi manusia yang penyayang,
walaupun...insan itu sudah tiada pada kehidupan,
namun...kebaikannya pada kita akan terus terbayang,
mendorong kita mendoakan "dia" diberi kerahmatan,
oleh Allah ~ tak kira di waktu malam mahupun siang.

Bertuahlah bila seseorang itu dikenang akan jasanya,
bertuahlah juga jika dikenang akan akhlak baik mereka,
kerana ia kekal jadi sebutan baik berupa seumpama doa,
~ bukan umpat-keji & sumpah-seranah...meminta hina.

Maka......

Alhamdulillah...jika legasi yang baik telah ditinggalkan,
Astaghfirullah...jika legasi buruk kekal terus jadi sebutan,
Subhanallah...jika legasi baik kekal jadi pedoman+ikutan,
Insya`Allah...legasi baik ~ itulah yang kita juga harapkan.

Insya`Allah......

Kini...genap sudah 3 tahun "dia" berehat di alam berbeza,
semoga "dia" akan terus dirahmati oleh Yang Maha Esa,
lantaran amal-baktinya demi agama & pada keluarga,
lantaran kebaikannya pada saudara-mara & jiran tetangga,
lantaran kebajikannya pada masyarakat & negara tercinta,
lantaran niat baiknya pada kehidupan-kehidupan lain juga.

Insya`Allah......

Namun......

Jika ada perbuatan & tindakannya yang mungkin terkurang,
maka...maafkanlah "dia" ~ kerana "dia" insan biasa bak kita,
doakanlah "dia" ~ agar kebajikan untuknya tidak terhalang,
dari & oleh insan-insan lain yang kekal sudi menyayanginya.

Jika mungkin ada rasa yang kurang kita senangi padanya,
maka...lupakanlah ia & ingatkanlah kebaikannya sahaja,
moga dengan berbuat demikian ~ "dia" di sana akan selesa,
berehat dengan penuh kerahmatan dari Ilahi tanpa terkira.

Insya`Allah......

Dan akhirnya......

Sekali lagi Surah Al-Fatihah untuk beliau kami bacakan.
semoga pahala bacaan Surah tersebut akan membantu,
~ menambah ihsan Tuhan pada "dia" secara gandaan,
~ menambah rahmat Tuhan pada "dia" tanpa terganggu,
begitulah matlamat doa yang dibaca & juga pengharapan,
seiring kehidupan dilalui & sebelum hidup dinoktah waktu.

Insya`Allah......

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

2 comments:

sayda said...

salam,

Al-fatihah, Ya Allah! ampunilah segala dosa kami, dosa ibu bapa kami, guru-guru kami dan orang-orang yang beriman pada hari terjadinya hari perhitungan..

4zee2 said...

Terima Kasih.Insya`Allah & Amin...Amin...Amin...Ya Rabbal`Alamin.