Friday, November 25, 2011

Kisah Di Hari Khamis Lepas......

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga keampunan Allah sentiasa mengiringi,
di saat kita menginsafi akan dosa dulu & kini,
agar selepas itu ~ kita kekal bertakwa kembali,
dalam menguruskan hidup yang masih berbaki.

Insya`Allah......

"Post" bertajuk "Kisah Di Hari Khamis Lepas",
kini saya nukilkan untuk tatapan kita bersama,
~ harap dibaca berhati-hati...jangan terlalu pantas,
agar mudah digambarkan/difahami maksud cerita.

Insya`Allah...anda bersedia sudah?,
jom !!!...baca cerita tanpa berlengah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari Khamis lepas ~ kami ke Kuala Lumpur,
untuk tujuan pendaftaran anak dara belajar,
menyambung pelajaran ~ sesi semester ke 6,
kami keluar awal nak elakkan kena "beratur",
serta tak perlu bersesak atau berkejar-kejar,
Insya`Allah ~ tak mahu tunggu hingga 4 ~ 5 jam.

Perjalanan pagi itu agak tergendala sebentar,
kerana di sesetengah lokasi ~ jalanraya sesak,
hmm...kenalah lebih berwaspada & bersabar,
dan berusaha agar kemalangan mampu dielak.

Kelazimannya waktu pagi kenderaan banyak,
mungkin kerana ramai orang nak masuk kerja,
bas+kereta+van+mpv+lori+motosikal ~ berasak,
ingin cepat sampai ke lokasi & mengejar masa.

Selain sebab kenderaan yang banyak di jalanraya,
~ kerja baik-pulih jalanraya+sekatan jalanraya,
~ kemalangan kecil+kerosakan kenderaan juga,
turut menjadi faktor bersama kesesakan selalunya.

Adapun......

Masa kenderaan terperangkap dalam kesesakan itu,
ada sesuatu "dugaan kecil" terjadi pada kereta kami,
saya tak perasan ~ perhatian di jalanraya tertumpu,
matlamat ~ cuma mahu selamat sampai ke destinasi.

Insya`Allah......

Kami sampai ke destinasi sekitar jam 8.30 pagi,
keadaan di Pusat Pengajian tidaklah sesibuk mana,
sementara menunggu anak dara mendaftarkan diri,
kami minum di gerai berhampiran ~ tempat biasa.

Sementara menunggu itu ~ kami bersarapan pagi,
saya ~ Set Nasi Putih+Ayam Gulai Lemak Tempoyak,
isteri ~ Set Mee Sup...menu di gerai itu paling diminati,
di awal pagi ~ supnya pekat & kuah gulainya "lemak".

Kalau datang lambat sedikit atau dah dekat tengahari,
kadar kepekatan sup+kelemakan santannya berkurang,
kerana bila ramai pelanggan ~ masakan dimodifikasi,
bahan lain ditambah...rasa enak masakan mula hilang.

Harga Set Makanan sekitar RM4.50 ~ RM5.50 cuma,
harga tersebut telah termasuk 1 jenis minuman sekali,
Alhamdulillah ~ harga berpatutan+masakan sedap juga,
menyebabkan siapa yang minat makan akan datang lagi.

Gulai Tempoyak+Asam Pedas Ikan...biasanya ada,
tapi...hari tu ~ ke2-2 gulai tersebut tak sempat disedia,
menurut taukey gerai ~ mereka kini kekurangan pekerja,
bila ~ ada kalangan pekerja "bercuti" & kerja "ikut suka",
menyebabkan kurang pekerja nak urus & beli "stok" biasa,
maka...taukey hanya siapkan menu ikut keadaan semasa.

Gulai Tempoyak Ikan Patin ~ menu kegemaran anak dara,
kerana tak ada...Ikan Keli Penyek Sambal lantas dipesan,
namun taukey sedekah kuah Gulai Tempoyak kosong juga,
mungkin kerana dia murah hati & nak jaga hati pelanggan,
mungkin kerana anak dara saya adalah pelanggan tetapnya,
mungkin juga taukey simpan "saham" bagi "Hari Kemudian".

Alhamdulillah & Terima Kasih.....

Sewaktu kereta mula dinaiki di kawasan "parking",
kelihatan retak memandang di cermin hadapan pemandu,
kata isteri...dia perasan ada tanda seperti air "sparkling",
masa kami terperangkap dalam kesesakan di awal waktu.

Menurutnya...masa kejadian tu ~ tanda kecil sahaja,
hmmm...mungkin dia ingatkan kelak tiada kesan ketara,
mungkin ~ tekanan angin luar +"Air-Cond" ikut serta,
menyebabkan kesan air "sparkling" bertukar retak pula !!!

Bila "dugaan kecil" telah terjadi & memikirkan risikonya,
niat asal nak ke JJ Maluri...nak beli barang ~ dibatalkan,
selepas hantar anak dara ke Desa Siswi simpan barang,
dan berbual dengan petugas di Pondok Pengawal Asrama,
~ kami cari kedai yang berkepakaran buat "pemulihan",
akan retak di cermin tadi agar tidak tambah memanjang.

Dengan Internet ~ lokasi sesuai dicari oleh anak dara,
saya pula cuba mencari lokasi berpandukan persekitaran,
isteri pula membantu memikirkan lokasi ikut ingatan,
di kedai assesori kenderaan ~ saya lantas turun bertanya,
jawapan pekerjanya ~ perkhidmatan boleh diusahakan,
tapi kena tunggu 1 1/2 jam ~ untuk tujuan kepastian,
nombor hand-phone ditinggalkan ~ cari kedai lain pula,
dan melalui Internet ~ kedai lain akhirnya dapat dikesan,
cari & telefon juga rakan ~ tanya+cari lokasi berkenaan.

Alhamdulillah......

Dengan Internet ~ banyak matlumat jadi rujukan
dengan sering berjalan ~ lokasi mudah diperasan,
dengan hubungan yang baik ~ sudi dibantu rakan,
dengan persekitaran yang mesra ~ kurang halangan,
dengan hidup bermuafakat ~ mudah dapat bantuan,
dengan negara aman ~ aktiviti ekonomi jadi tarikan,
dengan Izin Tuhan ~ banyak perkara dipermudahkan,
Alhamdulillah...semoga rahmat-Nya kekal berterusan.

Insya`Allah......

Saya ingin berhenti seketika ~ ada hal lain menanti,
serta ingin "manja"kan diri+jari-jemari+rehatkan mata,
maka...penamat cerita bersambung selepas "post" ini,
kerana...cerita pada kali ini agak panjang berjela-jela,
dan semoga para pembaca budiman bersabar menanti,
"Kisah Di Hari Khamis Lepas" siri ke2 bakal diusaha.

Insya`Allah......

Sekian+Terima kasih+Wassallam.

No comments: