بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah ~ rahmat Allah masih bersama kita,
terserta dalam segala hal yang nyata mahupun rahsia,
di dalam kehidupan kita secara sedar ataupun alpa,
tanda ehsan-Nya pada umat manusia tiada terhingga.
Alhamdulillah & Insya`Allah......
Hari ini seperti hari-hari yang telah berlalu,
hujan bakal turun lagi seiring petang yang tiba,
ujian & nikmat buat kehidupan yang telah ditentu,
oleh Pencipta kita ~ Allah...Tuhan Yang Maha Esa.
Kerana......
Gugusan awan hitam & kelabu mula berarak laju,
menutupi langit yang mem"biru" sebelum ini,
angin bertiup kencang menuju pelbagai penjuru,
diikuti bunyi guruh & kilauan kilat bersilih ganti.
Puncak pepohonan terutama pokok nyiur terliuk-lintuk,
beralun-alun ke kiri & ke kanan mengikut arus angin,
dedaunan & ranting kecil+tua luruh menutupi bumi,
sesekali angin menyapu lantai bumi mengulung habuk,
bercampur-baur menerjah persekitaran yang mula dingin,
menandakan hujan bakal menyirami bumi tidak lama lagi.
Kini...langit ditutupi sepenuhnya awan hitam kelabu,
jarum-jarum air hujan mula turun perlahan & bertalu-talu,
sebelum bertukar rupa bak mutiara berderai jatuh meluru,
berderap-derap menimpa bumi dengan pelbagai ritma+lagu.
Suara guruh & petir semakin kuat bertingkah-tingkah,
sesekali dari kejauhan kilauan kilat berjalur pantas,
terjahan air hujan & deruan angin makin mendesah,
menutupi ruang bumi yang sebelum ini berbahang panas.
Terjahan hujan melakar bunyi yang pelbagai aneka,
berderap...berdenting ~ mengikut permukaan ia terkena,
lantas memantulkan percikan bunga air ke merata-rata,
berkembang...meluas dan akhirnya ia bertebaran pula.
Rembas & tempias air hujan mengikut angin menderu,
memukul & mengetuk setiap penjuru yang terdedah,
membawa serta keunikan & kesegaran bau untuk dihidu,
bumi serta persekitaran kelihatan nyaman & amat indah.
Alhamdulillah......
Bumi & isinya bertasbih ~ bersyukur menerima hujan,
hujan bertasbih ~ bersyukur masih diberi kesempatan,
kehidupan bertasbih ~ bersyukur peluang masih diberikan,
namun...ada manusia buat tak faham macam tak perasan !!!
Sewajarnya...kita patut bersyukur atas pemberian Tuhan,
sekali pun hujan yang adakalanya kesannya berpelbagaian,
kerana rahmat+ujian+bala bencana kerananya ada taruhan,
menguji kewajaran tindakan kita ~ adakah kita orang beriman.
Sewajarnyalah kita bersyukur pada Yang Maha Esa,
kerana rahmat-Nya pada kita yang dicipta sempurna,
kerana cukup segala sifat & lengkap segala pancaindera,
merasai lagi nikmat yang bukan semua insan dapat merasa.
Bila & Kerana......
Mata kita ~ masih dapat melihat keindahannya,
Telinga kita ~ masih mampu mendengar kemerduannya,
Kulit & rongga kita ~ masih dapat merasai kenyamannya,
Hidung kita ~ masih mampu menghidu kesegaran baunya,
Mulut kita ~ masih dapat merasai kemanisan titisan airnya,
Rambut kita ~ masih mampu menyerap kedinginannya,
Tangan kita ~ masih dapat mengapai kelembutan titisannya,
Kaki kita ~ masih mampu berjalan meredahi kebasahannya,
Badan kita ~ masih dapat merasai kesegaran airnya,
Alhamdulillah ~ nikmat-Nya terasa tatkala hujan tiba......
Kerana......
Hujan yang turun berserta air yang suci & murni
yang jatuh menyirami lantas menyegarkan bumi,
mengalakkan kehidupan di bumi tandus muncul kembali,
sesuai dengan fitrah & mematuhi ketentuan Ilahi.
Hujan yang turun berserta air yang suci & murni,
mengajar manusia berfikiran matang & berinovasi,
menyesuaikan kehidupan & keselesaan hidup terkini,
dengan pelbagai fenomena yang melandai bumi.
Hujan yang turun berserta air yang suci & murni,
mengajar kita agar sentiasa berusaha & bertawakal,
memaksimakan kebajikan hidup mengikut tuntutan Ilahi,
biarpun usaha tersebut berupa sementara mahupun kekal.
Insya`Allah......
Dan...hujan pun turun lagi,
semoga kita segera tersedar dari mimpi,
pantas bersyukur & berterima kasih pada Ilahi,
kerana berpeluang menikmati nikmat-Nya berulang kali.
Sekian+Terima Kasih & Wassallam.
No comments:
Post a Comment