Saturday, January 30, 2010

Masya`Allah...Sakitnya !!!

Assalamu`alaikum kepada para pembaca,
~ pembuka bicara di ruangan"maya" tanpa suara,
semoga anda berbahagia & diberkati-Nya sentiasa,
tika menjalani kehidupan seharian di alam bernama dunia.

Hari ini ceritanya ringkas sahaja,
kerana sehari dua ni saya tak punya banyak masa,
banyak perkara harus diselesaikan dgn kadar segera,
sorrylah...tak dpt nak menghasilkan cerita panjang berjela !!!

Kelmarin kepala sakit diserang Maigrain,
dari subuh ~ kepala & mata dah mula sakit,
Masya`Allah...sakit & peritnya bukan main-main,
terpaksa tutupkan mata tanpa berkenyit !!!!

Urut kepala,picit dahi & tengkok juga,
bagi berusaha mengurangkan kesakitan seketika,
tak boleh juga nak menundukkan kepala,
sakit terasa macam mata nak terkeluar dari "soket"nya !!!

Sementara menunggu pengganti syif pagi tiba,
duduk dikerusi sambil menyandarkan kepala,
tutup mata & pekup tangan di muka,
sambil memicit kepala sekali sekala.

Bawa kenderaan pulang ke rumah perlahan-lahan,
sambil mengerut kuat sebelah mata agar tertutup,
Alhamdulillah...selamat juga sampai ke kediaman,
walaupun sakitnya rasa macam kepala nak meletup !!!

Sampai di rumah saya dah tak tahan lagi,
muntah sehingga perut rasa nak genting,
cepat-cepat mandi serta bersarapan pagi,
telan ***Pontalon@Mefenamic Asid sebiji & terus berbaring...
(***Hanya Sesuai untuk Penulis ~ Jangan Tiru Aksi Ini***)

Tidurlah...mungkin itu cara yang terbaik,
setelah makan ubat bagi mengurangkan kesakitan,
apa hal terjadi pun ~ pelupuk mata dah tak boleh nak angkat naik,
yang penting berusaha sebelum bertawakal kepada Tuhan.

Menjelang tengahari...kesakitan dah kurang sedikit,
rehat sebentar sambil menghantar Post ke Blog sendiri,
macammana boleh taip & hantar Post ~ tadi kata sakit?
sebenarnya Post dah disiapkan & di"save" sejak semalam lagi...

Itu yang anda lihat Post bertajuk "Sedikit Perihal Jahannam",
panjangkan ? ~ mana mungkin sempurna dalam 1@2 jam,
kerana ingin berkongsi ilmu & memudahkan pembaca faham,
terpaksalah disunting & diolah semula bercampur ilham.

Mana mungkin larat nak duduk menunduk lama-lama,
lebih-lebih lagi untuk menghasilkan 1Post pun mengambil masa,
paling cepat pun sejam-dua kalau datang idea,
kalau tak...alamatlah lama masa duduk mengelamun saja...

Sakit & kesan "Maigrain" tersebut mengurangkan aktiviti saya,
selama sehari dua tu kenalah banyakkan berehat sahaja,
tapi...boringnya ~ sesekali "On Line Intenet" juga,
jangan risau & bimbang ~ he..he..he.. sekejap je ~ saya tak lama !!!

Alhamdulillah ~ kini kepala saya dah tak sakit lagi,
cuma sesekali mata sakit sikit kalau menunduk kepala,
Apa? anda "suspek" saya ada Penyakit Darah Tinggi?,
tak adalah...Insya`Allah ~ saya masih sihat seperti biasa.

Jadi...jagalah & hargailah kesihatan anda sebaik-baiknya,
kerana kesihatan itu ~ pinjaman bermakna dari Allah,
usahlah dipersia-siakan anugerah dari Yang Maha Esa,
janganlah nanti ~ " sudah terhantuk baru nak mengadah".


Sekian & wassallam.

Bye ~~~~~~~
Adios Amigoes~~~~~~

(***Peringatan!!! Sila dapatkan khidmat & nasihat Doktor Bertauliah***)

Thursday, January 28, 2010

Sedikit Perihal Jahannam.....

Petikan diambil & disunting dari Minda Madani Online,
milik ABIM ~ bertujuan menyalurkan maklumat serta dakwah,
bermatlamat mulia ~ perkongsian ilmu sesama pembaca & Insan lain,
serta pembinaan keperibadian Muslim & asas-asas Tarbiah Islamiah.

Sebuah tatapan untuk renungan bersama,
diolah semula untuk memudahkan pembaca memahaminya,
semoga mampu merangsang ketakwaan pada Yang Maha Esa,
sementara berkesempatan lagi ketika masih bernyawa......

~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~~:~~~:~~~:~~~

( Untuk dikongsi ~ betapa kasihnya Rasulullah S.A.W kpd umatnya )

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik R.A. berkata:
Jibrail datang kpd Nabi S.A.W pada waktu yg ia tidak biasa datang
dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh Nabi S.A.W:
"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah
menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka,
maka tidak layak bagi orang yg mengetahui
bahawa neraka Jahannam itu benar,
dan siksa kubur itu benar,
dan siksa Allah itu terbesar
untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."


Lalu Nabi S.A.W bersabda:
"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam,
maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah,
kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih,
kemudian seribu tahun sehingga hitam,
maka ia hitam gelap,
tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya
akan dapat membakar penduduk dunia semuanya
kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu baju ahli neraka itu digantung
di antara langit dan bumi nescaya
akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu pergelangan dari rantai
yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit,
nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan seorang di hujung barat tersiksa,
nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur
kerana sangat panasnya.

Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,
dan minumannya air panas campur nanah,
dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu,
tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu
dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi S.A.W bertanya:
"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka,
setengahnya di bawah dari lainnya,
dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,
tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah S.A.W:
"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah (@Pertama) utk org-org munafik,
dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat
Nabi Isa A.S serta keluarga Fir'aun bernama: Al-Hawiyah.
Pintu ke2~ tempat orang-orang musyrikin: bernama Jahim,
pintu ke3~ tempat orang shobi'in: bernama Saqar.
Pintu ke4~ tempat Iblis+pengikutnya dr kaum majusi: bernama Ladha,
pintu ke5~ tempat orang yahudi: bernama Huthomah.
Pintu ke6~ tempat orang nasara: bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pd Rasulullah S.A.W sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke7 ?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar
dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka Nabi S.A.W jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,
sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi S.A.W di pangkuannya
sehingga sedar kembali dan sesudah sedar maka

Nabi S.A.W bersabda:
"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku,
apakah ada seorang dr ummat ku yg akan masuk ke dlm neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian Nabi S.A.W menangis, Jibrail juga menangis,
kemudian Nabi S.A.W masuk ke dalam rumahnya
dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang
dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi (Allah BerFirman):
"Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sdgkan kamu
tak dapat bertahan dgn panasnya terik matahariKu.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat.
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah.
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung.
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah.
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik.
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak.
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum.
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular.
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta ~
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai.
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat".

~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~

Mudah-mudahan dapat menimbulkan rasa keinsafan,
kepada kita bernama Insan sekiranya masih kelalaian,
dan dibawah ini disertakan sepotong Hadith & sepotong ayat Al-Quran,
untuk renungan bersama sebagai bonus tambahan......

Iaitu...

Firman Allah dalam Surah Al- Baqarah Ayat 159 yg bermaksud:
" Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang
telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk,
sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dlm Kitab Suci,
mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Serta...

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat ".

~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~:~~~

Dan......sekianlah sahaja dulu untuk kali ini,
perkongsian ilmu untuk kita fikir-fikirkan bersama,
semoga anda dapat menangkap "maksud terang & tersembunyi",
sebagai pedoman dihari muka ~ agar mampu hidup bahagia.

Yang sempurna dan baik itu datangnya dari Allah,
yang serba kekurangan ini dari saya ~ insan yg lemah,
sudilah maafkan saya jika terdapat sebarang silap dan salah,
selamat bermuhasabah diri serta memperbaiki kualiti amal-ibadah.

Sekian Dan Wassallam.

***Tulisan warna kuning ~ Nukilan dari Minda Madani@ABIM***
****Tajuk asal nukilan : Keluasan Neraka Yang Amat Dashyat****

Tuesday, January 26, 2010

Sholat Teras Ibadah......

Islam menetapkan bahawa sholat fardhu yang 5,
adalah teras ibadah yang paling utama,
sebenarnya sholat berperanan besar dalam kehidupan kita,
hingga Islam meletakkan sholat sebagai tiang agama.

Disamping menjadi medium utk memperkukuhkan akhlak,
sholat juga bertindak sebagai benteng pencegah kemungkaran,
serta amalan pertama dihisab oleh Allah SWT di hari kiamat kelak,
selaras dgn sabda Rasulullah SAW yang telah diriwayatkan...

"Sesungguhnya amalan yang pertama
dihitung pd hari kiamat keatas seseorang Islam ialah sholat fardunya.
Jika sempurna sholatnya nescaya berbahagia & beruntunglah dia.
Sebaliknya jika tidak sempurna ~ akan menyesal dan rugilah dia.
Jika seseorang itu terdapat kekurangan drpd sesuatu amalan wajibnya,
maka Allah SWT memerintah kepada sekelian para malaikat-Nya~
"Periksalah oleh kamu semua...adakah hamba-Ku (manusia),
itu mempunyai amalan sholat sunat yg lain ~ sekiranya ada
amalan tersebut dapat menampung kekurangan amalan wajibnya.
Kemudian cara menghitung amalan-amalan lain juga sama
dengan kaedah menghitung amalan sholat ini (juga)".
( Abu Hurairah RA meriwayatkan dari Sunan Tirmizi ~ ia tertera )

Persoalan timbul ~ sholat yg bagaimanakah dpt mengukuhkan akhlak?
dan mampu mencegah diri kita daripada terjebak,
dengan perkara keji dan mungkar serta ditegahi syarak,
serta perkara & perbuatan menyalahi yang benar & hak?

Pada dasarnya perlaksanaan sholat melibatkan dua aspek yg utama,
iaitu pergerakan fizikal & pergerakan dalaman@Rohaniah juga,
fizikal ~takbiratul ihram,ruku`,`itidal,sujud,bacaan dan sebagainya,
dalaman ~ tumpuan fikiran+perasaan kpd Allah tika sholat dilaksana.

Sholat yg mampu mengukuhkan akhlak & mencegah kemungkaran,
adalah sholat yg sempurna kedua-dua pergerakan~
samada pergerakan fizikal & pergerakan dalaman,
hakikatnya kedua-dua aspek itu saling berhubungan,
dan menjadi penentu sesuatu kejayaan,
serta penghalang drp melakukan kemungkaran dlm kehidupan.

Kesan daripada sholat yang khusyuk & ikhlas ~ tanda sempurna,
kita akan sentiasa mengingati Allah Yang Maha Esa,
kita juga bakal taat & patuh kepada segala perintah-Nya,
serta mencintai & gemar melakukan kebajikan sesama manusia,
dan membenci akan kemaksiatan+kemungkaran yg bermaharajalela.

Yakinlah bahawa sholat itu sangat besar fungsinya,
dalam membimbing kehidupan kita ke jalan yg diredhai-Nya,
seperti Allah berfirman dlm surah Al-Ankabut ayat 45,
yang bermaksud seperti yang terserta:

"Bacalah & ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yg telah diwahyukan
kepadamu dari Al-Quran & dirikanlah sholat (dengan tekun);
sesungguhnya sholat itu mencegah dr perbuatan keji+kemungkaran,
& sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedah+kesan);
dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yg kamu kerjakan".

Namun ada juga kalangan kita yang melakukan sholat,
tetapi selepas sholat masih buat juga pelbagai perbuatan maksiat,
pelbagai perbuatan kemungkaran masih tercatat,
seperti rasuah,berpecah belah,hasad dengki mahupun mengumpat,
serta pelbagai sifat negatif yang lain ~ seolah-olah satu nikmat !!!
tanpa memperdulikan Firman Allah memberi peringat...

Golongan manusia sebegitu amat dimurkai Allah Yang Maha Esa,
seperti dalam surah Al-Muddathir bilangan 42-43 di kedua ayat,
~ "Apakah yg menyebabkan kamu masuk ke dlm Saqar (neraka)?,
Jwb org yg bersalah: Kami tidak termasuk org yg mengerjakan sholat."

Terdapat perkaitan yg kuat kesan sholat terhadap perilaku manusia,
pada manusia yg sempurna melaksanakan ibadah sholat~
biasanya sempurna hal kerja+ibadah yg diamanahkan kpd mereka,
secara sedar mahupun tidak ~ sifat terpuji telah "melekat kuat".

Oleh itu~ marilah kita memelihara sholat yg telah difardukan,
dengan memenuhi aspek+tuntutan jasmani dan rohani,
disamping memperbaiki segala kesilapan dan kekurangan,
pastikanlah kita & keluarga melaksanakan sholat secara berkualiti.

Ada beberapa petua untuk kita cuba laksanakan,
dalam meningkatkan kesempurnaan ibadah sholat dalam kehidupan,
di bawah ini pandangan Iman Al-Ghazali disertakan,
semoga dapat membantu kita serta menjadi pedoman......

1)~ Sentiasa memelihara sholat fardhu 5 waktu tanpa sebarang alasan
untuk meninggalkannya melainkan atas sebab-sebab uzur syarie.

2)~ Sentiasa memperkemas bacaan-bacaan dalam sholat
dan memahami maknanya bagi memperolehi khusyuk.

3)~ Sentiasa mendidik dan memastikan ahli keluarga mengerjakan
sholat secara berjamaah.

4)~ Sentiasa menghadirkan kebesaran Allah,
seolah-olah kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.

5)~ Sentiasa malu kepada Allah SWT kerana kelemahan dalam beribadah.

6)~ Sentiasa mengharapkan Rahmat Allah serta mengharapkan sholat
yang dilakukan diterima oleh Allah SWT.

Demikianlah serba sedikit perkongsian ilmu pada kali ini,
semoga kita boleh mengambil sedikit ikhtibar darinya,
kalau terdapat salah & silap kerana kejahilan diri ini,
dengan rendah diri ~ maafkanlah saya seikhlas jiwa.

Sekian & wassallam.

Sunday, January 24, 2010

Lihat Di Cermin...

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~ Seraut wajah pinjaman dari Allah kepada kita,
ada kulit+sebentuk hidung+sepasang kening & mata,
juga sepasang telinga & bibir+rambut di kepala,
serta dahi+pipi+dagu & gigi juga,
extra misai & janggut untuk para lelaki@pemuda......

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~dulu kulit tegang tapi kini dah kendur,
apakah sebenarnya peringatan Allah kepada kita?
~merendah dirilah kepada-Nya+buangkanlah sifat bongkak+takbur.

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~rambut dulunya hitam tapi kini dah putih & "berbelang",
apakah sebenarnya peringatan Allah kepada kita?
~sentiasalah beringat & perbaikilah adab bersholat@sembahyang.

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~dahi yg dulu licin tapi kini dah mula berkerut,
apakah sebenarnya peringatan Allah kepada kita?
~perbanyakkanlah ketakwaan kepada-Nya sebelum nyawa diragut...

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~sepasang kening yg dulunya lebat kini dah mula menipis,
apakah sebenarnya peringatan Allah kepada kita?
~bertaubat kepada-Nya bersungguh-sungguh sambil menangis...

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~sepasang mata yg dulu penglihatannya jelas tapi kini dah rabun,
apakah sebenarnya peringatan Allah kepada kita?
~insaflah diri dgn jauhi kejahatan serta jangan banyak mengelamun !!!

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~dulu hidung licin+berkilat tapi kini dah banyak bintik hitam & lopong,
apakah sebenarnya peringatan Allah kepada kita?
~tunaikanlah janji & amanah kepada-Nya+jangan terus berbohong !!!

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~pipi yang dulu gebu kini dah mula berkedut,
apakah sebenarnya peringatan Allah kepada kita?
~berusahalah menambah pahala+rebutlah peluang...jangan tak rebut !!!

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~sepasang bibir yang dulu berisi & basah tapi kini dah mula kecut,
apakah sebenarnya peringatan Allah kepada kita?
~perbanyakkanlah zikirullah bukan memaki-hamun serta mencarut !!!

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~dulu gigi putih & penuh tapi kini banyak yang dah ronggak+rompong,
apakah sebenarnya peringatan Allah kepada kita?
~sentiasalah berdoa+bertawakal kepada-Nya & janganlah sombong !!!

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~sepasang telinga dulunya capang tapi kini dah mula kendur,
apakah sebenarnya peringatan Allah kepada kita?
~tingkatkan ibadah kepada-Nya sebelum kita berhijrah ke alam kubur.

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~dagu yang dulunya tajam tapi kini dah mula berlapis,
apakah sebenarnya peringatan Allah kepada kita?
~bertakwalah kepada-Nya sebelum kewarasan akal terhakis...

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~dulu kita segak@lawa+muda belia tapi kini semakin dimamah usia,
maka ~ bersyukurlah...kita masih diberi peluang oleh Yang Maha Esa,
mengecapi nikmat kehidupan di dunia walaupun hanya sementara.

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~kita sudah semakin tua & bakal sampai ke penghujung nyawa,
maka ~ kita harus lebih berusaha beriman kepada Yang Maha Esa,
agar kesempatan hidup yang tersisa tidak terus@bakal dipersia-sia.

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~hargailah segala anugerah@pinjaman sementara dari Illahi,
maka ~ sentiasalah berusaha menjadi hamba Allah seikhlas jiwa,
Insya`Allah ~ kita bakal berbahagia di dunia & akhirat nanti......

Bila lihat di cermin ~ kita nampak apa?
~kita mungkin nampak segala rahsia kalau kita mahu berfikir,
kelak segala-galanya yang di lihat bakal tinggal kenangan belaka,
~bila kehidupan kita di dunia ini sudah berakhir......

Dan......

Bila anda lihat di cermin ~ anda nampak apa?
adakah mungkin seperti pandangan saya ~ samakah atau berbeza?
~terpulanglah bagaimana persepsi & penilaian anda di minda,
renung-renunglah maksud coretan ini dengan berlapang dada......

Sekian & wassallam.

Wednesday, January 20, 2010

Dia III

Kali ini masuk kali yg ke 3 ~ saya bercerita tentang tajuk "Dia",
tidak termasuk "2 post" tentang keluarga"nya",
kalau dijumlahkan semuanya masuk kali ke 5,
bukannya apa ~ ingatan pada"nya" sentiasa menjelma...

Semalam ~ jika dipanjangkan hayat"nya"oleh Allah,
usia"nya" telah menjangkau ke angka 55 dijangkakan,
baru mula berpencen & beristirehat di rumah,
sambil menguruskan hal keluarga & kesihatan.

Semalam ~ jika Allah masih memberikan "Dia" kudrat,
dia pasti terus melaksanakan kewajipan"nya" pada Tuhan,
disamping banyak perkara dan benda yg hendak "Dia" buat,
kerana di bahunya tersandar pelbagai bebanan.

Semalam ~ jika Allah masih mengasihani"nya",
mungkin "Dia" tumpang gembira utk anak perempuan ke 2,
kerana "Dia" telah mendapat tambahan anak belia,
menjadi Ibu Mertua kepada pilihan bersama.

Semalam ~ jika Allah masih memberikan "Dia" kesempatan,
pasti dia terus merencanakan apa yg terbaik utk keluarga,
lebih-lebih lagi untuk anak lelaki tunggal kesayangan,
yang kelak bakal mendirikan rumahtangga.

Semalam ~ jika Allah masih memberikan "Dia" kekuatan,
pasti "Dia" tak sabar menantikan kepulangan anak ke 3,
yang berada di UIA Gombak menyambung pelajaran,
kerana anak perempuan yang ini pandai mengambil hati"nya".

Semalam ~ jika Allah masih memberikan "Dia" peluang,
restu & doa untuk anak ke 4 pasti dipanjatkan kepada Tuhan,
kerana itulah "alah anja Ibu" yang tersayang,
lebih-lebih lagi pada tahun ini bakal menghadapi peperiksaan.

Semalam ~ jika "Dia"masih direstui oleh Ilahi,
pasti "Dia" memohon belas ehsan kepada Tuhan,
semoga Allah memberikan taufik & hidayah kepada si suami,
agar lebih berubah kearah kesederhanaan pemikiran & tindakan.

Semalam ~ jika "Dia" masih hidup di dunia ini lagi,
pasti "Dia" akan kami terus kunjungi serta hubungi,
kerana "Dia" masih sudi menyayangi kami,
walaupun secebis kasih-sayang"nya" ~ tapi itu telah memadai.

Namun......

Sebenarnya...... Allah lebih mengasihi"nya" dari kami semua,
mungkin itu yang lebih baik untuk"nya" dari kehidupan di dunia,
maka...biarlah "Dia" tenang bersemadi di alam sana,
~ mudah-mudahan roh"nya" dirahmati Allah sentiasa,
diberikan balasan yang berlipat ganda kerana keistimewaan"nya",
kerana semasa hayat"nya" dia insan berbudi pekerti mulia.

Sejarah tentang "Dia" telah & tetap berlalu meninggalkan kita,
apa yg tercatat disini ~ itulah apa yg saya rasa,
sekadar mengimbau kembali kenangan bersama,
sebelum ingatan terpadam serta sebelum saya menutup mata......

Dan......

Untuk "Dia"~ saya sedekahkan pahala bacaan surah Al-Fatihah,
dikalangan orang-orang yg soleh semoga "Dia" ditempatkan,
mudah-mudahan kerahmatan utk"nya" berkekalan dari Allah,
di alam "persinggahan" sehingga tibanya hari pembalasan.

Al-Fatihah......

Sekain & wassallam.