Tuesday, April 26, 2011

1 Dah Ok...2 Pula Menanti...

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan kalimah Bismillah nukilan dimulai,
semoga kita beroleh keredhaan dari Ilahi,
ketika masih berpeluang hidup di dunia ini,
sebagai bekalan untuk kita di akhirat nanti.

Insya`Allah......

"Post" kali ini bertajuk ~ "1 dah OK...2 pula menanti",
bermakna 1 ~ cuba sempurnakan amanah*** telah selesai,
manakala 2 lagi kerja renovasi sedang giat diusahai,
Alhamdulillah ~ rasa beban dah kurang & hati rasa damai.

Petang semalam ~ kerja renovasi di lokasi 1 disempurnakan,
hampir 3 bulan ~ masa diambil dari tarikh pemberian wang,
mula dari 30/01/2011 hingga 25/04/2011 ~ kini diserahkan,
fuuuhhh...agak lama juga masa+kudrat & ikhtiar diperjuang.

Pelbagai dugaan datang menguji kematangan diri,
dari sekecil-kecil perkara hingga gangguan Penguatkuasa,
namun...Alhamdullillah ~ akhirnya semua mampu diberesi,
Alhamdulillah ~ dengan Izin-Nya & bantuan rakan kerja.

Dalam usaha cuba sempurnakan amanah*** semampu dapat,
saya bersyukur kerana kerjasama yang baik dari semua pihak,
~ baik dari Tuan Rumah+keluarga & masyarakat setempat,
pertolongan & kerjasama oleh rakan sekerja+isteri+anak-anak.



Mungkin bantuan dari mereka datang dalam pelbagai cara,
~ bantuan dengan tenaga kerja+pendapat+kemahiran+ilmu,
juga mungkin bantuan dari segi sokongan moral & doa juga,
~ tanpa Izin-Nya & bantuan mereka...kerja mungkin tergendala,
kerana dalam hidup ini ~ kita perlu berpadu menjadi satu,
agar ikhtiar untuk kehidupan mampu jadi tenang & selesa.




Kita ambil contoh begini ~ anda boleh hidup sendiri?
~ tanpa sebarang manusia & kehidupan lain yang menemani?
tak mungkinkan? ~ kerana memang fitrah kejadian kita begini,
saling memerlukan sesama insan walau dalam apa jua situasi.


Memang benar ~ dalam hal ini...kelihatannya sayalah "juara",
mampu menyempurnakan 1 tugas berat dalam 1 jangkamasa,
tapi...tanpa Izin-Nya & bantuan semua yang sudi bekerjasama,
mungkin tugas yang berat itu tak mampu dikelolakan oleh saya.

Maka......

Dalam hal begini ~ saya perlu bersyukur & berterima kasih,
~ bersyukur kerana Tuhan memudahkan setiap hal direncana,
~ berterima kasih kerana bantuan mereka dalam jerih-perih,
demi mencari rezeki halal & menjaga hubungan sesama manusia.

Kepada Allah ~ Alhamdulillah...tidak terperi nikmat-Nya,
kepada Tuan Rumah & keluarga ~ terima kasih kerana percaya,
kepada masyarakat setempat ~ terima kasih bila tak ganggu kerja,
kepada rakan sekerja ~ terima kasih demi segala kerjasama,
kepada isteri ~ terima kasih atas pengorbanan & rasa timbangrasa,
kepada anak-anak ~ terima kasih turut merasai kesusahan saya,
kepada ibubapa ~ terima kasih atas doa serta berbaik-sangka,
kepada jiran-tetangga ~ terima kasih kerana tumpang gembira...

Hmmm......

Hari ini kerja renovasi di lokasi ke 2 direhatkan seketika,
kerana salah seorang pekerja mahir cuti urus hal keluarga,
dan saya juga perlu merehatkan badan kerana terlalu letihnya,
namun...esok ~ saya tetap perlu melaksanakan kerja di sana,
kerana kini tumpuan kerja utama telah bertukar lokasi pula,
bila Tuan Rumah dah beri wang bersamaan 90% dari nilai kerja,
walhal kerja baru 50% cuma ~ menyebabkan saya kurang selesa,
mungkin dia percaya akan amanah saya tapi 1 tekanan buat saya,
kerana jika duit dah lebih diberi ~ memaksa saya mengejar masa,
perlu cuba menyempurnakan kerja renovasi seberapa segera,
walhal saya masih punya masa lagi sekitar 2 bulan lamanya,
hmm...nak buat macamana ~ harapan besar telah tersedia.

Manakala......

Kerja renovasi di lokasi ke 3 telah & akan cuba disempurna,
kerana cuma tinggal 10% sahaja dari keseluruhan kerja,
namun...akan ada penambahan kerja yang telah dirangka,
bila saya diminta buat kerja baikpulih pagar di hadapan pula...

Insya`Allah......

Saya akan cuba sempurnakan amanah*** & pengharapan itu,
semoga semuanya mampu berjalan seperti direncana & selesa,
semoga Allah terus merahmati saya & ihsan pada rakan sekerja,
demi memudahkan segala yang diusaha & dicita menjadi nyata.

Insya`Allah......

Sekian dulu secebis perkongsian cerita pada kesempatan ini,
Insya`Allah ~ jika diizinkan Ilahi...saya akan sambung lagi,
berkongsi cerita+pandangan dan pengalaman yang dilalui,
bersama kenalan & pembaca "Blog" ini ~ yang masih sudi,
luangkan masa membaca setiap "post" walaupun tak sensasi,
apa-apa pun......terima kasih ucapan dari saya sekali lagi,
akhirkata...sebarang salah & silap ~ saya mohon dimaafi,
semoga anda & saya ~ kekal sentiasa dirahmati Ilahi.

Insya`Allah......

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

Friday, April 22, 2011

"Post" Terkini......

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian hanya untuk Allah,
Tuhan Yang Maha Esa Lagi Maha Berkuasa,
semoga kita sentiasa diberikan hidayah & inayah,
sewaktu masih berpeluang untuk hidup di dunia.

Insya`Allah......

Hari ini...genap 19 hari banyak cerita saya tak kongsi,
~ tak "updated" cerita kerja renovasi & kehidupan dilalui,
walaupun...sebenarnya cerita tentangnya telah disediai,
tapi masa "edit" gambar & cerita ~ kesilapan kerap dialami,
banyak gambar terpadam & perlu dihasilkan kembali,
~ menyebabkan semua cerita tentangnya tertangguh lagi,
sehinggalah...masa lapang dapat saya "adjust" & cari,
baru memungkinkan saya mempertontonkan "post" terkini.

Insya`Allah..."post" kali ini banyak gambar renovasi terserta,
menandakan "progress" kerja yang telah berjaya dilaksana,
gambar-gambar adalah gabungan dari 3 lokasi renovasi berbeza,
sedang saya cuba sempurnakan amanah*** sesama manusia.

Gambar-gambar yang dipaparkan dari 02 ~ 19 haribulan,
selepas itu tiada gambar kerja renovasi dapat dirakamkan,
kerana kamera rosak akibat jatuh dari atas bangunan,
baru kelmarin dihantar ke kedai untuk cuba diperbetulkan.

~~~~~~~~~~~~~~~~ HuHuHuHuHuHu ~~~~~~~~~~~~~~~~


Hmmm......

Dalam 19 hari ~ banyak "progress" kerja renovasi tersempurna,
dulu kerja di 2 lokasi tapi yang terbaru dah masuk lokasi ke 3,
cuma bezanya...kerja renovasi lokasi ke 3 ~ nilainya sedikit cuma,
tapi...Alhamdulillah ~ RM tambahan untuk saya & rakan sekerja.

Fuuuhhh......

Penat tu...memang sungguh penat ~ benar-benar penat !!!,
tapi...peluang & rezeki tidak datang selalu ~ perlu direbut,
walaupun adakalanya saya memang dah agak tak larat,
~ tak cukup rehat & rutin kehidupan sedikit kelam-kabut,
ditambah lagi ~ masalah & ragam "member" di pejabat,
dah lama bercuti tapi terus sambung sampai berlarut-larut,
sedangkan "staff" tak cukup...seorang cuti sakit ~ tak sihat,
menambahkan "pening kepala" & rancangan saya terbantut !!!

Hmmm......

Bila keadaan begini terjadi ~ alternatif lain perlu segera di cari,
urusan kerja & kehadiran di pejabat ~ tetap saya wajib patuhi,
manakala kerja renovasi ~ dibantu & dipantau oleh anak & isteri,
Alhamdulillah ~ saya ada rakan sekerja renovasi berdedikasi,
~ amanah+rajin & sering bertindak profesional dan teliti,
namun...kalau "miscommunication" ~ hasil kerja jadi lain sekali,
hingga adakalanya ~ kena buka & betul serta buat kembali,
menyebabkan "budjet" sedikit lari ~ tapi demi janji & kualiti,
semuanya perlu dipenuhi sedangkan duit tak boleh "claim" lagi.

Nak buat macamana ~ adatlah tu serta "asam-garam" kehidupan,
mana mungkin semuanya sempurna & memenuhi citarasa kita,
kerana berurusan sesama manusia ~ sentiasa ada kepelbagaian,
cuma...kita perlu menghadapinya dengan berlapang dada,
agar kita mampu bertenang+bertindak matang dengan kesedaran,
kerana semuanya itu usaha ~ ketentuannya pada Yang Maha Esa.

Jika usaha kita berjaya & memenuhi citarasa ~ Alhamdulillah,
jika usaha kita sedikit terhalang ~ usah putus asa...usahalah lagi,
jika usaha kita sering gagal ~ bermakna kita perlu bertukar arah,
jika langsung tak nak usaha ~ saya malas nak "comments" kat sini !!!

Bercerita tentang peluang dan rezeki......
kadang-kadang peluang datang pelbagai ~ tapi tiada rezeki,
selalunya rezeki sentiasa ada ~ tapi kita sering tak sedari,
kerana kita tak faham konsep kepelbagaian anugerah Ilahi,
rezeki bukan hanya pada makan+minum & wang tak terperi,
rezeki juga bila dapat terus hidup & sihat rohani dan jasmani,
rezeki juga bila dapat hidup dalam keadaan penuh harmoni,
rezeki juga bila kehidupan kita tak banyak masalah dihadapi,
rezeki juga bila kita dapat berusaha mencari keredhaan Ilahi,
rezeki ~ bila kita terus dalam Iman & Islam...yang dirahmati.

Sesungguhnya peluang tak datang selalu ~ ada yang perlu dicari,
adakalanya peluang datang sendiri ~ tapi bila kita telah diuji,
sejauhmana kita gunakan peluang yang tiba ~ alternatif sendiri,
berjaya atau tidak ~ selalunya kesan dari tindakan yang dilaksanai,
namun...kita perlu tahu bezakan peluang yang sesuai direbuti,
carilah peluang yang halal+yakin diberkati & bukan manupilasi,
kerana kelak ~ kesannya akan terbias pada kehidupan kita sendiri,
baik/buruk kesannya...adalah kerana tindakan awal yang dimulai.

Maka...

Jika sesuai peluang & memang telah termaktub itu rezeki kita,
hendaklah kita bersyukur pada anugerah dari Yang Maha Esa,
namun...gunakanlah peluang & rezeki itu sebaik-baik seadanya,
kerana kita bimbang peluang & rezeki sebegitu datangnya adakala,
jangan salahgunakan bila nikmat peluang & rezeki itu dapat dirasa,
hak insan lain perlu dilunaskan ~ agar kelak kita tak takut ditanya,
oleh sesama manusia ~ lebih-lebih lagi oleh Yang Maha Esa,
ketika hidup di dunia serta kelak ketika kita diadili di akhirat sana.

Insya`Allah......

Hmmm......

Di "post" kali ini juga ~ saya ingin mengambil kesempatan,
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penggunjung,
yang baca "blog" ini & "message" di ruangan yang disediakan,
semoga kita dapat mempelajari ilmu baru & saling berhubung,
semoga dapat dimenafaatkan setiap ilmu baik yang dikongsikan,
semoga kebaikan yang bersertanya tiada berpenghujung......

Akhirkata......

Insya`Allah ~ Pagi ini saya akan sambung kerja renovasi semula,
untuk hari yang ke berapa ~ saya pun kini tak sempat nak kira,
yang penting...bila berpeluang+punya masa ~ kita perlu berusaha,
memperbaiki diri+taraf hidup selaras dengan tuntutan agama.

Insya`Allah......

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.