Sunday, April 3, 2011

Kendali 2 Hal Dalam 1 Masa...

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah merahmati kita semua,
beroleh petunjuk sebagai pedoman hidup,
berbahagia sentiasa ketika hidup di dunia,
sebelum nyawa dicabut ~ "sayup...sayup"...

Insya`Allah......

Kendali 2 hal dalam 1 masa ~ perlu banyak pengorbanan,
~ rancang+urus+tindakan+usaha+kesesuaian keadaan,
serta kerjasama sesama rakan sekerja juga diperlukan.
kerana bertindak sebagai 1 pasukan perlu persefahaman,
namun...segala-galanya adalah usaha bukan kepastian,
kerana apa yang dirancang ~ ketentuannya milik Tuhan.

Fuhhh....memang penat ~ bila perlu urus 2 perkara,
kena pula 2 perkara tersebut berada di 2 lokasi berbeza,
~ pantau & uruskan kerja renovasi di lokasi sediada,
manakala 1 lagi ~ mulakan kerja renovasi di lokasi kedua.

Bila kerja renovasi di lokasi sediada berjalan seperti biasa,
terlalu ramai tenaga kerja di 1 lokasi sama ~ tak sesuai,
jika dalam sesuatu keadaan ~ menganggu kelancaran kerja,
maka...saya perlu bertindak bijak ~ tak boleh "cincai" !!!.

Itu yang saya terpaksa bahagikan tenaga kerja,
sebahagiannya bekerja di lokasi renovasi pertama,
manakala yang lain ~ bekerja di lokasi renovasi kedua,
adapun saya ~ perlu urus & bantu di lokasi kedua-duanya !!!

Alhamdulillah ~ jika diizin-Nya...semuanya akan lancar,
~ bermakna kedua-dua kerja renovasi berjalan serentak,
adakalanya saya tersenyum ~ adakalanya rasa gementar,
kerana bagaimana kesudahannya ~ saya tak dapat nak agak...


Cuma...yang pasti saya perlu terus berusaha & bertindak,
agar apa yang dirancang mampu memberikan hasil terbaik,
namun...pastikan ada sedikit "gangguan" ~ tak dapat dielak,
kerana urusan sesama manusia ~ adakalanya "turun-naik".

Jika terdapat sedikit "gangguan" ~ saya perlu bersabar,
~ mungkin Tuhan ingin menduga & pemberi pengajaran,
maka...saya harus tabahkan diri & bermuhasabah sebentar,
demi mencari kesesuaian tindakan berpandukan keadaan.

Yang penting ~ saya perlu tekun & terus kekal berusaha,
agar saya & rakan sekerja mampu terus melaksana,
"cuma sempurnakan amanah***" ~ sambil tawakal juga,
agar niat & usaha baik ~ akan dirahmati Yang Maha Esa.

Esok...saya akan tempuhi keadaan yang sama ini kembali,
tapi...kali ini mungkin kurang sedikit bantuan tenaga kerja,
bila Pekerja Mahir cuti 3 hari ~ melancong ke luar negeri,
maka...saya perlu uruskan kerja ikut kesesuaian semasa......

Insya`Allah......

Esok...kerja "Mosaic" & Cermin di lokasi renovasi pertama,
kerja ikat batu & kerja konkrit ~ di lokasi renovasi kedua,
dan saya ~ macam biasa...perlu berada di 2 lokasi berbeza***,
hmm...untuk urusan kerja+pantau+bantu & bayar duit juga !!!

Dan esok...jika semuanya berjalan lancar & tiada halangan,
pasti saya akan bertambah letih serta bakal mengantuk pula,
kerana selepas urusan kerja renovasi di 2 lokasi berlainan,
petang @ Maghrib ~ saya akan ke KL menjemput "anak dara",
~ tanggungjawab sebagai bapa sentiasa cuba dilaksanakan,
seboleh & sebaik mungkin ~ selagimana peluang saya ada.

Insya`Allah......

Hmmm...biarkanlah esok tiba dengan pelbagai kemungkinan,
yang pasti ~ saya telah merancang+bertawakal & berdoa juga,
mengharapkan agar semuanya bergerak menuju arah kebaikan,
demi memudahkan saya bertindak selaras dengan keizinan-Nya.

Insya`Allah......

Akhirkata ~ saya sudahi perkongsian cerita pada kali ini,
dengan memohon maaf jika ada keterlanjuran berbicara,
semoga kita semua sentiasa dirahmati & diberkati Ilahi,
selaku Hamba yang sentiasa mengharap pada Penciptanya.

Sekian+Terima kasih+Wassallam.

No comments: