بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan kalimah Bismillah nukilan dimulai,
semoga kita beroleh keredhaan dari Ilahi,
ketika masih berpeluang hidup di dunia ini,
sebagai bekalan untuk kita di akhirat nanti.
Insya`Allah......
"Post" kali ini bertajuk ~ "1 dah OK...2 pula menanti",
bermakna 1 ~ cuba sempurnakan amanah*** telah selesai,
manakala 2 lagi kerja renovasi sedang giat diusahai,
Alhamdulillah ~ rasa beban dah kurang & hati rasa damai.
Petang semalam ~ kerja renovasi di lokasi 1 disempurnakan,
hampir 3 bulan ~ masa diambil dari tarikh pemberian wang,
mula dari 30/01/2011 hingga 25/04/2011 ~ kini diserahkan,
fuuuhhh...agak lama juga masa+kudrat & ikhtiar diperjuang.
Pelbagai dugaan datang menguji kematangan diri,
dari sekecil-kecil perkara hingga gangguan Penguatkuasa,
namun...Alhamdullillah ~ akhirnya semua mampu diberesi,
Alhamdulillah ~ dengan Izin-Nya & bantuan rakan kerja.
Dalam usaha cuba sempurnakan amanah*** semampu dapat,
saya bersyukur kerana kerjasama yang baik dari semua pihak,
~ baik dari Tuan Rumah+keluarga & masyarakat setempat,
pertolongan & kerjasama oleh rakan sekerja+isteri+anak-anak.
Mungkin bantuan dari mereka datang dalam pelbagai cara,
~ bantuan dengan tenaga kerja+pendapat+kemahiran+ilmu,
juga mungkin bantuan dari segi sokongan moral & doa juga,
~ tanpa Izin-Nya & bantuan mereka...kerja mungkin tergendala,
kerana dalam hidup ini ~ kita perlu berpadu menjadi satu,
agar ikhtiar untuk kehidupan mampu jadi tenang & selesa.
Kita ambil contoh begini ~ anda boleh hidup sendiri?
~ tanpa sebarang manusia & kehidupan lain yang menemani?
tak mungkinkan? ~ kerana memang fitrah kejadian kita begini,
saling memerlukan sesama insan walau dalam apa jua situasi.
Memang benar ~ dalam hal ini...kelihatannya sayalah "juara",
mampu menyempurnakan 1 tugas berat dalam 1 jangkamasa,
tapi...tanpa Izin-Nya & bantuan semua yang sudi bekerjasama,
mungkin tugas yang berat itu tak mampu dikelolakan oleh saya.
Maka......
Dalam hal begini ~ saya perlu bersyukur & berterima kasih,
~ bersyukur kerana Tuhan memudahkan setiap hal direncana,
~ berterima kasih kerana bantuan mereka dalam jerih-perih,
demi mencari rezeki halal & menjaga hubungan sesama manusia.
Kepada Allah ~ Alhamdulillah...tidak terperi nikmat-Nya,
kepada Tuan Rumah & keluarga ~ terima kasih kerana percaya,
kepada masyarakat setempat ~ terima kasih bila tak ganggu kerja,
kepada rakan sekerja ~ terima kasih demi segala kerjasama,
kepada isteri ~ terima kasih atas pengorbanan & rasa timbangrasa,
kepada anak-anak ~ terima kasih turut merasai kesusahan saya,
kepada ibubapa ~ terima kasih atas doa serta berbaik-sangka,
kepada jiran-tetangga ~ terima kasih kerana tumpang gembira...
Hmmm......
Hari ini kerja renovasi di lokasi ke 2 direhatkan seketika,
kerana salah seorang pekerja mahir cuti urus hal keluarga,
dan saya juga perlu merehatkan badan kerana terlalu letihnya,
namun...esok ~ saya tetap perlu melaksanakan kerja di sana,
kerana kini tumpuan kerja utama telah bertukar lokasi pula,
bila Tuan Rumah dah beri wang bersamaan 90% dari nilai kerja,
walhal kerja baru 50% cuma ~ menyebabkan saya kurang selesa,
mungkin dia percaya akan amanah saya tapi 1 tekanan buat saya,
kerana jika duit dah lebih diberi ~ memaksa saya mengejar masa,
perlu cuba menyempurnakan kerja renovasi seberapa segera,
walhal saya masih punya masa lagi sekitar 2 bulan lamanya,
hmm...nak buat macamana ~ harapan besar telah tersedia.
Manakala......
Kerja renovasi di lokasi ke 3 telah & akan cuba disempurna,
kerana cuma tinggal 10% sahaja dari keseluruhan kerja,
namun...akan ada penambahan kerja yang telah dirangka,
bila saya diminta buat kerja baikpulih pagar di hadapan pula...
Insya`Allah......
Saya akan cuba sempurnakan amanah*** & pengharapan itu,
semoga semuanya mampu berjalan seperti direncana & selesa,
semoga Allah terus merahmati saya & ihsan pada rakan sekerja,
demi memudahkan segala yang diusaha & dicita menjadi nyata.
Insya`Allah......
Sekian dulu secebis perkongsian cerita pada kesempatan ini,
Insya`Allah ~ jika diizinkan Ilahi...saya akan sambung lagi,
berkongsi cerita+pandangan dan pengalaman yang dilalui,
bersama kenalan & pembaca "Blog" ini ~ yang masih sudi,
luangkan masa membaca setiap "post" walaupun tak sensasi,
apa-apa pun......terima kasih ucapan dari saya sekali lagi,
akhirkata...sebarang salah & silap ~ saya mohon dimaafi,
semoga anda & saya ~ kekal sentiasa dirahmati Ilahi.
Insya`Allah......
Sekian+Terima Kasih+Wassallam.
No comments:
Post a Comment