بسم الله الرحمن الرحيم
Segala pujian-pujian buat Allah,
Tuhan yang memerintah semesta alam,
semoga kita semua sentiasa beroleh hidayah,
dan mentaati perintah-Nya selaku Umat Islam.
Insya`Allah......
Jom kita mulakan perkongsian cerita pada kali ini,
semoga anda dapat sedikit ilmu melaluinya kembali,
sila baca secara santai & tenang-tenangkan diri,
~ "relax"...semoga anda mampu ceria & "happy" !!!
Mari kita mulakan......
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pagi tadi ~ subuh masih "baru" pada waktu itu,
namun...manusia telah ramai beratur di depan kaunter,
~ nak beli tiket...menuju ke destinasi yang tertentu,
menggunakan perkhidmatan awam bernama "Komuter".
Sekitar 6.15 pagi baru kaunter beroperasi,
mungkin petugas tahu waktu "Komuter" bakal tiba,
mana yang ada kad "touch N go" ~ tak perlu tunggu lagi,
"highlight" kad kat "sensor" ~ terus ke "platform" tersedia.
Mungkin stesen yang ditunggu merupakan stesen ke 4,
jadi...penumpang yang sediada tidaklah ramai sangat,
namun...duduk mana ada kerusi kosong ikut sempat,
kalau terlalu memilih takut nanti sendiri yang penat !!!
Rata-rata pengguna "Komuter" subuh itu ~ kalangan pekerja,
ini boleh dinilai dari segi penampilan & pakaian yang diperaga,
ramai juga kelibat anak muda ~ mungkin pelajar "U" agaknya,
masing-masing sibuk ~ menguruskan masa demi kerjaya......
"Koc" bahagian tengah dikhaskan untuk penumpang wanita,
manakala "koc" bahagian lain ~ semua terpaksa bercampur,
pengguna "koc" di lihat melayan persoalan bermain di minda,
tak kurang juga ~ ramai yang "lentok"...menyambung tidur !!!
Jarak dari stesen ke 4 ke KL Sentral tidaklah jauh sangat,
tapi ambil masa sekitar 50 minit untuk sampai ke destinasi,
sekitar masa tersebut ~ boleh diperhatikan pelbagai gelagat,
ragam manusia yang pelbagai cara & pelbagai personaliti......
Mana yang rajin membaca ~ mengisi masa dengan berfaedah,
~ membaca surat khabar+buku+kitab agama serta majalah,
seorang "veteran" ~ di lihat menghafal makna ayat dalam surah,
semoga usaha murni itu dipermudahkan Allah ~ Insya`Allah...
Yang sempat ambil surat khabar percuma ~ turut membaca,
mungkin...membaca topik-topik utama berkaitan isu semasa,
tapi..."hebatnya" bila surat khabar itu berbahasa antarabangsa,
jelaslah "komitmen" syarikat itu mendahului agenda negara.
Ada juga yang sibuk menghantar mesej @ berbalas-balas SMS,
itu "trend" yang digemari oleh golongan belia yang muda remaja,
~ ramai pakai "earphone" agar muzik kegemaran didengar jelas,
zaman IT...Hand-Phone kini punyai pelbagai "gajet" istimewa !!!
Mana yang berteman & duduk bersama ~ saling berbual mesra,
mungkin ada cerita menarik belum habis dikongsikan bersama,
mungkin ada perancangan yang sedang sama-sama direncana,
yang perlu mereka laksanakan bersama seberapa segera.
Makin banyak "Komuter" berhenti di pelbagai lokasi stesen,
~ semakin ramai penumpang berpusu menenuhi "koc" tersedia,
tapi...keadaan terkawal & suasana tenang ~ tak "tension",
mungkin kerana masyarakat kita masih pandai bertatasusila.
Mana yang tak dapat duduk ~ berdiri sambil memegang kerusi,
tak kurang juga yang sedang memegang tali di palang besi,
ada juga yang bersandar di dinding "koc" ~ tanpa risau di hati,
Ooo...pintu arah bertentangan rupanya ~ patutlah berani !!!.
Bukan semua pengguna "Komuter" ke destinasi yang sama,
tidak seperti kami sekeluarga ~ terus ke KL Sentral tentunya,
ada yang turun di pelbagai lokasi stesen yang telah tersedia,
mungkin kerana hal kerja & agenda yang ditentukan mereka.
Penumpang di sebelah saya mungkin destinasinya masih jauh,
sejak saya duduk hingga sampai ke KL Sentral dia masih tidur,
tapi...yang bagusnya ~ dia tidur tanpa dengkur @ ber"kroh",
moga dia sedar bila tiba stesen di tuju agar tak perlu berundur !!!
Di KL Sentral ~ insan sibuk menuju ke "transit" masing-masing,
kalau berlanggar bahu pun ~ masing-masing tak ambil pusing,
kerana kita faham ~ kena kejar masa seperti berputarnya gasing,
jika terlewat sampai ke destinasi ~ kepala pening+hati runsing !!!
Saya sekeluarga juga lebih kurang macam tu lah juga agaknya,
menuju ke destinasi ~ mencari kaunter nak beli tiket segera,
kerana ahli keluarga bertiga nak naik "tren Xpress" ~ nak rasa,
pengalaman pertama dari Ibukota ke Ipoh ~ laju ke serta selesa?
Harga tiket...hmm...mahal sikit dari caj naik Bas Express biasa,
tapi...kalau ada kad pelajar ~ ada "discount" yang telah tersedia,
sekitar 15% "discount" diberi dari nilai harga tiket pilihan semasa,
~ pertama kali...beli ajelah tiket di"offer" tanpa banyak bicara.
Saya tak ikut sama keluarga balik menaiki "tren Xpress" tersebut,
hanya mereka ber 3 ~ saya ada komitmen lain yang telah tersedia,
~ ke lokasi kerja renovasi...perlu kerja agar kerja tak terbantut,
serta mengurus & memantau kerja agar berjalan seperti direncana.
Setelah tiket di beli ~ "anak dara" tunjukkan lokasi "transit" saya,
saya kena segera balik ke daerah penginapan ~ uruskan hal kerja,
"Komuter" tiba...serentak mereka di"tren" tuju destinasi berbeza,
namun kami terus berhubungan guna Hand-Phone sediada...
"Komuter" dinaiki gerak dulu..."tren" mereka gerak kemudian,
hmm...Alhamdulillah ~ semua berjalan dengan baik & selesa,
~ saya pulang ke kediaman & mereka tuju ke kampung halaman,
Alhamdulillah...perancangan dipermudahkan Yang Maha Esa.
Sebenarnya......"Cerita Dalam Komuter ~ 1..." ada sambungan,
bahagian kedua akan menyusul tak lama lagi ~ akan diusahakan,
cerita masih berkisar dalam "Komuter" ketika pulang ke kediaman,
tentang suasana & ragam manusia yang penuh kepelbagaian.
Sekian dahulu perkongsian cerita di kesempatan ini,
Insya`Allah ~ saya akan cuba usahakan seperti dinyatakan tadi,
akhirkata...salah & silap ~ saya mohon anda sudilah memaafi,
kerana selaku manusia...saya tetap tak sempurna ~ tak dinafi.
Insya`Allah ~ hingga jumpa kembali,
semoga kita semua sentiasa dirahmati Ilahi.
Sekian+Terima Kasih+Wassallam.
No comments:
Post a Comment