Friday, May 6, 2011

Cerita Dalam Komuter ~ 2...

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala pujian-pujian buat Allah,
Tuhan yang memerintah semesta alam,
semoga kita semua sentiasa beroleh hidayah,
dan mentaati perintah-Nya selaku Umat Islam.

Insya`Allah......

Seperti yang dicita-citakan tempoh hari,
maka kini saya sertakan "Cerita Dalam Komuter ~ 2...",
sambungan "Cerita Dalam Komuter ~ 1...",
~ pengamatan santai ketika keadaan mengizini,
melihat pelbagai ragam manusia yang beraneka,
sewaktu Komuter terus bergerak ke destinasi di tuju.

Penumpang dari KL Sentral pagi tu tak ramai sangat,
mungkin waktu itu......pagi semakin menyinsing,
mungkin destinasi-destinasi di tuju kurang popular,
~ jauh dari tarikan @ sumber ekonomi "memikat",
tapi...amat menarik minat ramai Pendatang Asing,
bila dalam "koc" tersebut ~ jumlah mereka amat menular.

Ada 14 Stesen Perhentian Dari KL Sentral ke destinasi saya,
tapi bila diperhati...separuh "koc" saya naiki ~ "orang luar",
ada dari Nepal+Bangladesh+Pakistan+India & Indonesia,
ada yang berpakaian "smart"+"casual"+santai & berselipar,
tak kurang juga yang berpakaian ala wanita muslim Malaysia,
tapi bila bersembang..."slang" Indon ~ identiti sebenar,
mungkin mana yang ada permit ~ nampak ceria & gembira,
yang tak ada permit...diamkan diri takut identiti terbongkar !!!

Hmmm......

Bila kita dah mengantuk sangat ~ dapat tidur rasa nikmat,
itu yang dilihat pada seorang Gadis Melayu di hadapan saya,
mungkin dia kurang tidur agaknya ~ mungkin dia penat,
tapi...yang nyata ~ dia tidur tanpa rasa bimbang di minda,
mungkin kerana keadaan dalam negara kita aman & selamat,
mendorong dia tanpa was-was "melelapkan mata"~ agaknya !!!

Di sebelah Gadis Melayu itu ~ duduk seorang Pak Cik India,
kelihatan dari raut wajahnya sedang runsing memikir sesuatu,
namun di tangannya ada "ikatan manik" ~ mungkin "berdoa",
kerana mulutnya "kumat-kamit" ~ membaca "ayat" tertentu,
mungkin dia rasa bersyukur akan nikmat dari "Tuhan"nya,
mungkin dia ingin sucikan diri dari dosa lalu ~ saya tak tahu...

Di sebelah Pak Cik India tadi ~ duduk seorang pemuda asing,
dari cara berpakaian & raut wajah ~ %nya mungkin benar,
~ beg sandang di letak di hadapan dada & berwajah runsing,
serta pandangan matanya tak tetap ~ sentiasa berlegar-legar,
mungkin banyak yang bermain di fikiran ~ "pusing-pusing",
mungkin begitulah agaknya ~ saya terus menganggar......

Di sebelah kiri saya ~ duduk seorang warganegara agak sebaya,
segak & kemas ~ berpakaian kerja sambil sandang beg juga,
dan dia juga sedang "melelapkan mata" ~ ngantuk agaknya,
mungkin dengan "lelap sekejap" ~ beliau dapat rehat seketika,
mungkin sebelum menyambung kerja di pejabat yang tersedia,
mungkin persediaan awal hadapi tekanan kerja ~ agaknya !!!

Di sebelah kanan saya ~ ada seorang lagi bukan warganegara,
ini dibuktikan tika dia menjawab panggilan telefon di terima,
menunjukkan dia sedang menuju 1 destinasi baru adanya,
bila sering kali dia memberitahu lokasi terkini dia berada,
dan meminta pemanggil menunggu dia sehingga dia tiba,
mungkin kerana bimbang dia tersesat kelak ~ agaknya !!!

Di penjuru kiri ~ tempat duduk dipenuhi warga asing lagi,
mungkin dari Pakistan ~ di nilai dari susuk tubuh & raut wajah,
4 ~ 5 orang...mereka duduk sebaris sambil "melayan mimpi",
seorang terngangga mulut ~ mujur lalat tak masuk terjah,
seorang lagi lentok kepala ~ macam angin tiup daun keladi,
seorang pula tongkat dagu ~ tidur ke @ berfikir ? ~ wah !!!
seorang tu ~sandar kepala kat bahu "member" ~ sah "buddy",
manakala seorang yang bahu dipinjamkan ~ nampak resah,
mungkin kerana kena kejutkan mereka bila sampai destinasi,
mungkin begitu agaknya ~ jawapan persoalan saya terarah...

Bersebelahan kerusi di penjuru kiri hadapan saya,
duduk 2 ~ 3 pemuda Nepal...bersembang dengan gembira,
seorang rupa macam Cina dan 2 lagi rupa macam India,
entah apa yang diceritakan ~ saya tak mampu meneka,
tapi yang pasti bahasa mereka bukan bahasa Ibunda kita,
mungkin mereka baru dapat gaji @ kerja baru ~ agaknya !!!

Bila penumpang banyak turun ~ pandangan semakin luas,
sebaris dengan kerusi saya ada pemuda Bangladesh pula,
macamana nak kenal? ~ rupa macam Pekerja Pam Minyak,
jaket di pakai cuba menutupi baju Syarikat ~ nampak jelas,
mungkin dia sedang kejar masa kerana nak masuk kerja,
maklumlah selalunya syif mula jam 8 ~ saya mengagak...

Ada penumpang turun & naik di setiap Stesen Persinggahan,
tapi "koc" yang saya duduki ~ agak kurang penumpangnya,
baru saya perasan ada Pemuda India dari India berseorangan,
sejak tadi diamkan diri & wajah lain sikit dari penduduk biasa,
cara berpakaian pun ~ memang "biasa-biasa" juga kelihatan,
mungkin datang kat sini cari kerja @ cari saudara ~ agaknya !!!

Di penjuru kerusi arah kanan ~ ada sepasang pemudi-pemuda,
yang pemudi berpakaian ala muslimah ~ pemuda pula biasa,
tapi...raut wajah & bahasa badan ~ jelas bukan orang kita,
kerana bila bersembang melalui telefon ~ jelas Indon-nya,
hmm...mungkin cara dia berpakaian ikut saranan agama,
hmmm...mungkin cara dia berpakaian ikut "trend" semasa,
mungkin cara dia berpakaian nak kaburi mata Penguatkuasa,
mungkin gaya berpakaian ~ perasan warganegara ~ agaknya !!!

Sebaris dengan sepasang pemuda-pemudi tadi ~ ada seseorang,
tapi jelaslah yang seorang ini adalah warganegara ~ orang kita,
kerana sambil duduk ~ kaki taruh atas kusyen tanda girang,
mungkin kasut beliau mahal & di import dari luar negara,
mungkin beliau rasa ~ beliau adalah "Boss" & orang senang,
mungkin menunjukkan beliau kurang tatasusila ~ agaknya !!!

Hmm......Komuter terus bergerak laju menuju destinasi,
dalam tempoh 50 minit itu ~ pelbagai persepsi datang,
namun...yang pasti ~ orang asing makin ramai mencari rezeki,
di bumi Malaysia yang kaya sumber rezeki & pelbagai peluang,
maka...alangkah ruginya bila warganegara sendiri tak hargai,
segala peluang tersedia demi memperbaiki taraf hidup & wang,
kerana sibuk di buai mimpi & nak usaha lebih ~ rasa berat hati,
hingga berbillion RM setiap tahun duit kita hilang & terbuang,
bila semaksimum mungkin Pendatang mengaut sumber rezeki,
mengumpul & mengirim berbilion RM ke negara tersayang......

Dan...

Komuter terus bergerak meninggalkan saya di destinasi,
terus & pantas bergerak membawa manusia ke pelbagai lokasi,
memberi perkhidmatan selesa+murah & "selamat" dari "sensasi",
pada pengguna warganegara & tentunya Pendatang Asing sekali.

Sekian "Cerita Dalam Komuter ~ 2..." untuk tatapan semua,
sebarang salah & silap ~ saya mohon kemaafan dari anda,
kerana berkata benar ~ adalah perkara yang kurang di suka,
oleh manusia yang suka berdusta & hidup penuh pura-pura.

Semoga ada pengajaran yang dapat direnungkan bersama,
semoga kita tidak sentiasa alpa dengan kemudahan yang ada,
semoga kita mahu+tahu berusaha demi agama+bangsa & negara,
semoga kita mampu hidup berbahagia di dunia & akhirat juga.

Insya`Allah......

Sekian+Terima kasih+Wassallam.

No comments: