Thursday, April 8, 2010

Usaha Telah DiBerkati......

بسم الله الرحمن الرحيم ~ dimulai dengan Kalimah Bismillah,
السلام عليكم ~ doa & harapan murni utk anda yg dihormati,
الحمد لله ~ saya masih diberikan kesempatan oleh Allah,
إن شاء الله ~ memahat secebis pengalaman untuk dikongsi.

Kita lupakan sebentar hal-hal yg memeningkan kepala,
jom dengar cerita tentang "Ikan Gappy Import @ Kacukan",
yang kini dah sebulan lebih dibawah pengurusan saya,
dulu beli 4ekor shj kini dah jadi 40 semuanya bila dicampurkan.

Alhamdulillah..."Ikan Gappy Kacukan" telah makin berganda,
2minggu lepas ~ lagi 5ekor anak-anak"nya" telah kelihatan,
walaupun dulu bila dikira hampir 60ekor semuanya,
namun banyak yg mati ~ akibat "keganasan sifat keibubapaan".

Tidak seperti "Ikan Gappy Kampung" yg memanjakan keluarga,
sering bersama-sama menjaga "anak-anaknya" dengan mesra,
"Ikan Gappy Kacukan" ~ sering "mengerjakan" anak-anak mereka,
kerana takut... banyak yg terperangkat dilumut ~ mati akhirnya.

Mana yg terselamat ~ Alhamdulillah...kini semakin membesar,
bila diamati ada juga kesan gigitan pada ekor mereka,
namun...warna pada ekor & kilatan pada badan telah terpancar,
menandakan anak-anak ikan tersebut semakin berstatus "remaja".

Dah ada warna kuning+jingga+hitam+biru+jernih & gabungan,
serta telah mula berjinak-jinak menghurung jari bila diunjukkan,
serta "mengigit-gigit" kecil mencari @ ingatkan ada makanan,
kerana telah dilatih ~ mereka mahu mencuba bermain di tangan.

Bila tiba waktu beri makanan ~ saat-saat yg menghiburkan,
kerana mereka dah tak sabar-sabar menantikan saat tersebut,
berpusing-pusing tak tentu arah bila isyarat diberikan,
dengan pantas bila makanan ditabur ~ mereka terus meragut !!!

Bila cahaya sang mentari petang pada akuarium tersorot,
suasana dalam akuarium tersebut sungguh cantik kelihatan,
dengan rerambut lumut halus beralun-alun lembut,
seakan mereka sedang bermain-main di padang permainan.

Seronok tengok..."Ikan Gappy" tersebut asyik meragut lumut,
sambil sesekali berkejar-kejaran membuktikan "kejantanan",
atau mereka berenang di permukaan sambil memagut-magut,
atau berteduh di sebalik dedaun ~ beristirehat dari kepenatan.

Alhamdulillah ~ "Ikan-Ikan Gappy Dewasa" tiada yg mati,
baik "Ikan Gappy Kampung" mahupun "Ikan Gappy Kacukan",
kini...saya harus memantau ~ memastikan mereka terus berlegasi,
serta berusaha agar mereka terus hidup bersama dalam keamanan.

Alhamdulillah...tak sia-sia usaha dan "ujikaji" saya selama ini,
walaupun telah beberapa kali percubaan mengalami kegagalan,
kali ini ~ Alhamdulillah...mungkin usaha saya diberkati Ilahi,
semoga....keberkatan Ilahi tersebut bakal berpanjangan.

Hmmm......

Sekian dulu secebis cerita santai untuk kali ini,
buat tatapan anda dan saya bila "keboringan" menjelma,
semoga ada "tip-tip" berguna bersertanya utk direnungi,
yang mungkin berfaedah utk digunakan di lain masa.

Sekian + Wassalam + Terima Kasih.

Wednesday, April 7, 2010

Entahlah ~ Apa Nak Jadi......

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ~ Segala puji-pujian hanya buat Allah,
yang masih memberikan saya sedikit kesempatan,
hanya kepada-Mu Ya Allah ~ saya berdoa dan berserah,
semoga dipermudahkan-Nya utk saya menghasilkan nukilan.

Saya bersholat jemaah di Masjid Kariah ~ Maghrib tadi,
seperti biasa ~ kalau Imam Bertugas tidak hadir @ tiada ~
"Orang Yg Berkuasa" akan "tangkap-muat" orang disukai,
selalunya dari kalangan yg sehaluan dgn "fahaman" mereka.

Begitulah selalunya yang mereka sering lakukan,
mungkin kerana ingin memberi peluang dan pendedahan...
pada kalangan "pemuda" yg mereka fikirkan berpengetahuan,
serba-sedikit pandai dgn ilmu tajwid pembacaan Al-Quran,
atau mungkin kerana mereka kurang berkeyakinan...
atau mungkin juga kerana rasa diri penuh kejahilan.

Kadang-kala yg "lawak"nya bila adakalanya pilihan tak tepat,
sedangkan yang agak arif dan bagus bacaannya diketepikan,
begitulah selalunya bila pemilihan "tangkap-muat"di buat,
hingga saya sebagai makmum sering "terfikir-fikirkan"...

Macammana nak khusyuk ~ bila bacaannya tak memikat hati,
kadang-kadang kedengaran macam budak baru belajar mengaji,
tak kurang juga yg membaca hanya separuh Surah sudah terhenti,
ingatkan sambung di rakaat seterusnya ~ tapi Surah lain didengari.

Selalunya ~"pemuda" yg diketengahkan ~ bapa mereka berjawatan,
dalam senarai Jawatankuasa Masjid atau dalam "pertubuhan",
mungkin nak tumpang "glamour" atau sengaja nak "dipromosikan",
sebagai "kader" yg bakal meneruskan kesinambungan kekuasaan.

Entahlah...apa nak jadi dengan golongan manusia sebegini,
hingga hal berkaitan keagamaan pun sanggup susun "strategi",
tanpa rasa malu pada masyarakat dan mungkin pada Ilahi,
hingga sanggup memperlekehkan adab & tatasusila agama yg dianuti.

Ilmu keagamaan saya mungkin tak sehebat mereka,
namun...saya masih tahu membezakan antara "intan dan kaca",
yang mana buruk@baik ~ yang mana betul@salah lakunya,
namun...nak buat macamana ~ kuasa di tangan mereka...
maka ~ kalau tak sesuai...habis sholat saya terus berdoa,
kendian terus balik ke rumah ~ bermersa dgn keluarga.

Namun...ada juga Imam Bertugas & Imam Jemputan yg bagus ~
perilaku & bacaan Surah Al-Quran ketika men"imam"kan sholat,
kita yg menjadi makmun rasa tenang serta tanpa "berdengus",
sehingga tak sedar Sholat Jemaah dah hampir ke penamat.

Sayangnya...bila Imam sebegini bakal meng"imam"kan sholat,
golongan tertentu semakin mengurang kehadirannya,
mungkin disengajakan atau mungkin juga nak tunjuk "kuat",
mungkin kerana tak sehaluan dengan "fahaman" mereka.

Tak tahulah apa nak@bakal jadi dengan Orang Melayu kita,
lebih mementingkan "fahaman" dari perintah agama,
mungkin mereka masih "terlalai" dengan "kepentingan dunia",
hingga tak sedar bencana yang bakal menimpa bangsanya...

Dari kejauhan saya hanya mampu bertawakal dan berdoa,
serta terus berusaha menguruskan ahli keluarga tercinta,
agar kami sekeluarga tidak dengan mudah bakal terpedaya,
dengan tipu-muslihat insan durjana yg bertopengkan agama,
semoga dibimbing oleh Allah sentiasa ke jalan yang diredhai-Nya,
yg akhirnya kami & "mereka" dpt kebahagiaan di dunia+akhirat juga.

Insya`Allah.

Sekian & wassallam.

Apalagi Tu ~ Tak Habis-Habis...

بسم الله الرحمن الرحيم ~ coretan dimulakan,
untuk kesekian kalinya saya kembali melakarkan,
secebis nukilan serta pengalaman untuk tatapan,
anda dan saya ~ tika dijengah saat-saat kelapangan.

Semoga anda ~ sihat dan sejahtera,
dirahmati Allah sentiasa hendaknya,
berbahagia di dunia dan di akhirat juga,
untuk diri sendiri serta keluarga tercinta.

Hmm...kelmarin dan semalam dapat panggilan,
dari rakan yg sekerja "Ex-Boss" dan yg mengenali,
kini ada "suara-suara sumbang" telah mula kedengaran,
tentang perilaku "Ex-Boss" yg mula menyakitkan hati !!!

"Ex-Boss" mula menunjuk "taring" dan "belang"nya",
mula nak tunjuk "kuasa+kepandaian" di tempat baru,
tak cukup dengan itu ~ cerita rekaan di jaja merata,
mengatakan pertukarannya krn dgn kami ~"dia" tak sebulu !!!

Walhal...perilaku & salahlaku"nya" telah "menjolok mata",
Pihak Atasan dah naik menyampah kerana "dia" semakin "mua",
ada sahaja alasannya kalau ditegur dan bila tak nak buat kerja,
sering lebihkan kepentingan sendiri dari amanah kerjaya...

Apalagi tu...hai...tak habis-habis "Ex-Boss" "meragam",
hingga rakan baru sepejabat dah mula benggang,
~ dah ada yg mula "bengkak hati" & naik geram,
dengan lagak & ragam "Ex-Boss" yg dah mula "ditayang" !!!

"Member-member" tak berhenti mengadu kat saya,
kerana kini mereka alami apa yg pernah saya rasa,
entahlah...tak tahulah apalah bakal jadi nanti akhirnya...
ingatkan salahlaku "Ex-Boss" mampu berubah tapi...sama juga !!!

Mungkin benarlah kata orang bijak pandai,
kalau masa mudanya begitu selalunya begitulah juga tika tuanya,
sekiranya perangai berubah jadi baik selepas mengerjakan "Haji",
maka besar kemungkinan ~ berpeluang utk hidup bahagia,
namun...sekiranya perangai teruk makin menjadi-jadi,
tandanya "pengorbanan & Haji "~ hanya dapat penat dan sia-sia...

Mungkin lepas ini bakal ada berita "sensasi" lagi,
yang bakal @ mungkin dicetuskan oleh "Ex-Boss",
nak buat macamana ~ sabar & terimalah dgn tenang hati,
namun ~ kebenaran pasti akhirnya akan terserlah dan lolos...

Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha,
agar kesilapan seperti "Ex-Boss" lakukan ~ kita tak buat,
agar nanti kita mampu hidup aman dan berbahagia,
tidak jadi bahan kejian dan umpatan masyarakat...

Hmm......

Yang baik ~ jadikan tauladan,
yang tak elok ~ jadikan sempadan,
yang bagus ~ bolehlah buat pertimbangan,
yang keji ~ segeralah ditinggal-tinggalkan.

Sekian & Wassallam.

Monday, April 5, 2010

Mencari Kesesuaian......

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Keagungan Bismillah ~ coretan dilakar semula,
buat tatapan semua pembaca yg masih setia,
semoga kita semua dirahmati Allah Yang Maha Esa,
berbahagia kehidupan di dunia & kelak di akhirat juga.

Pagi tadi ~ Abang Senior @ "Boss baru" bersama saya,
telah berjumpa dengan Pegawai Atasan,
bagi membincangkan hal berkaitan pentadbiran & kerja,
serta beberapa perkara berbangkit & mencari kesesuaian.

Perbincangan kami bertiga hampir 1jam berlangsung,
~ berbincang bersama dalam keadaan mesra & harmoni,
beberapa persoalan yg agak berat selama ini tertanggung,
berjaya dihuraikan dan diusahakan jalan penyelesaian sekali.

Alhamdulillah ~ bila kita berbincang dgn berhemah & toleransi,
Pihak Atasan pun memahami keadaan & keperluan semasa,
dan setelah perbincangan dgn Ketua Pentadbiran disepakati,
untuk sementara waktu ini ~ jadual kerja berjalan seperti biasa.

Dan...sekiranya jumlah tuntutan OT mampu dikurangkan,
serta pentadbiran pejabat dengan baik mampu dikelolakan,
maka...tiada keperluan pindaan jadual kerja akan dilaksanakan,
kerana tiada isu yg bakal dibangkitkan oleh Pihak Atasan.

Maka...kini ~ saya harus membantu "Boss Baru" mentadbir,
agar kesilapan yg dilakukan oleh "Ex-Boss" tak berulang semula,
demi ketenteraman di jiwa serta tanpa tekanan terzahir,
maka...saya perlu berkorban sedikit untuk kebaikan bersama.

Kini...saya kembali sibuk semula dengan hal-hal pejabat,
mulai 1hb April hingga kini ~ banyak perkara harus dibuat,
takpalah...berhabis masa,buah fikiran dan kudrat,
janji semua "happy"bekerja & muka mereka kuranglah "kelat" !!!

Kalau tak bantu "Boss Baru" ~ pasti keadaan jadi kelam-kabut,
kerana "Boss Baru" saya ni tiada berpengalaman langsung,
dulu bila ada hal berkaitan pentadbiran..."dia" terus "cabut",
bila disuruh belajar ~ "dia" cepat-cepat angkat punggung !!!

Kini..."Boss Baru" harus belajar dari mula,
macam budak kecil yang baru masuk tadika,
sikit-sikit ~ pada saya "dia" bakal merujuk & bertanya,
macam mana nak uruskan "itu & ini" juga......

Takpalah...sekurang-kurangnya "Boss Baru" mahu mengaku,
kejahilannya tentang hal pentadbiran yg selama ini "dia" leka,
saya yg pernah memangku jawatan "Boss" satu ketika dulu,
harus memberi tunjuk ajar agar "dia"bersemangat semula...

Kini...kebimbangan tentang 1hal telah beransur reda,
"syif " malam ~ utk sementara waktu berjalan seperti biasa,
dan pentadbiran tetap beroperasi 24jam seperti sediakala,
cuma...kami harus berjaga-jaga ~ jgn tersalah langkah pula !!!

Sementara masih berpeluang uruskan kehidupan seperti dulu,
diharapkan agar sesama rakan sekerja saling bantu-membantu,
bertimbang-rasa & jangan lagi sengaja buat ragam atau salahlaku,
agar di lain kali ~ Pihak Atasan tidak lagi selalu mengganggu.

Maka...saya harus memainkan peranan,
demi berusaha memastikan semuanya berjalan lancar,
hal pentadbiran pejabat dan perilaku rakan-rakan,
agar semuanya "OK" dan tak jadi "cacar-marbar"......

Semoga Allah memberikan saya hidayah & inayah,
agar mampu mengharungi dugaan ini dengan mudah,
yang akhirnya nanti ~ segala permasalahan mampu diubah,
dari kesusahan dan kecelaruan bertukar menjadi "sakinah".

Insya`Allah......

Hingga berjumpa di lain nukilan,
salah dan silap saya ~ harap dimaafkan,
sekian dan terima kasih kini saya ucapkan,
kepada anda para pembaca budiman......

Thursday, April 1, 2010

Nostalgia Datang Bertamu...

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ~ Allah masih memberikan saya kesempatan,
untuk kembali melakarkan secebis coretan,
sebagai tatapan dan mungkin sebagai renungan,
buat anda dan saya bila ada kelapangan.

Hari ini "Ex-Boss" telah bertugas di penempatan baru,
dan kini kuasa "Boss"~ pada Abang Senior telah diamanahkan,
cuma...biasalah pasti ada "nostalgia" datang bertamu,
bila kelibat "Ex-Boss" & barang milik"nya" tidak lagi kelihatan.

Semalam sewaktu saya kerja "syif " malam,
dan semalam hari terakhir "Ex-Boss" bertugas,
terasa suasana di pejabat kami sedikit suram,
tiada lagi ragam "Ex-Boss" yg "berbagai klas" ~ bermusim+culas !!!

Pejabat"nya" bila saya buka malam tadi ~ kosong !!!
cuma surat dan fail untuk rujukan tugas harian,
saya melihat dgn perasaan yg sedikit sedih sambil bermenung,
kerana telah hampir 21tahun kami saling berkawan.

Kelmarin ~ saya hadir meraikan jamuan perpisahan,
majlis yg sekejap jadi buat ~ sekejap tak jadi dilaksanakan,
kerana telah dimaklumkan "Ex-Boss" tak mahu diraikan,
mungkin salah informasi ~ ada yg ingat perancangan itu diteruskan.

Kerana majlis tersebut telah jadi tak tentu hala,
maka persediaannya ikut mana yg sempat sahaja,
majlisnya ringkas serta kehadiran tetamu boleh di kira,
nak buat macamana...mungkin begitulah ketentuan-Nya.

Saya datang pun ketika majlis dah hampir selesai,
"Ex-Boss" pun seakan merajuk ~ membawa diri,
saya mendapatkan "Ex-Boss"~ sebagai tanda menghormati,
walau macamana "kesalahannya" ~ "dia" tetap ada sifat terpuji.

Sebuah hadiah saya serahkan kepada"nya" dari kami sekeluarga,
tanda kenangan dan ingatan kami terhadap kebaikan"nya",
yang banyak membantu saya ~ yg dulu mentah kini telah "dewasa",
dari tiada pengalaman tentang kerja tapi kini dah mampu mengelola...

Sedih & sebak bila mengenangkan ~ hingga saya menitiskan airmata,
walaupun kami macam tak sehaluan namun masih boleh berundingan,
banyak pengalaman suka dan duka kami pernah kongsi bersama,
dari susah+senang+saat santai+gelora serta beraneka pengalaman.

"Ex-Boss" juga kelihatannya menahan sebak,
mungkin juga seperti saya ~ mengingati "nostalgia" lama,
kerana di bahu saya ~ masalah"nya" di tempat kerja sering diletak,
serta hubungan kami sesama keluarga juga memang mesra.

Saya tidak berdendam walaupun berselisih faham ada kalanya,
biasalah tu...saya menegur & membantu demi kebaikan bersama,
namun...saya tetap menghormati "dia" selaku kawan & orang tua,
janganlah kerana sedikit "kesalahan" ~ kita lupakan jasanya.

Saya mohon maaf dengan"nya"sekiranya terdapat salah dan silap,
serta mendoakan "dia" berbahagia di dunia dan akhirat,
dan agar bersahabatan kami terus berjalan ~ saya berharap,
janganlah jarak dan lokasi yg memisahkan ~ menjadi "penebat"...

Maka saya doakan ~ kesejahteraan & kebahagiaan utk "Ex-Boss",
semoga "keikhlasan" sebagai Pekerja Kerajaan kembali bersinar,
dan "dia" mampu cemerlang semula sebagai pekerja yg bagus,
bertugas penuh dedikasi tanpa mengulang semula "dosa & onar"...

Insya`Allah.......

Serangkap pantun lama ada berpesan,
untuk kita ambil ikhtibar serta jadikan renungan,
maka di bawah ini saya paparkan,
semoga mengembalikan sedikit rasa kesedaran......

"Yang Kurik Itu Kendi,
Yang Merah Itu Saga,
Yang Indah Itu Budi,
Yang Cantik Itu Bahasa."

Sekian Dan Terima Kasih.