Thursday, April 1, 2010

Nostalgia Datang Bertamu...

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ~ Allah masih memberikan saya kesempatan,
untuk kembali melakarkan secebis coretan,
sebagai tatapan dan mungkin sebagai renungan,
buat anda dan saya bila ada kelapangan.

Hari ini "Ex-Boss" telah bertugas di penempatan baru,
dan kini kuasa "Boss"~ pada Abang Senior telah diamanahkan,
cuma...biasalah pasti ada "nostalgia" datang bertamu,
bila kelibat "Ex-Boss" & barang milik"nya" tidak lagi kelihatan.

Semalam sewaktu saya kerja "syif " malam,
dan semalam hari terakhir "Ex-Boss" bertugas,
terasa suasana di pejabat kami sedikit suram,
tiada lagi ragam "Ex-Boss" yg "berbagai klas" ~ bermusim+culas !!!

Pejabat"nya" bila saya buka malam tadi ~ kosong !!!
cuma surat dan fail untuk rujukan tugas harian,
saya melihat dgn perasaan yg sedikit sedih sambil bermenung,
kerana telah hampir 21tahun kami saling berkawan.

Kelmarin ~ saya hadir meraikan jamuan perpisahan,
majlis yg sekejap jadi buat ~ sekejap tak jadi dilaksanakan,
kerana telah dimaklumkan "Ex-Boss" tak mahu diraikan,
mungkin salah informasi ~ ada yg ingat perancangan itu diteruskan.

Kerana majlis tersebut telah jadi tak tentu hala,
maka persediaannya ikut mana yg sempat sahaja,
majlisnya ringkas serta kehadiran tetamu boleh di kira,
nak buat macamana...mungkin begitulah ketentuan-Nya.

Saya datang pun ketika majlis dah hampir selesai,
"Ex-Boss" pun seakan merajuk ~ membawa diri,
saya mendapatkan "Ex-Boss"~ sebagai tanda menghormati,
walau macamana "kesalahannya" ~ "dia" tetap ada sifat terpuji.

Sebuah hadiah saya serahkan kepada"nya" dari kami sekeluarga,
tanda kenangan dan ingatan kami terhadap kebaikan"nya",
yang banyak membantu saya ~ yg dulu mentah kini telah "dewasa",
dari tiada pengalaman tentang kerja tapi kini dah mampu mengelola...

Sedih & sebak bila mengenangkan ~ hingga saya menitiskan airmata,
walaupun kami macam tak sehaluan namun masih boleh berundingan,
banyak pengalaman suka dan duka kami pernah kongsi bersama,
dari susah+senang+saat santai+gelora serta beraneka pengalaman.

"Ex-Boss" juga kelihatannya menahan sebak,
mungkin juga seperti saya ~ mengingati "nostalgia" lama,
kerana di bahu saya ~ masalah"nya" di tempat kerja sering diletak,
serta hubungan kami sesama keluarga juga memang mesra.

Saya tidak berdendam walaupun berselisih faham ada kalanya,
biasalah tu...saya menegur & membantu demi kebaikan bersama,
namun...saya tetap menghormati "dia" selaku kawan & orang tua,
janganlah kerana sedikit "kesalahan" ~ kita lupakan jasanya.

Saya mohon maaf dengan"nya"sekiranya terdapat salah dan silap,
serta mendoakan "dia" berbahagia di dunia dan akhirat,
dan agar bersahabatan kami terus berjalan ~ saya berharap,
janganlah jarak dan lokasi yg memisahkan ~ menjadi "penebat"...

Maka saya doakan ~ kesejahteraan & kebahagiaan utk "Ex-Boss",
semoga "keikhlasan" sebagai Pekerja Kerajaan kembali bersinar,
dan "dia" mampu cemerlang semula sebagai pekerja yg bagus,
bertugas penuh dedikasi tanpa mengulang semula "dosa & onar"...

Insya`Allah.......

Serangkap pantun lama ada berpesan,
untuk kita ambil ikhtibar serta jadikan renungan,
maka di bawah ini saya paparkan,
semoga mengembalikan sedikit rasa kesedaran......

"Yang Kurik Itu Kendi,
Yang Merah Itu Saga,
Yang Indah Itu Budi,
Yang Cantik Itu Bahasa."

Sekian Dan Terima Kasih.

No comments: