بسم الله الرحمن الرحيم ~ bicara tanpa suara saya mulakan,
السلام عليكم ~ untuk pembaca Muslim+Muslimah budiman,
الحمد لله ربّ العالمين ~ kita masih diberikan Allah kesempatan,
إن شاء الله ~ semoga ada cerita bermakna bakal dikongsikan...
Bila lihat gambar-gambar lama-lama...
pelbagai "nostalgia" datang menerpa di minda,
suka+duka+sedih+gembira+"blurr "~ bergaul rata,
mengisi "diari " hidup kita bernama manusia.
Bila lihat gambar kami sekeluarga lama-lama...
dulu usia muda remaja ~ kini usia semakin tua,
dulu badan kurus ~ kini "saiz" dah makin berganda,
dulu hidup susah ~ kini Alhamdulillah...kehidupan makin selesa.
Bila lihat gambar peribadi lama-lama...
dulu bersendirian ~ kini masih "berpunya",
dulu 1+1=2 ~ kini 2+2= dah jadi 4 pula,
Alhamdulillah & Insya`Allah ~ adalah "legasi" hidup kat dunia.
Bila lihat gambar isteri tercinta lama-lama...
dulu sihat ~ kini tahap kesihatan makin menurun pula,
mungkin kerana terlalu banyak berkorban untuk keluarga,
demi memastikan semuanya sihat+sejahtera+bahagia.
Bila lihat gambar anak-anak kami lama-lama...
dulu anak-anak "panjangnya sehasta" ~ kini tinggi 5X ganda,
dulu "naif " & tak tahu apa-apa ~ kini lebih "bijak" dari kita,
dulu kat kita semua ter"iya"~ kini mereka punya "fahaman" berbeza.
Bila lihat gambar saudara-mara lama-lama...
ada kalangan saudara-mara yg dulu ada ~ kini telah "berhijrah" pula,
berhijrah ke penempatan lain atau telah kembali pd Yang Maha Esa,
sesuai dengan hukum kejadian kehidupan & peredaran masa...
Bila lihat gambar saudara-mara+anak mereka lama-lama...
dulu kami berhubungan mesra ~ kini masing-masing ceritanya,
mungkin kemesraan telah mula pudar seiring perubahan suasana,
mungkin kerana kesibukan @ mungkin juga mereka dah tak suka...
Bila lihat gambar anak-anak mereka lama-lama...
dulu mereka "kecil-kecil" belaka ~ kini dah beraneka rupa ~,
ada yg sambung belajar+dah berkeluarga+berjawatan "glamour",
Alhamdulillah...kerana Allah masih mengasihani kami & mereka.
Bila lihat gambar rakan kenalan lama-lama...
dulu ramai rakan sekerja & kenalan ~ kini mereka dah merata,
kat seluruh pelusuk negara meneruskan kehidupan yg dicita,
ada yg masih berhubungan ~ ada yg dah hilang punca !!!
Bila lihat gambar persekitaran+masyarakat lama-lama...
dunia dan kehidupan dipersekitaran semakin berbeza,
manusia kini semakin berkurang tahap "keimanannya",
dulu semuanya mampu hidup dalam aman & sentosa ~
kini "keimanan" dan "sikap toleransi" semakin terhakis sama,
melebihkan perbuatan "subahah+dosa" dari mencari "pahala",
hingga tak takut kesan pada diri sendiri serta keluarga,
takut nanti...bakal porak peranda hidup di dunia & akhirat juga.
Bila lihat gambar-gambar lama...
sebenarnya mengingatkan kita tentang tujuan hidup kita,
sejauhmana kita mampu menguruskan amanah sebagai hamba,
demi berusaha mencari keredhaan Yang Maha Esa,
untuk mencari kebahagian hakiki "di jiwa" dan "di raga",
agar kita semuanya mampu sentiasa hidup berbahagia,
di dalam kehidupan di dunia dan kelak di akhirat sana,
dan Insya`Allah...semoga kita sentiasa diberikan hidayah-Nya.
Bila lihat gambar-gambar lama-lama...
anda terfikir apa ya agaknya?
namun...semoga ada pengajaran yang bersertanya,
dan kita mampu merenung pengajaran yg menjadi rahsia.
Insya`Allah......
Sekian & Wassallam.
No comments:
Post a Comment