بسم الله الرحمن الرحيم
Kalimah Bismillah memulakan hasil coretan,
semoga kita dirahmati Allah sentiasa,
sentiasa di dalam taufiq & hidayah dari-Nya Tuhan,
berbahagia hidup "disini" dan kelak "disana"......
Semalam berkesempatan menghubungi seseorang,
setelah agak lama perbualan tidak bertukar suara,
orangnya "comel"+"simple"+periang+penyayang,
mudah diajak bersembang bila kesempatan bermula.
Gelaran budak "standard" 6 ~ saya berikan pada"nya",
kerana orangnya paling "kecil-molek" dalam keluarga,
usia"nya" beza setahun lebih tua dari anak dara saya,
dari kecil kami dah biasa maka hubungan telah dijalin mesra.
Sembang dengan beliau memang seronok,
kerana "dia" punya banyak sifat seperti arwah Ibu"nya",
"tahan telinga"+"muka selamba" dan "tak kuat merajuk",
itulah ciri-ciri istimewa buat seorang anak gadis remaja.
Memang dah lama saya tak bersembang dengan "dia",
tak nak mengganggu pelajaran"nya" di "U" kat Gombak sana,
kini "dia" bercuti selama 3 Bulan dari 10 April 2010 bermula,
bila kesempatan terbentang ~ dapatlah kami bersembang lama.
Bila kami dapat bersembang ~ pelbagai cerita dikongsi,
hingga tak sedar begitu lama berbual & masa dah berlalu,
ada cerita biasa+sedih+lawak+"lok-lak" dan "sensasi",
tapi...tak boleh leka ~ nanti ada orang bakal "cemburu".
Dengar khabar ~ "dia" kini di peringkat "cuba-mencuba",
berkawan & mengenali hati budi seorang pemuda,
yang berasal jauh dari selatan tanah air kita,
menuntut di jurusan "mass-com" di "U" yang sama.
Ha...Ha...Ha...Pasti "dia" bakal "ngamuk" dengan saya,
kerana kini kisah tentang "dia" telah saya "glamour"kan,
alahai...janganlah marah ~ saya memang suka nyakat "dia",
barulah seronok kerana ada "topik" yg nak dikongsikan.
OK...OK...saya sambung cerita yang lain pula lah,
kalau berpanjang-panjangan takut nanti "dia" marah !!!,
He...He...He...jangan cepat melatah ~ nanti muka cepat berubah,
nanti macam usikan si kakak ~ muka seperti orang susah !!!
Ho...Ho...Ho...Alahai...kena lagi si budak "standard" 6 ni,
kata tadi tak nak usik "dia" lagi tapi masih usik juga,
nak buat macamana...begitulah kisah yang nyata + hakiki,
perkara benar...maka bukanlah satu dogengan belaka !!!
OK...Ok...kita berbalik ke cerita yang santai kali ini,
telah agak lama kami sekeluarga tak menjengah "dia",
maklumlah masing-masing sibuk dengan "komitmen" sendiri,
"last" jumpa "dia" ~November 09...masa kahwin kakak"nya".
Bila ya ? agaknya masa dan ketika yang sesuai...
untuk menziarahi beliau dan keluarga kat sana?,
Insya`Allah...nanti kami akan cuba "adjust"kan masa yg santai,
untuk ke kediaman mereka menziarahi seisi keluarga...
sambil berkongsi berita & cerita secara aman-permai,
dapatlah mereka mengurangkan "stress" yg terbuku di minda.
Sekian sahaja kisah budak "standard" 6 saya paparkan,
semoga "dia" gembira dan maksud saya tidak disalahtafsirkan,
kerana apa yg dinyatakan disini adalah keterangan,
buat tatapan+usikan ~ bertujuan sekadar untuk menghiburkan.
Sekian+Terima Kasih+Wassallam.
2 comments:
hahhahaha..glamor la i pas nie.. :P
"Wah!!! Cik "Anonymous" telah bersuara...Ya...Ya...Ya...Anda bakal "glamour" kerana kini telah terlalu byk nama tu yg komen dlm blog-blog yg dihantar oleh "si fulan" yg
mengelarkan diri mereka dgn nama tersebut."Glamour...glamour...glamour".
Post a Comment