بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian hanya untuk Allah,
Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya,
semoga Allah memberikan kita baroqah,
berbahagia sentiasa kini sehingga ke akhir masa.
Di sepanjang perjalanan menyusuri lebuhraya......
pelbagai suasana dan gelagat manusia kedapatan,
kalau mampu direnungkan untuk menghurai rahsia,
terdapat banyak kesimpulan yg boleh dijadikan pengajaran.
Di sepanjang perjalanan menyusuri lebuhraya......
Alhamdulillah ~ jarak yang jauh tidak terasa,
kerana suasana dan perjalanan yg dilalui ~ rasa selesa,
dengan segala kemudahan yang telah tersedia.
Di sepanjang perjalanan menyusuri lebuhraya......
kenderaan kecil dan besar bergerak laju,
ada pemandu yang ikut peraturan dengan bijaksana,
tak kurang juga yang memandu secara melulu !!!
Di sepanjang perjalanan menyusuri lebuhraya......
"Papan Tanda ~ Peringatan & Amaran" berada di mana-mana,
menyedarkan selalu ~ agar tingkah-laku pemandu terjaga,
demi memastikan keselesaan pengguna & menyayangi nyawa.
Di sepanjang perjalanan menyusuri lebuhraya......
"Papan Pengiklanan"ada di merata lokasi,
mempromosikan barang & perkhidmatan kepada pengguna,
sesetengahnya ~ besar & tinggi macam "Rumah Double Storey"!!!,
ada yang "simple" +memikat mata serta meransang selera,
pelbagai cara dilakukan Pengiklan agar "produk" mereka dilanggani.
Di sepanjang perjalanan menyusuri lebuhraya......
"Perhentian Sebelah "+ "Rawat & Rehat"( RNR ) banyak tersedia,
memudahkan kita berehat+"melepaskan hajat"@buat "taik mata",
ataupun menikmati juadah yang beraneka pilihan+rasa dan harga,
membiarkan anak-anak di padang permainan sambil bergembira,
serta bersholat demi mengEsakan Allah bila waktunya tiba.
Di sepanjang perjalanan menyusuri lebuhraya......
"Pekerja & Peronda Plus "~ bertungkus-lumus berkhidmat,
memperbaiki keadaan jalanraya & segala yg berkaitan dengannya,
agar tidak mendatangkan kecelakaan dan mudarat,
serta berusaha memastikan perjalanan lancar demi pengguna,
tanpa menghiraukan cuaca panas "menyenggat"@hujan yg lebat...
Di sepanjang perjalanan menyusuri lebuhraya......
di "lokasi-lokasi" tertentu telah ada "ramai penunggu ",
atas menara+ di tiang jambatan+balik pokok ~ ada kelibat mereka,
merakamkan kesalahan pemandu dengan perangkap had laju !!!,
kalau "lebih bernasib baik" ~ sekatan jalan raya bakal dijumpa,
memeriksa+penyaman pemandu yang melakukan salah-laku !!!
Di sepanjang perjalanan menyusuri lebuhraya......
sesekali kelihatan kenderaan pengguna "meragam" di tepi jalan,
ada "booth" kereta yg terangkat ~ ada yg sedang mengganti roda,
ada juga yang menolak motorsikal kerana tayar kebocoran,
ada yg sedang dibantu Peronda Plus ~ ada kenderaan kena tunda,
ada juga yg berteduh di bawah pepohonan menantikan bantuan,
kalau "bernasib baik" bakal dapat lihat "wayang" percuma,
bila ada kenderaan terbabit dengan kemalangan !!!
Di sepanjang perjalanan menyusuri lebuhraya......
kalau ada kemalangan di lorong sama atau di lorong sebelah sana,
kesesakan bakal berbatu jauhnya & "jem" panjang berjela,
kerana ramai pengguna akan memperlahankan kereta,
melihat untuk memenuhi "naluri ingin tahu" di kepala,
menolongnya tidak ~ sekadar nak tumpang "glamour" ~
"kot-kot" berpeluang muka mereka terselit dlm berita TV utama,
kalau tidak pun ~ boleh cerita kat kenalan dan saudara-mara !!!
Di sepanjang perjalanan menyusuri lebuhraya......
Alhamdulillah ~ kerana keprihatinan & perancangan berwaspada ~
oleh Kerajaan dan Pihak Konsasi yang baik bekerjasama ~
kemudahan yg telah tersedia utk kegunaan seluruh rakyat jelata,
tanpa mengira usia+jantina+warna kulit serta keturunan bangsa,
demi memakmurkan "jiwa+raga" manusia & negara tercinta.
Di sepanjang perjalanan menyusuri lebuhraya......
kemudahannya dinikmati oleh hampir keseluruhan warganegara,
hatta Pelancong Asing pun turut dapat merasa,
kita semua dapat merancang perjalanan dengan bijaksana,
masa perjalanan yang panjang jadi pendek dan tak tersia-sia,
banyak perkara baik dan berfaedah dapat diusaha......
Di sepanjang perjalanan menyusuri lebuhraya......
janganlah merungut hanya kerana sedikit "cacat-cela",
seolah-olah kita mahu semuanya serba sempurna,
mahu menikmati keselesaan & kemudahan "kelas pertama",
tanpa mahu bertolak-ansur & berlapang-dada sekali-sekala,
sedangkan kita lupa segala kemudahan yang telah dirasa !!!
Di sepanjang perjalanan menyusuri lebuhraya......
saya dan keluarga rasa amat bertuah,
kerana merasai keselesaan dan ketenangan di minda,
sambil ingin berziarah ~ sambil dapat terus beribadah.
Di sepanjang perjalanan menyusuri lebuhraya......
marilah kita mensyukuri segala kemudahan yg telah & masih dirasa,
walaupun kenikmatan itu hanya sementara ~ tak ternilai harganya,
agar kita mampu menjadi hamba-Nya yg tahu berbudi-bahasa ~
pada-Nya serta sesama manusia walaupun fahaman berbeza,
demi mencari keredhaan-Nya untuk bekalan di hari muka.
Insya`Allah......
Terima Kasih Dan Wassallam.
No comments:
Post a Comment