Saturday, May 1, 2010

Bila Tinggal Bersendirian...

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan kalimah Bismillah bermulalah coretan,
semoga anda dan saya dirahmati Allah sentiasa,
dipermudahkan-Nya ~ saya melakarkan pengalaman,
untuk tatapan anda bila kelapangan menerpa,
namun ~ ampun dan maaf ingin saya pohonkan,
sekiranya "tersilap memilih kata" hingga "terkasar bahasa".

Bila tinggal bersendirian di rumah......
terasa suasananya sepi dan kurang meriah,
kalau selalunya seronok dengan riuh-rendah,
kini rasa di hati sedikit sugul dan gundah.

Bila tinggal bersendirian di rumah......
kita terasa amat rindu & bermaknanya semua ahli keluarga,
kerana kemesraan sering bertambah ~ menyusut tak pernah,
hingga ketiadaan yang hanya sebentar ~ terasa terlalu lama...

Bila tinggal bersendirian di rumah......
banyak perkara perlu diuruskan sendiri,
dari hal-hal yang susah hingga hal-hal yang mudah,
kalau ada yang bantu pasti hati rasa gembira tidak terperi.

Bila tinggal bersendirian di rumah......
nak masak dan nak makan pun rasa malas,
namun...jamahlah makanan sedikit agar badan tak lemah,
kalau tak nanti...bila badan lesu ~ semangat jadi "culas" !!!

Bila tinggal bersendirian di rumah......
apa lagi nak buat bila semua "kerja rumah harian" dah selesai?
sholat+berinternet+tidur ~ bagi mengelakkan rasa gelisah,
kemudian ~ cuci "akuarium Ikan" sambil bersantai.

Bila tinggal bersendirian di rumah......
apa lagi "kerja rumah "bonus" yang boleh dibuat ya?
ganti semua langsir & alas meja ~ jawabnya kena men"dobi"lah !!!,
walaupun penat ~ rasa gembira bila suasana rumah kembali ceria.

Bila tinggal bersendirian di rumah......
sebenarnya banyak benda & perkara yg boleh di buat,
dari mengemas+cuci pakaian+masak serta sapu-sampah,
juga kalau nak lagi "extreme" ~ rumah boleh disapu cat,
cuma...ramai kalangan kita yang suka ambil mudah,
kerana selalunya semuanya telah "OK" tanpa kita perlu berpenat!!!
itu yang bila mereka berseorangan ~ jadi "kalut+gelabah",
orang lain tahu uruskan hal rumah ~ tapi dia hanya "terkulat-kulat"!!!
gara-gara tak mahu belajar menolong serta tak tahu rasa susah,
akhirnya diri sendiri yg rugi kerana tak mahu beringat !!!

Bila tinggal bersendirian di rumah......
banyak perkara mengusik perasaan @ bermain di minda,
walaupun diakui ~ kerinduan pada keluarga amat "meresah",
namun...sekali-sekala ~ adatlah tu... nama pun hidup berkeluarga ~
kena bertimbang rasa kerana kini mereka di kampung ~menziarah...
berjumpa IbuBapa+Adik-Beradik+Saudara-Mara tercinta....

Bila tinggal bersendirian di rumah......
sebenarnya saya rasa tenang+tenteram sekali di "jiwa+raga",
kerana telah terbiasa begitu sejak remaja ~ itu yg saya tak kisah,
Alhamdulillah..."RumahKu SyurgaKu" ~ diizinkan Yang Maha Esa,
semoga keredhaan-Nya pada kami sekeluarga sentiasa bertambah,
dalam usaha membentuk sebuah kehidupan yang bahagia.

Bila tinggal bersendirian di rumah......
sesetengah orang rasa "amat gembira hingga ada yg lupa dunia",
maklumlah ~ buat apa sahaja tiada siapa nak tegur @ bantah,
kerana kini dia rasa seperti "beraja di hati + bersultan di mata",
sehingga adakalanya tanpa malu buat hal-hal yg salah+bercanggah ~
dari tuntutan agama dan suruhan Yang Maha Esa,
takut nanti ada yang bakal rasa menyesal tak sudah,
bila nikmat pinjaman-Nya pada kita ~ direntap tanpa terduga !!!

Bila tinggal bersendirian di rumah......
sebenarnya memberikan kita satu kesempatan+kelebihan,
kerana dengan bersendirian kita mampu ber"muhasabah",
merenung kembali segala perbuatan yg telah dilakukan,
sejauh manakah kita telah melaksanakan amanah kepada Allah ?
~ dlm hal agama+diri sendiri+keluarga+masyarakat+kehidupan?
agak-agaknya...telah sebanyak manakah ianya tersempurna sudah?
hmm...terpulanglah pada anda sendiri untuk renung-renungkan...

Bila tinggal bersendirian di rumah.....
anggaplah kita sedang belajar memahirkan diri ,
siapa tahu ~ esok@lusa kehidupan kita mungkin "berubah",
kalau tak dalam tempoh terdekat ~ mungkin tika kita tua nanti,
setidak-tidaknya kita berusaha+bertawakal sebelum pasrah,
kerana kelak di alam barzakh kita tetap bakal bersendiri......

Akhirnya......

Bila tinggal bersendirian di rumah......
sebenarnya untuk hidup ~ kita belum pasti,
tapi untuk mati ~ Insya`Allah,
jadi ~ marilah bersama "insaf-insafkanlah" diri.....
agar kita mampu terus berusaha mencari keredhaan Allah,
demi kehidupan yg berbahagia di dunia & di akhirat nanti.

Insya`Allah......

Sekian & Wassallam.

No comments: