Friday, May 7, 2010

Menyusuri Bandar Di-Raja...

بسم الله الرحمن الرحيم ~ memulakan coretan,
السلام عليكم ~ doa & harapan utk pembaca budiman,
الحمد لله ~ Allah masih memberikan saya kesempatan,
إن شاء الله ~ melakarkan kembali secebis pengalaman.

Menyusuri "Bandar Di-Raja" ~ memang menguji kesabaran,
dah lama tak masuk Bandar ~ semuanya dah berubah,
banyak jalan raya dah jadi sehala dan mengelirukan,
dulu perjalanan rasa mudah kini jadi semakin susah !!!

Dulu...senang sahaja untuk berlegar-legar di Bandar,
pada masa itu pembangunannya baru nak rancak ,
ditambah pula kenderaan tak banyak ~ jalan jadi lancar,
serta jumlah penggunjungnya sederhana ~ taklah banyak !!!

Sesuai dengan peredaran masa & kecanggihan "teknologi",
banyak peluang pekerjaan yang datang seiring,
"Bandar Di-Raja" turut menerima pelbagai"kronologi",
merubah "landskap" asal hingga saya turut jadi pening...

30tahun ~ satu tempoh masa yang agak panjang,
melihat pelbagai suasana persekitaran silih berganti,
dulu...kalau berada di Bandar ~ hati rasa aman & lapang,
kini ...kena hati-hati dan sentiasa awasi diri sendiri !!!

Kini ramai Pendatang dari masyarakat tempatan,
di mana-mana sahaja ~ kelibat mereka akan kelihatan,
seolah-olah masyarakat tempatan sekadar "tempelan",
agaknya ~ kerana "globalisasi" atau kurang penguatkuasaan ?

Dari yang "Pejalan Kaki" hingga ke "Penjaja" di tepi jalan,
tak kurang juga yang menjadi "Pekerja+Jaga" Pusat Perniagaan,
hingga di kaki lima "Pusat Komersial "~ golongan ini berlonggokan,
itu belum lagi dalam bas ~ merekalah paling banyak kedapatan !!!

Bila golongan Pendatang ini dah terlalu ramai,
"Bandar Di-Raja" ~ seolah-olah dah jadi "Bandar CacaMerba",
kita yang sesekali masuk Bandar rasa macam nak "mamai",
betul ke kita masih berada dalam Negara @ kat Negara mana?

Mungkin mereka datang ke sini kerana peluang pekerjaan,
mungkin juga kerana kedatangan mereka dialu-alukan Kerajaan,
atau mungkin datang & tinggal tanpa izin serta "penyeludupan",
membawa bersama pelbagai masalah "sosial" dan kesihatan !!!

Nak salahkan siapa ya kalau suasananya dah jadi begitu?
salah kita sendiri ke @ Petugas Kerajaan yg memegang amanah?
kerana kalau kita dan mereka punya "jati diri " yang padu,
rasanya permasalahan yang dihadapi kini tidaklah terlalu parah...

Permasalahan tersebut terjadi kerana silap perkiraan,
mungkin juga kerana kita "leka" & terlalu bersikap "toleransi",
kita kerap terlepas pandang peluang RM yang menjadi rebutan,
kerja teruk+penat+kotor ~ pilihan mereka walaupun tak "sensasi".

Bila kerja-kerja sebegitu rakyat tempatan kurang berminat,
golongan Pendatang lah yang akan me"monopoli"nya,
ruginya ~ peluang rezeki rakyat tempatan jadi semakin tenat,
Kerajaan juga turut rugi bila berbillion RM hilang begitu sahaja.

Berbillion RM dihantar pulang ke Negara Asal oleh Pendatang,
setiap tahun dan akan berterusan kerana kelalaian kita,
agak-agak bilakah rakyat tempatan mahu bertindak matang?
demi mengembalikan berbillion RM semula ke dalam negara...

Kita rasa dan sangka ~ kita lah Tuan Negara yang terulung,
namun sebenarnya...adakalanya kita telah di"manupulasi"kan,
kerana banyak perkara ini pada Pendatang kita bergantung,
hatta...kalau mereka ditiadakan ~ kita boleh jadi kebinggungan....

Selagi kita masih tidak mahu merubah "anjakan paradigma",
selagi itulah sebenarnya kita berterusan akan "terjajah",
bila keadaan begini bakal kekal lama ~ salahkanlah orang kita,
kerana adakalanya kita sendiri yang tak mahu belajar dari sejarah,
Pendatang hanya "menabur bakti" kerana ada "berkira-kira",
maka sebelum terlambat marilah kita kembali bermusahabah,
mempelajari+memperbaiki "jati diri " untuk agama+bangsa+negara,
supaya nanti janganlah kita yg akhirnya kembali menjadi susah...

Semoga kelak bila saya menyusuri "Bandar Di-Raja"di lain masa,
atau di mana-mana sahaja Bandar di dalam Negara tercinta,
suasana+pemandangannya mampu berubah seperti dahulukala,
dengan sedikit penambahbaikan demi kesejahteraan bersama,
bila dalam semua perkara berfaedah rakyat kita terserta.
kerana memenuhi kehendak "Fardu Kifayah" sesama seagama.

Semoga "Bandar Di-Raja" terus kekal dengan "ke-Raja-an"nya,
demi menjaga maruah bangsa dan semangat cintakan negara,
tanpa tercacat-cela dengan disengajakan @ dengan direncana,
seterusya mengekalkan kesinambungan warisan bangsa berharga.

Insya`Allah.....

Dan ~ Renung-renungkanlah...

Sekian & Terima Kasih.

No comments: