Wednesday, May 12, 2010

Ringkasan Aktiviti......

بسم الله الرحمن الرحيم ~ coretan kini bermula,
penuh harapan agar anda semua berbahagia,
dikasihi Allah Yang Maha Esa senantiasa adanya,
terutamanya dlm perkara yg seiring dgn tuntutan agama.

07.05.2010 ~ Merupakan Hari Lahir anak dara saya,
Alhamdulillah ~ semoga Allah berterusan merahmati"nya",
semoga pertambahan usia ~ bertambahnya keimanan di dada,
sejahtera hendaknya sentiasa di dunia & kelak di akhirat juga.

Pagi ~ saya hanya membeli sarapan,
Tengahari ~ selepas Solat Jumaat..."tapau" makanan,
Petang ~ hantar "Rakan+Family" balik ke negeri bersebelahan,
Malam ~ meraikan Hari Lahir anak dara di Restoran pilihan.

08.05.2010 ~~~~~~

Pagi ~ masak lauk untuk sarapan sekeluarga,
Tengahari ~ uruskan sedikit rutin harian seperti biasa,
Petang ~ bantu memasak di kenduri kahwin anak bakal Imam No 3,
Malam ~ masuk pejabat...kerja macam biasa.

09.05.2010 ~~~~~~

Pagi ~ beli sarapan utk keluarga & bantu di rumah kenduri semalam,
Tengahari ~ menghadiri kenduri kahwin tersebut sebagai jemputan,
Petang ~ hantar anak dara balik ke K.L sebelum menjelang malam,
Malam ~ pulang ke kediaman ...Alhamdulillah ~ merehatkan badan.

10.05.2010 ~~~~~~

Pagi ~ "Medical Check-Up" untuk anak bujang perlu diuruskan,
Tengahari ~ gambar ukuran Pasport juga perlu dirakamkan kembali,
Petang ~ cuaca panasnya...lepas Solat Zohor..."tidur+kepengsanan",
Malam ~ sebelum ke pejabat uruskan fotostart semua dokumentasi.

11.05.2010 ~~~~~~

Pagi ~ isi+semak semula semua dokumentasi yg bakal diuruskan,
Tengahari ~ uruskan Cop Pengesahan dokumentasi anak bujang,
Petang ~ Jiran Lama "confirm upgrade" rumah+beri wang cagaran,
Malam ~ uruskan hal di pejabat sementara Solat Isyak menjelang.

12.05.2010 ~~~~~~

Pagi ~ ke K.L jemput anak dara yg mula "cuti semester 2",
Tengahari ~ balik dari K.L uruskan beberapa perkara kat Pekan,
Petang ~ keletihan akibat cuaca+pemanduan...tidur sekejap pula,
Malam ~ hubungi rakan tukang yg berminat menambah pendapatan.

Bila tak sempat nak kemaskinikan Blog ~ macam ini lah jadinya,
semuanya ringkasan ~ agar aktiviti yg telah dilalui tidak terlupa,
sementara itu...untuk cerita Esok ~ saya masih tak mampu jangka,
jadi...sekianlah sahaja ringkasan aktiviti saya untuk tatapan bersama.

Sekian & Terima Kasih.

Wassallam......

No comments: