بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian hanya untuk Allah,
semoga perkongsian ilmu dikali ini beroleh baroqah,
semoga niat dan maksud yang susah ~ dipermudah,
agar akhirnya kita mampu bermusahabah.
Alhamdulillah...mujur baik saya tak mengambil cuti ~
selama 2hari untuk semalam+hari ini,
ingatkan nak bawa anak dara saya sekali,
balik ke kampung menjemput anak bujang+isteri.
Disamping bertujuan balik ke kampung menjemput mereka,
saya "sepatutnya" ada sedikit urusan kat sana,
bak kata perpatah ~ "sambil menyelam minum air" lagaknya,
sambil menjemput mereka ~ uruskan hal mencari RM juga.
Perkara berkaitan hal "urus-niaga" tersebut sebenarnya dah lama,
saya pun dah lupa ~ mungkin dah 1/2 tahun tertunda agaknya,
Tuan Punya Harta asyik cakap "kluk-klek" bila ditanya,
janji "hari+esok+lusa" nak jumpa & uruskan~ tapi tak di "kota"!!!
Namun sebagai manusia ~ saya masih berusaha+berbaik sangka,
kerana Pembeli amat berminat dengan harta Tuan Punya,
sanggup tunggu kerana lafaz janji secara Islam telah dinyata,
saya dan keluarga kenalah usaha agar hajat beliau tak hampa...
Sebelum ini ~ Tuan Punya Harta janji nak beri "saguhati",
kepada saya+keluarga sekira "urus-niaga" tersebut ter"meteri",
tapi...pagi tadi tanya ~ dia kata tak ada sebarang RM akan diberi,
kerana nilai jualan harta"nya" tak dapat pulangan seperti dihajati !!!
Haiii...Hmmm...manusia-manusia ~ sering lupa lafaz janjinya,
hanya bermanis mulut tatkala nak melepaskan sesaknya,
bila bakal@dah dapat kesenangan & apa yg dihajat+dicita......
pengorbanan masa+usaha+RM orang lain ~ "dia" peduli apa !!!
Huhhh...Astagfirullahhal`azim...dan Alhamdulillah,
1~ kerana merungut bila memikirkan hal kejadian,
2~ kerana Allah telah memberikan saya hidayah,
setidak-tidaknya saya yg bakal teraniaya telah Allah jauhkan....
Tak palah...anggap sahaja kami belum dapat tambahan rezeki,
namun mungkin dapat pahala kerana memenuhi hajat Pembeli,
"pengkhianatan" Tuan Punya Harta ~ biarlah Allah mengadili,
mungkin beliau gembira di sini tapi di akhirat belum tentu lagi !!!
Masya`Allah...baru sebentar Tuan Punya Harta menghubungi,
menyatakan permasalahan yang sedang beliau hadapi,
harta"nya" kena tebus dulu gadaian ~ urusannya ke PutraJaya kini,
tengok tu...di dunia pun hukuman pada beliau telah Allah jatuhi !!!
Tapi...saya taklah berdendam dengan Tuan Punya Tanah,
dengan buat tak tahu serta tak bantu permasalahan"nya",
saya minta bantuan keluarga di kampung yakni Ibu & Ayah,
kerana kami bersama-sama sebelum ini yg berusaha sama.
Kini terpulanglah kepada kebijaksanaan mereka untuk uruskan,
kalau diIzinkan Allah ~ mungkin semua bakal dipermudahkan,
namun...pada Ibu & Ayah Mertua ~ saya telah berpesan,
kalau Tuan Punya Harta ada gaya nak menipu ~ cepat batalkan. !!!
Sementara itu ~ saya perlu fikirkan beberapa hal lain pula,
kerana semalam saya telah diminta untuk kira & sebut harga,
ada jiran lama yang ingin "menaiktaraf" kediaman mereka,
serta nak uruskan hal pembayaran duit belajar tambahan anak dara,
serta tengahari@awal petang jemput isteri+anak bujang pula ~
kat Bandar ~ yang bakal pulang dengan menaiki bas express sahaja,
mungkin nanti jenggah sekejap kakak sepupu yg balik dari Australia,
atau mungkin ziarah sebentar budak "standard" 6 dan keluarga,
sebelum pulang ke rumah mungkin pada sebelah malamnya,
dan fikirkan hal urusan anak bujang yg bakal masuk "U" di Utara.
O.K lah...sekian dulu coretan untuk kali ini,
semoga ada pengajaran yg boleh dicontohi,
sebarang salah dan silap ~ kemaafan anda saya mohoni,
Insya`Allah ~ berjumpa kembali di lain kali.
Sekain+Terima Kassih+Wassallam.
No comments:
Post a Comment