Sunday, May 2, 2010

Berbakti Sesama Manusia...

بسم الله الرحمن الرحيم
Hanya kepada Allah segala puji-pujian dipanjatkan,
Allah Yang Maha Esa Lagi Maha Berkuasa ,
kepada-Nya kelak akhirnya kita bakal dikembalikan,
semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yg bertakwa.

Sejak duduk bersendirian di rumah,
banyak perkara datang menguji Iman,
~ bukan perkara yang "menaikkan ghairah@amarah" !!!,
tapi...hal-hal yg berkaitan kemasyarakatan.

Kelmarin dulu ~ malam Jumaat dapat 1 panggilan,
jemputan untuk meraikan Majlis Pertunangan,
anak jiran lama ~ sewaktu kami dulu seperumahan,
tak dapat datang ke rumah kerana takut kesesatan !!!

Yang bakal bertunang sebaya dengan anak dara saya,
sewaktu kecil dulu mereka merupakan rakan sepermainan,
orangnya kurang minat belajar tapi minat bekerja,
serta"terrer" kerja kraftangan juga minat ber"sosial"an.

Habis sahaja sekolah "dia "telah mula bekerja,
Alhamdulillah ~ masih kekal dengan majikan yg sama,
telah berpendapatan tetap dan mula mengumpul harta,
kini telah memiliki sebuah "skuter"dr hasil titik peluh"nya".

Cepat sungguh masa berlalu tanpa terjangka,
tup-tup...tahu ~ kita kini dah semakin berusia & tua,
bila lihat anak-anak yg dulu kecil ~ kini ber"status" remaja,
hmm...ilmu saya masih di tahap lama ~ belum berganda !!!

Semalam ~ sewaktu hadir meraikan Majlis Pertunangan",
saya berkesempatan bermesra semula dgn jiran-jiran lama,
kerana dulu hampir 13++ tahun kami tinggal berdekatan,
pelbagai cerita dan kenangan dikongsi bersama.

Sama seperti Majlis Pertunangan kakak"nya" dulu,
saya terpaksa juga di"tarik" untuk menjadi perwakilan,
juga diminta menjadi saksi serta bacaan "doa" dilagu",
kerana "bakal Imam No 3" tak dapat hadir ~ ada urusan.

Sepatutnya Majlis tersebut berlangsung selepas Zohor,
tapi tertangguh hinggalah hampir jam 4 petang,
ada kalangan jemputan yg lama menunggu ~ mula "berundur",
tinggallah "beberapa kerat" orang lelaki yg boleh di bilang !!!

Alhamdulillah...Majlis Pertunangan berjalan lancar & ringkas,
kerana persetujuan awal sesama keluarga telah dirangka,
selepas menjamah sedikit juadah ~ saya terus bergegas,
"jiran dekat rumah" ~ bakal berkenduri arwah dimalamnya.

Kali ini ~ "jiran dekat rumah" tak minta saya bantu memasak,
sekadar menolong uruskan hal penyewaan khemah sahaja,
tambahan pula ramai saudara-mara+jiran yg sudi membantu,
maka...kehadiran saya sekadar utk bersembang+"menyemak",
namun...Tuan Rumah tetap memaksa saya agar menjamu selera,
hmm...kena jamah sedikit walaupun perut rasa nak "sebu" !!!

Hujan+ribut dan angin datang "menguji" menjelang Maghrib,
menjadikan suasana di persekitaran sejuk dan basah,
selepas Isyak ~ kenalah datang dgn berpakaian sopan+tertib,
bukannya datang utk berpesta tapi menghadiri kenduri arwah...

Kehadiran "Pak Haji Berilmu Agama" amat dinanti-nantikan,
kerana sebelum ini beliau telah juga mengetuai Majlis tersebut,
tapi hingga jam 9.30malam kelibat beliau masih tidak kelihatan,
menyebabkan Tuan Rumah mula "kecut perut"+kelam-kabut...

Saya diminta oleh Tuan Rumah untuk bersiap-sedia,
mengepalai "Majlis Bacaan Tahlil & Doa "untuk para arwah,
sekiranya "Pak Haji Berilmu Agama" masih juga tak tiba-tiba,
kerana malam semakin larut & tetamu mula kelihatan gelisah !!!

Persiapan di "luar jangka" memang saya dah buat,
walaupun Ilmu Agama tak sehebat mana ~ kena juga beringat,
"Pak Haji Berilmu Agama" akhirnya muncul walaupun terlewat,
kerana mengikuti Kuliah Tasawuf di Masjid ~ dia jadi "terikat"...

Kerana "Pak Haji Berilmu Agama" memang telah mengenali saya,
dia meminta saya mengetuai Majlis Kenduri Arwah tersebut,
maka pada hadirin ~ saya minta maaf kerana "kitab" perlu di baca,
saya tak mahu tanggung dosa kalau "wirid & doa" tersalah sebut...

Alhamdulillah...Allah masih memberikan saya "hidayah+inayah",
agar tidak merosakkan Majlis yang amat diharap-harapkan,
semuanya berjalan lancar walaupun ada sedikit "doa" yg "melangkah",
namun maksud & tujuan "doa" tersebut tidak lari dari yg diimpikan.

Alhamdulillah...kerana dapat lagi saya berbakti,
pada sesama manusia yang memerlukan bantuan,
walaupun bukan secara wang RM yg mereka hajati,
dapat membantu di saat mereka kebuntuan ~ juga 1 kebajikan.

Alhamdulillah...Allah masih memberi Izin-Nya,
untuk saya mempraktikkan sedikit Ilmu di dada,
biar pun sedikit...namun ianya memadai dan cukup bermakna,
utk bekalan diri sendiri+keluarga & tika insan lain memerlukannya.

Insya`Allah+Alhamdulillah+Subhanallah......

Sekian & Wassallam.

No comments: