Saturday, May 22, 2010

Nukilan Yg Agak Panjang...

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ~ Kita dipertemukan Allah sekali lagi,
di alam siber dgn "gema bicara tanpa suara+nada",
semoga kita sentiasa mencari+beroleh keredhaan Ilahi,
dan hanya bertakwa kepada Allah Yang Maha Esa.

Lama juga tak "up-date"kan Blog sendiri,
kerana agak sibuk sedikit dgn komitmen tambahan,
namun...tugas hakiki tetap tidak dibelakangi,
krn dgn rahmat Allah ~ ianya merupakan punca pendapatan.

2 1/2 tahun kerja terakhir pengubahsuaian rumah diperolehi,
Alhamdulillah ~ kini peluang sekali lagi diizinkan oleh Ilahi,
bukan semua orang tahu saya mampu lakukan kerja sebegini,
kerana saya jarang menonjol untuk mem"promosi"kan diri......
lebih-lebih lagi dulu...kerja-kerja di pejabat amat membebani,
membantutkan usaha utk meneruskan kerja "part-time" ini !!!

Kerja pengubahsuaian rumah "berskala besar+belanjanya kasar",
sering memerlukan tumpuan masa+tenaga+kerja yg agak lama,
kena datang bekerja hampir setiap hari dengan tekun+sabar,
demi memantau+bekerja+memuaskan setiap hati empunya harta...

Hanya siapa@mereka yang tahu sahaja akan memanggil saya,
mungkin kerana mereka telah selesa serta telah percaya,
kerana ~ Insya`Allah...saya tidak akan menginayai mereka,
tidak seperti "orang asing" yang sering membuat angkara,
~ kerap tidak mengotakan janji seperti sewaktu mula ~
~ me"manupulasi" pertimbangan pelanggan dengan "silap-mata" ~
~ pelanggan kemudian hari bakal keluar duit me"repair" semula ~
~ dan sering bawa lari duit pelanggan sebelum sempurna kerja ~
tapi nak buat macamnana ya?...kerana salah orang kita juga,
mudah+lebih "sayang" kepada "orang asing" dari warganegara !!!

Itulah yg telah+sedang dilalui oleh kebanyakan kenalan saya,
hendakkan "murah+mewah" ~ akhirnya menerima padah,
namun...nak meminta bantuan saya ~ mereka malu jadinya,
kerana dulu sesama mereka ~ saya kerap dianiayai & difitnah !!!
namun...saya hanya bersabar & berserah pada Yang Maha Esa,
mungkin Allah ingin memberikan saya+mereka hikmah.....

Sementara itu...peluang kerja "emegency" sering "mencari" saya,
kerana masanya selalunya tak lama ~ 2 hingga 4 jam sahaja,
serta mungkin kebolehan "pesaing" tidak menepati citara pengguna,
kerana pada "pesaing" istilah "repair+modify" ~ mereka tak suka,
yg mereka mahu ~ "pecah+buat baru sahaja"...senang cerita !!!,
sedangkan dengan saya ~ Alhamdulillah...boleh jimatkan belanja !!!
dan...permasalahan yang dihadapi pengguna selesai dengan segera,
serta Insya`Allah ~ bakal berkeadaan baik utk tempoh masa yg lama...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sejak menerima wang cagaran dari Jiran Lama,
komitmen tambahan kini di bahu saya telah bermula,
harapan+amanah mereka kini terarah kepada saya,
agar kerja ubahsuai rumah mereka berjaya seperti direncana.

Kata awal utk memulakan kerja sepatutnya di akhir bulan,
namun menerima wang cagaran awal ~ saya rasakan 1 tekanan,
maka...perancangan pilihan harus segera dilaksanakan,
bagi menunjukkan komitmen sebaik sahaja duit diserahkan......

Kerja pengubahsuaian rumah telah bermula pada 14hb,
setelah 3 hari duit cagaran dari Jiran Lama bertukar tangan,
~ awal 17 hari dari yang sepatutnya dirancangkan,
bukan paksaan Jiran Lama tapi atas rasa kebertanggungjawaban...

Hari Rabu ~ hari ke 6 kerja pengubahsuaian rumah berperingkat,
dari 6 hari bekerja tu ~ 3 hari saya kerja selama 9 ~ 10 jam,
3 hari saya kerja 1/2 hari sahaja krn sambung kerja kat pejabat,
penat tu memanglah penat...demi utk hidup yg lebih tenteram ~
terpaksalah berusaha lebih sikit+pengorbanan masa+kudrat,

Alhamdulillah...hampir seminggu anak bujang menyumbang bakti,
bersama saya & rakan-rakan melaksanakan kerja pengubahsuaian,
mungkin...inilah sumbangan bakti"nya" yg terakhir untuk kali ini,
kerana kelak "dia" bakal sibuk kembali menyambung pelajaran.

Setelah 7 % dari kerja pengubahsuaian rumah telah sempurna,
kini saya merehatkan diri sebentar atas persetujuan bersama,
kerana ingin menguruskan hal penghantaran anak bujang saya pula,
ke "U" di Utara ~ demi menambah ilmu & "mengapai" cita-cita.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sementara menunggukan waktu yang "mengetarkan" itu hadir,
peluang yang ada harus digunakan sebaik mungkin agar tak rugi,
hampir 18 tahun kehidupan anak bujang ~ kami bantu urustadbir,
kini...beliau bakal berjauhan+belajar berdikari hidup lain situasi.

Tidak seperti kakak"nya" yg tahun ini telah masuk tahun ke 6 ~
belajar menguruskan hidup berdikari di Asrama Puteri+Desa Siswi,
namun mudah disusuli krn jarak perjalanan sehala hanya 1 1/2 jam,
Alhamdulillah ~ jangan ada ujian Allah yg tak mampu kami dihadapi...

Kalaulah jarak tempat pembelajaran anak bujang spt kakak"nya",
Insya`Allah...perkara yg sama utk"nya"akan saya cuba usaha,
agar kemesraaan tetap terjalin erat sesama kami sekeluarga,
namun....dgn jarak perjalanan sehala pun hampir 7 ~ 8 jam lamanya,
saya khuatir beliau mungkin tidak akan dapat pengalaman yg sama ~
spt kakak"nya" ~ sehingga kini sering kami susuli bila peluang ada...

Ingatkan beliau bakal belajar di kampus UIA kat Negeri 9 ,
krn dari 8 pilihan UPU ~ 4 Asasi UIA dimohon ikut keutamaan ~
1 Asasi UiTM+1 Asasi UM+2 Dip UTM ~ melepasi syarat kelayakan,
namun...rahsia Allah ~ bukan hak kita untuk mempersoalkan......

Setidak-tidaknya ...Alhamdulillah ~ beliau kini mendapat tempat,
melanjutkan pelajaran ke IPTA yg ribuan pelajar seusia impikan...
namun hajat tak kesampaian kerana tempat terhad+saingan hebat,
Insya`Allah ~ bakal dapat Elaun dr MOHE sbg bantuan tambahan,
serta penginapan sepanjang Pengajian Asasi telah sedia setempat,
Alhamdulillah...itu juga anugerah Allah berupa kenikmatankan?

Cuma...apa yg diharapkan oleh kami sekeluarga untuk"nya",
semoga didikan yg kami berikan kepada"nya" selama ini...
mampu membantu"nya"mengharungi ujian hidup di mana juga,
dgn tidak melalaikan Solat+berusaha mematuhi perintah Ilahi,
kerana...tiada IbuBapa yg ingin melihat anaknya derita & siksa,
baik ketika hidup di dunia juga kelak di akhirat nanti......

Insya`Allah......

Hari ini kami sekeluarga telah berada di Utara Semenanjung,
hanya 12KM dari lokasi beliau bakal menyambung pengajian,
Alhamdulillah ~ segala persiapan utk"nya" telah di"usung",
kini...tibalah masanya utk kami merehatkan kepenatan,
"merebahkan" kelesuan di Hotel yg "jenama"nya agak "ulung",
sebelum menanti fajar esok yg penuh "debaran+kemungkinan"...

Sekian dulu hasil nukilan yang agak panjang untuk kali ini,
yang disimpulkan didalamnya dengan pelbagai cerita,
semoga ada pengajaran yg berguna mampu anda renungi,
dan siapa tahu...mungkin anda boleh meng"aplikasi"kannya......

Sekian+Wassallam+Terima Kasih.

2 comments:

Anonymous said...

bile nk wat cite tntg sy lg??muahahahha

4zee2 said...

Ooo...Kisah "Budak standart 6"?
Hmm...macamana nak buat krn Abg4Z pun tengah terlalu sibuk hingga nak "up-dated" Blog pun tak sempat & dah hampir 1/2 tahun tak jumpa "Budak Standart 6" tu...