Sunday, May 30, 2010

Hari Ini......

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah sentiasa merahmati anda dan saya,
dalam apa jua perkara kebaikan yang sedang diusahakan,
dianugerahkan barokah-Nya secara kerap serta berganda,
disamping beroleh Ihsan-Nya dalam kehidupan seharian.

Hari ini ... bertambah lagi "angka" jangka hayat saya di dunia,
Alhamdulillah ~ hari ulangtahun kelahiran saya tiba lagi,
hmm...telah lama disedari yang saya kini semakin berusia,
dan semakin singkat peluang utk terus beramal ibadah pada Ilahi.

Apakah hajat saya sempena Hari Lahir pada hari ini?
hmm...cukuplah sekadar dapat hidup bahagia+sejahtera ~
dengan cahaya Islam+keimanan hanya untuk Ilahi,
untuk diri sendiri+keluarga dan sesama insan seagama,
dan menghargai erti kehidupan sebagai seorang hamba-Nya,
serta pada Allah ~ saya terus berusaha memperhambakan diri.

Dalam usia yang mungkin semakin "melewati senja",
apakah lagi yg lebih dari itu yg perlu saya hajati?
masa tetap terus berlalu tanpa mampu diundur semula,
apa yang telah berlalu tetap tinggal dalam lipatan sejarah kini,
cuma apa yg mampu kita lakukan adalah mencari ikhtibarnya ~
dari kekurangan+kesilapan yg pernah kita lakukan+jalani,
agar kesilapan+kekurangan yg sama tidak berulang semula,
pada kehidupan kita kini serta orang-orang yg disayangi,
dan kita+mereka mampu melakar hidup yg lebih bermakna.

Insya`Allah......

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini ... genap seminggu anak bujang saya hidup diperantauan,
belajar menguruskan hidup sendiri di lain lokasi+situasi,
namun...Alhamdulillah ~ hampir setiap hari kami berhubungan,
kerana kini terdapat pelbagai kemudahan untuk berkomunikasi.

Dengan segala kemudahan dan kesempatan yang ada,
jarak bukanlah satu jurang pemisah utk kita memupuk kemesraan,
cuma...masalahnya "banyak" pada hati+perasaan yg kita bina,
serta keikhlasan yg terserta dalam menyuburkan perhubungan,
begitulah selalunya balasan akan kita perolehi akibat sesuatu usaha,
maka...jgnlah salahkan insan lain jika kita yg sering "dihampakan",
kerana begitulah lazimnya "hukum karma" yang telah tersedia,
cuma kita sahaja yg sering mengabaikan memikirkan sesuatu kesan ~
hasil tindakan kita suatu ketika dulu yg terlalu berkira-kira,
baik pada masa+harta+RM yg Ilahi pinjamkan utk kita "kongsikan"...

Terasa kini...Alhamdulillah ~ pengorbanan kami kini telah dibalas,
kemesraan kekeluargaan itu tetap tersimpul kemas & ceria,
walaupun berjauhan ratusan KM ~ kasih sayang kami tetap "jelas",
semoga kemesraan ini terus dirahmati oleh Yang Maha Esa.

Insya`Allah......

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini ... saya mampu mencoretkan kembali secebis pengalaman,
untuk tatapan anda & saya sendiri sebagai satu catatan kehidupan,
kerana Allah memberikan saya sedikit kesempatan & kelapangan,
walaupun pada peringkat awal perkara lain telah dirancangkan,
utk ke rumah Jiran Lama demi meneruskan kerja pengubahsuaian,
namun...hujan yg turun di awal pagi tadi merupakan satu kerahmatan,
dapatlah saya merehatkan diri & menguruskan beberapa hal berkaitan,
Alhamdulillah ~ rahsia Tuhan...kita tidak mampu dijangkakan.

Hari ini ... saya masih meneruskan kehidupan seperti selalu,
semoga perjalanan kehidupan yg bakal dilalui kurang "berliku",
semoga dugaan-Nya kelak pd saya ~ menjadikan saya tidak "keliru",
semoga saya mampu terus berusaha menjadi hamba-Nya tanpa jemu.

Alhamdulillah & Insya`Allah.

Sekian & Terima Kasih.

Wassallam.

2 comments:

ellyWong said...

insyaAllah amiiin... selamat hari lahir PNM :D

4zee2 said...

Terima Kasih.