بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ~ Allah masih memberi restu-Nya,
untuk saya kembali mencoret secebis coretan,
berkongsi pengalaman yg dilalui bersama anda,
semoga ada kebaikan bersertanya sebagai renungan...
Baru-baru ni saya ke Hospital Kerajaan,
bagi mengambil ubat yg telah ditundakan ~
selepas 3 bulan pengambilan ubat ikut turutan,
namun terlewat sedikit dari tarikh yg telah ditetapkan.
Pembantu Pegawai Farmasi yg bertugas ~ bangsanya berlainan,
Pemudi Muda yg mungkin berminat bekerja dengan kerajaan,
mungkin sedang buat "praktikal" @ dlm tempoh percubaan,
kerana sebelum ini kehadiran"nya" saya tak pula perasan...
Saya dipanggil setelah nombor giliran diberi terdahulu,
dan dimaklumkan tarikh menuntut ubat sudah terlewat,
saya diminta berjumpa Doktor utk dapatkan "slip" yg baru,
kerana "prosedur" berkaitan pemberian ubat agak ketat...
Saya ke Poliklinik Masyarakat utk berjumpa Doktor,
ramainya pesakit menunggu di luar hingga ada yg tertidur,
saya berjumpa dgn Jururawat Bertugas seperti yg disyor,
namun...saya diminta daftar dahulu krn perlu ikut "prosedur"...
Dengan jumlah Pesakit Luar yang terlalu ramai menanti,
dan Doktor yg bertugas hanya "beberapa kerat" sahaja,
bila "diconggakkan" mungkin giliran saya petang ~ dah pasti,
maka akhirnya saya kembali ke kaunter ubat semula.
Saya memaklumkan kesusahan yg bakal saya lalui,
dan cuba meminta jasabaik "beliau" utk bertimbangrasa,
kerana kelewatan tuntutan ubat tak sampai seminggu lagi,
namun..."dia" tetap menolaknya secara bersahaja.
Hmm...nak buat macammana ~ mungkin silap saya,
tapi...kalau bertimbangrasa ~ masalah tersebut boleh reda,
namun nak buat macammana krn bukan saudara sebangsa,
kalau saudara sebangsa yg jaga ~ tak bermasalah rasanya.
Tapi "ironi"nya kalau bangsa kita yg kelola,
dan pesakitnya dari bangsa lain meminta bantuan,
bila dlm situasi sama ~ pasti bangsa kita akan bertimbangrasa,
kerana kesilapan bukannya disengajakan,
tapi...kalau kehendak "mereka" tak diterima,
pasti muka "mencuka" dan mulut tak henti rungutan......
silap gaya...dalam surat khabar bakal dicerita,
hingga bangsa kita bakal diberi teguran oleh Pihak Atasan.
Akhirnya...saya membeli sendiri ubat itu di Farmasi,
kerana ubat tersebut telah habis dan amat diperlukan,
hmm...tak "sakit kepala" dengan kerenah "birokrasi",
cuma tunjukkan "sample ubat" serta duit diunjukkan,
Insya`Allah...kita akan dilayan dgn senyum berseri,
sebab itu Klinik@Farmasi sering jadi pertimbangan,
kerana cepat+mudah dan tak perlu lama menanti,
serta hati pun tak rasa sakit akibat ketidakpuasan...
Saya pun boleh balik cepat ke kediaman,
serta banyak lagi hal lain yg perlu saya uruskan,
dan tentang nak ambil ubat tu...nantilah saya fikirkan,
kerana utk mengambilnya kini terpaksa buat pemeriksaan.
Hmm...macam-macam ya ragam manusia,
perkara yg mudah sengaja nak buat susah,
apa salahnya berbudi bahasa dan bertimbang-rasa,
urusan mampu jadi mudah tanpa perlu berkeluh-kesah !!!
Begitulah serba sedikit coretan pengalaman,
yg mungkin sesetengah antara kita perlu+pernah lalui,
yg mungkin menyebabkan sering kedengaran rungutan,
kerana sikap segelintir kakitangan yg tak berdiplomasi,
akhirnya Kerajaan juga yang sering dipersalahkan,
bukan senang ya ~ nak memuaskan hati setiap insani...
jadi...marilah kita sama-sama fikir-fikirkan,
agar "ketidakpuasan itu" tidak kerap berulang kembali.
Hmm......
Sekian dan Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment