Saturday, March 20, 2010

Menanti Hari Esok II ???...

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan kalimah Bismillah nukilan bermula,
semoga Allah sentiasa memberi rahmat-Nya,
kepada anda para pembaca dan juga saya,
semoga kita berbahagia di dunia dan di akhirat akhirnya.

Penantian muktamad ~ "Menanti Hari Esok" masih samar,
walaupun perjumpaan dgn Ketua PTA telah dilakukan,
namun jawapan yang pasti belum tersebar,
hingga ada yg masih menanti dengan penuh debaran......

Perjumpaan berlansung dari awal pagi hingga petang,
dengan sesi "soal-siasat" oleh Ketua PTA setiap seorang,
lepas seorang keluar ~ masuk seorang lagi secara berselang,
menyebabkan yg menunggu giliran gelisah bukan kepalang...

Setiap seorang diajukan soalan yang berlainan,
sebenarnya tujuannya sama ~ itulah yg Ketua PTA buat,
kalau tersalah jawap ~ bakal banyak perkara jadi berkaitan,
kalau tak pandai jawap ~ kita bakal "terjerat" !!!

Cara "soal-siasat"nya hebat dan "berseni" sekali,
nampak bersahaja tapi penuh psikologi,
Ketua PTA bertanya serba sedikit itu dan ini,
nampak macam biasa...tapi sebenarnya anda sedang diawasi !!!

Mana rakan yang memang banyak buat "angkara",
tak senang duduk macam "belacan dikenakan kat kera",
ditanyai satu tapi pasal gelabah ~ jawapan jadi berganda,
ambik kau !!! ~ "terbuka sudah pekung di dada"......

Saya pun bimbang dan gelisah juga,
kerana menghadapi Ketua PTA ni ~ "besar punya kerja",
walaupun hubungan sesama kami telah terjalin lama,
namun dari aspek tatacara kerja ~ dia tegas orangnya !!!

Saya menjadi "calon" ke4 yang ditemuduga,
namun...Alhamdulillah ~ semuanya berjalan seperti biasa,
dalam sesi tersebut ~ saya telah menghuraikan cerita,
serta menerima nasihat dan teguran demi kebaikan bersama.

Namun...saya tidaklah disindir atau ditempelak,
walaupun kadang-kala saya juga diajukan "soalan menjerat",
janji penerangan dari saya jujur serta tak perlu "mengelak",
demi mencari jln penyelesaian agar masalah tidak terus melarat.

Alhamdulillah...setelah hampir 45minit disoal-jawab,
saat-saat "menggetarkan" akhirnya berakhir,
namun tidaklah saya ketakutan hingga peluh perlu dilap,
bukan saya yang bersalah ~ maka saya tak perlu khuatir...

"Boss" yang rajin melakukan "angkara" dan "salahlaku",
"disoal-siasat" sebagai calon terakhir dan paling lama,
namun...saya boleh agak ~ dia pasti jawab secara "merapu",
serta berhujah secara emosi demi melepaskan "tengkuknya"...

Dan kini..."Menanti Hari Esok" masih jadi tandatanya,
mungkin selepas perjumpaan dan sesi "soal-siasat" berlalu,
pasti akan ada tindakan susulan bakal tiba,
namun...saya serahkan kepada Ketua PTA menjadi penentu,
untuk mengesyorkan keputusan dengan penuh bijaksana,
demi keadilan dan hukuman yang setimpal untuk "pelaku"......

Akhirnya...segala-galanya mungkin telah beransur selesai,
kini...kami hanya menunggu keputusan dari Pihak Kementerian,
semoga selepas ini ~ suasana di pejabat kami kembali damai,
masing-masing boleh mengelolakan kehidupan dengan aman......

Insya`Allah......

Sekian dan terima kasih serta wassallam......

No comments: