بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan kalimah Bismillah saya mulakan,
satu coretan ringkas untuk tatapan anda,
semoga kita semua beroleh keredhaan Tuhan,
dirahmati Allah dlm segala usaha murni yg dilaksana...
Akhirnya...segala-galanya mungkin telah beransur selesai,
kini...ada sedikit berita dari "wakil sumber dalaman",
setelah sesi "soal-siasat" berlangsung tempoh hari,
tengahari tadi ~ sedikit berita telah "kedengaran",
"Boss" yang rajin buat aniaya ~ telah diadili,
mulai 1hb.April bakal ditukarkan bekerja dilain penempatan...
Menurut cerita dan sumber rakan sekerja,
"Boss" tidak dapat menerima hakikat tersebut,
ngamuk !!! ~ tak puas hati@mungkin tak redha pd ketentuan-Nya,
mungkin...bertindak menghempas pintu kerana terkejut !!!
Besok "Boss" bakal panjat tangga di Kementerian,
jumpa Pihak Atasan ~ mungkin utk mempertahankan diri,
mungkin "slow-talk" agar tindakan displin tidak dikenakan,
mungkin akan jatuhkan kesalahan"nya" pd anak buah sendiri,
mungkin "melepaskan diri" dengan pelbagai alasan+rekaan,
mungkin juga pilih lokasi pertukaran yg dihajati......
Saya masih belum dapat berita yang terperinci,
dari rakan sekerja mahupun dari Pihak Pengurusan,
kerana hari ini ~ saya keluar kerja sebelah pagi,
dan esok pula saya diberi "off" mingguan......
SMS diterima menjelang waktu Maghrib tadi,
memaklumkan sedikit hasil "soal-siasat" tempoh hari,
saya cuba juga menghubungi rakan yg menjadi saksi,
untuk mendapatkan kesahihan & butir-butir terperinci......
Mungkin esok saya akan bertanya dengan rakan sekerja,
kerana hari dah larut malam ~ tak sesuai rasanya,
mengganggu rakan sekerja yang mungkin dah lena,
diulit mimpi ~ berbahagia di "alam serba aneka citarasa"...
Insya`Allah ~ esok sambungan cerita akan saya dititipkan,
apakah lagi "sensasi" yang telah tersedia & berserta?
atau mungkin esok ~ "Boss" bakal buat kejutan?
namun...apa-apa pun..kita "tunggu & lihat" sahaja.
Sehingga tibanya hari esok yg dinanti-nantikan,
saya berharap anda semua bersabar dahulu,
Insya`Allah...saya akan cuba untuk usahakan,
berkongsi cerita ~ buat anda yang sanggup menunggu......
Tunggguuuuuu......
Insya`Allah......
Sekian dan Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment