بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan kalimah Bismillah ~ coretan dilakarkan,
penuh harapan agar anda semua dirahmati Tuhan,
dikurniakan taufik dan hidayah dalam kehidupan,
untuk mencari kebahagian di dunia dan "Hari Kemudian".
Hari ini keputusan SPM akan diumumkan,
penuh debaran mengetar perasaan,
namun...anak bujang saya "relax" kelihatan,
macam takda apa yang hendak dirisaukan......
Saya sebagai bapa ~ biasa sahaja,
kerana telah berusaha membantu"nya" sehabis daya,
lagi pun nak risau pun takda makna,
usaha"nya" dah berlalu kini "hasil"nya yg hendak diterima.
Isteri saya mungkin agak "excited+nervous" sikit,
mungkin begitulah naluri seorang ibu,
tambahan pula harapan"nya" agak tinggi melangit,
agar kejayaan yang terbaik diperolehi oleh anak"nya" itu.
Lebih menambah "excited+nervous" beliau,
bila kaum keluarga"nya" kerap telefon bertanya,
makin berkecamuk fikiran serta bertambah risau,
bimbang keputusan anak"nya" diluar jangka......
Apa yang terbaik ~ itulah yang saya harapkan,
namun biarlah segala-galanya ditentukan Tuhan,
walaubagaimana pun nanti hasil keputusan,
saya terima dengan hati penuh keterbukaan...
Kerana anak bujang saya dah buat yang terbaik,
semasa persediaan menghadapi peperiksaan,
tak kisahlah keputusan menurun atau menaik,
yang pasti...kini apa perancangan yang perlu difikirkan.
Sehingga tiba saat yang dinantikan,
kita tunggu dan lihatlah sahaja,
bagaimana nanti anak bujang saya beroleh keputusan,
samada berjaya cemerlang atau berjaya biasa.
Sekian dulu untuk kali ini,
kami harus segera ke sekolah,
kini...keputusannya telah ditentukan Ilahi,
mudah-mudahan "dia" beroleh kejayaan yang baroqah.
Insya`Allah......
Sekian Dan Wassallam.
(p/s: Coretan dihasilkan sebelum mengambil keputusan,
tapi tersimpan dalam "Post" bertarikh 09 haribulan,
tak sempat nak dibuat pembetulan,
kerana ketika pagi tadi masa kesuntukan ).
No comments:
Post a Comment