بسم الله الرحمن الرحيم ~ bicara tanpa suara bergema kembali,
السلام عليكم ~ untuk pembaca setia yang dihormati,
الحمد لله ~ kita kembali dipertemukan Ilahi,
إن شاء الله ~ kini saya berusaha "mengotakan" apa yg telah dijanji.
Setelah berehat melepaskan penat-lelah,
petang tadi rakan sekerja berjaya dihubungi,
usaha "siasatan" diselidiki secara berhemah,
agar saya mampu mengumpul "data" secara terperinci...
Menurut rakan sekerja yang menjadi saksi,
serta dianugerahkan "Boss" status "pekerja kesayangan" ,
ketika berita pertukaran ke lain lokasi diterimai,
"Boss" terkejut kerana tidak dapat apa yg diimpikan...
"Boss" dihubungi oleh rakan setaraf jawatan,
dari lokasi baru yang beliau akan ditukarkan,
telah ada surat diterima dari Pihak Kementerian,
menandakan perintah bertukar bakal dikuatkuasakan...
Sangkaan "Boss" ~ "dia" ditukarkan utk mengambil-alih tugas,
serta kekal dengan jawatan "ke-Boss-an"nya,
tapi...sangkaannya melesit dan impiannya terlepas,
krn kali ini..."dia" bukan lagi "Boss"~ cuma rakan sekerja biasa.
Tak puas hati dgn berita yang telah dimaklumkan,
"Boss" segera menghubungi Ketua PTA mohon penangguhan,
namun Ketua PTA dengan diplomasi memberi penjelasan,
"Boss" tetap ditukarkan krn "mengikut kitaran penempatan".
Masih tak puas hati ~ "Boss" ingin ke Kementerian,
dengan mengikuti Ketua PTA+PTA+KK Divisyen ~
yang kebetulan ada "Mesyuarat Dengan Ketua Jabatan",
mungkin perlukan sokongan moral & juga nak "eksyen".
Memanglah benar berita yang saya telah dengar,
dengan rakan-rakan sekerja di tempat lain ~
"Boss" telefon sana-sini dan cakap "berdegar-degar",
sambil cuba "control macho" bukan kemain......
Cerita "Boss" terutamanya kepada "pekerja kesayangan",
"dia" akan cuba merayu agar "hukuman" tidak dikenakan.
kalau tak dapat ~ "dia" akan minta penangguhan,
dari melapur diri ke lokasi yang bakal ditempatkan.
Siang tadi ~ "Boss" dah pun panjat tangga Kementerian,
namun...apa keputusan Pihak Atasan ~ saya tak pasti,
kerana "Boss" bercuti kerana uruskan hal berkaitan,
esok baru tahu kerana saya & "boss" bakal bertugas kembali...
Terhadap "Boss"saya turut bersimpati pada"nya",
kerana telah hampir 21tahun kami berkawan,
banyak suka duka yang dikongsikan bersama,
dalam keadaan senang mahupun kesusahan,
namun...bila kerap bertindak ikut citarasa"nya" sahaja,
akhirnya banyak pihak tak berkenan krn "Boss" telah lupa daratan !!!
Mungkin selama ini ~ kesilapannya yg disengajakan,
sering tidak diendahkan oleh Pihak Atasan,
itu menyebabkan "dia"bertambah "mua" & rasa penuh "kekebalan",
kerana tiada siapa berani mengenakan dia sebarang tindakan......
"Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga",
pertemuan "Boss " dgn Ketua PTA ~ bagai "buku bertemu ruas",
"Boss" yg bijak memutarkan fakta+cerita ~ tersungkur juga akhirnya,
bukti kukuh kesalahan "Boss" bertahun-tahun telah tersebar luas...
Hmm...kini segala-galanya telah hampir selesai,
satu punca masalah di tempat kerja bakal beransur hilang,
tapi sebagai manusia ~ pasti ada dugaan yg belum terungkai,
kita harus menghadapinya kelak dengan hati yang tenang......
Dan......semoga Allah memberikan saya hidayah-Nya.
Insya`Allah......
Sekian dan Terima Kasih.
Wassallam.
No comments:
Post a Comment