بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan kalimah Bismillah coretan bermula,
semoga anda dan saya dirahmati Allah sentiasa,
dipermudahkan Allah ~ saya melakarkan secebis cerita,
untuk tatapan anda bila kelapangan menjelma,
namun terlebih dahulu ~ ampun dan maaf dipinta,
kerana kali ini ~ ceritanya... sekadar cerita biasa.
Hari Jumaat lalu saya bersholat Jumaat di Masjid kat Pekan,
mungkin krn ingin bertukar suasana & juga keselesaan,
kalau bersholat Jumaat di Masjid kariah sekitar kediaman,
pasti sesak ~ jemaah ramai melebihi keluasan yg disediakan.
Anak bujang saya pun bersholatJumaat di Masjid yg sama,
kerana di Masjid kariah berdekatan perumahan kami ~
tempoh sholat dan khutbahnya panjang sikit dari biasa,
mungkin pahala "exstra ~ pihak pengurusan masjid" hajati,
pada yang tak bekerja kadar segera mungkin rasa selesa,
tapi tak sesuai utk yg harus masuk kerja seperti yg dijanji...
Saya berkereta ke Masjid di Pekan utk bersholat Jumaat,
anak bujang saya bermotor pula secara bersendirian,
kenapa tak pergi bersama sedangkan sama setempat?
krn lepas Sholat ~ dia kena segera menyambung pekerjaan...
Selepas Sholat Jumaat ~ singgah di Kedai Ikan Hiasan,
membeli 2 pasang "Ikan Gappy Import @ Kacukan",
nak "regukan" dgn "Ikan Gappy Kampung" peliharaan,
yg hanya tinggal 3 ekor ikan betina & tiada ikan jantan.
Asalnya "Ikan Gappy Kampung" tersebut 16 ekor sahaja,
pemberian seorang sahabat yang berpindah ke lain lokasi,
dgn ikan dan sebahagian akuarium sekali dia menderma,
Alhamdulillah ~ 2 tahun dibela...ikan makin berpopulasi.
Dari 16 ekor jadi ratusan ekor serta jinak makan di tangan,
pelbagai warna dan jalur kedapatan ~ cantik di pandang,
terutamanya yang ikan jantan ~ tampak lebih menawan,
ada warna merah,biru,kuning,jingga dan berbelang.
Ada juga saya berikan ikan tersebut pada jiran tetangga,
kerana mereka juga teruja ingin cuba membelanya,
namun...jumlahnya makin susut seiring peredaran masa,
mungkin kerana pengaruh usia"nya" & perubahan cuaca.
Dari ratusan ekor berkurang kepada puluhan ekor pula,
sehingga satu ketika hanya tinggal 6 ekor sahaja,
tapi...Alhamdulillah ~ ia mampu membiak semula,
cuma saiznya makin kecil dan hidup pun dah tak lama.
Sahabat yg telah berpindah itu adakalanya pulang sesekali,
dapat lagi beberapa ekor "Ikan Gappy Kampung" darinya,
dgn tujuan ~ kalau diizinkan Allah...biarlah ada legasi,
tapi sayang ~ selang tak lama ikan itupun habis nyawa.
Beli "Ikan Gappy Import @ Kacukan" di Kedai Ikan Hiasan,
campurkan dengan "Ikan Gappy Kampung" yang masih ada,
namun tak rasi ~ pasti ada ikan yang mati di hari keesokan,
dengan "Ikan Gappy Kampung" pun turut mati sama......
Kali ini saya mencuba lagi untuk membiakkannya,
cuma kali ini pendekatan diambil ada sikit berbeza,
saya pilih 2ekor "Ikan Gappy Betina" yg bunting maksima,
semoga...ia kelak mampu "menggandakan ahli keluarga ".
Alhamdulillah...kelmarin "Ikan Gappy" tu dah ada berbaka,
sebelah pagi beranak 7ekor & bila ptg 17ekor jumlah semua,
semoga anak-anak ikan tersebut mampu kekal bernyawa,
janganlah mati dgn segera @ sebelum dewasa hendaknya...
Diharapkan..."Ikan Gappy Dewasa" dpt bertahan lama,
serta saling berinteraksi dengan baik sesama mereka,
kalau diizinkan Allah...semoga ia mampu jadi berganda,
kerana saya nak tengok rupa "spesis kacukan baru" juga !!!
Jadi...sementara menunggukan keizinan Yang Maha Esa,
saya hanya mampu berusaha dan bertawakal sahaja,
mudah-mudahan......"ujikaji"saya bakal berjaya,
kalau tak dapat "specis kacukan baru" pun tak apa,
janji "Ikan Gappy" tersebut sihat bernyawa & bertahan lama,
tak kisahlah..."Ikan Gappy Kampung" ke atau import punya......
Jadi...kita tunggu apa kesudahannya......
Sekian & Wassallam...
No comments:
Post a Comment