بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan kalimah Bismillah coretan terpahat,
semoga kita semua beroleh keredhaan Ilahi,
berbahagia hidup di dunia dan di akhirat,
Insya`Allah ~ buat diri kita serta seisi "family"...
2 hari keputusan peperiksaan SPM telah diumumkan,
pelbagai "impak" menerpa dalam kehidupan seharian,
baik kepada pelajar yang telah menduduki peperiksaan,
mahupun keluarga & masyarakat yg berada dipersekitaran.
Ketika pulang dari mengambil keputusan peperiksaan,
jiran tetangga dah sedia menanti di kediaman setempat,
besarlah harapan agar keputusan diterima membanggakan,
kerana silaturrahim sesama kami agak mesra dan rapat.
Ada juga anak jiran (AJ@S) yg sama mengambil keputusan,
kebetulan juga "AJ@S" berkawan baik dgn anak bujang saya,
tak sabar "AJ@S" ingin berkongsi & menyatakan kegembiraan,
kerana menjangka keputusan"AJ@S"~ tandingan tiada.
Manusia ciptaan Allah ~ ada pelbagai ragam dan gelagat,
kerana itulah terbezanya setiap "keunikan" individu,
namun sebagai Hamba Allah kita kena redha serta beringat,
hubungan kemanusiaan & cara pendekatan ada "gaya" tertentu.
Kami bersimpati terhadap "AJ@S" dan keluarga,
kerana pengharapan yang tinggi "merudum" pula,
namun...sebagai orang tua ~ nasihat berhemah dinyata,
penuh diplomasi agar mereka tidak terus berputus asa.
Keputusan yang kurang cemerlang bukanlah ukuran,
kerana dari segi "Mata Merit"~ "AJ@S" masih berpeluang,
menyambung pelajaran di mana-mana Pusat Pengajian,
di IPTS boleh namun kat IPTA peluangnya agak "terkurang"...
Pada keluarga "AJ@S" yang sebak dan hampir kecewa,
kami pujuk dengan kata-kata lembut serta semangat,
walaupun kami juga turut sedih atas dugaan mereka,
Insya`Allah...peluang masa ada ~ masih belum terlambat.....
Alhamdulillah...dengan nasihat kami ~ mereka "termakan",
kerana..."dalam hidup kita ini penuh berkemungkinan",
Insya`Allah ~ "di mana ada kemahuan ~ di situ ada jalan",
yang penting berusaha selebihnya kita serahkan pada Tuhan,
biarlah Allah menentukan kesan buruk baik sesuatu tindakan,
pasti terkandung sesuatu hikmah-Nya tanpa kita jangkakan.
Dan dalam pada itu......
Semalam kami anak beranak sibuk "on line",
mengisi borang permohonan kemasukan ke IPTA,
selain mohon ke IPTA kami juga ada mohon yang lain,
janji isi & cuba ~ manalah tahu "sangkut" kat mana-mana.
Malam semalam ~ kami makan luar bertiga,
sempena meraikan kejayaan anak bujang saya,
Alhamdulillah ~ masakan sedap dan menepati citarasa,
esok ~ Insya`Allah nak raikan dengan kakak"nya" pula.
Kini...semuanya tenang semula,
kehidupan berjalan seperti biasa,
anak bujang saya dengan kerjanya,
kami pula dengan urusan biasa......
Sehingga saat-saat yang dinantikan itu tiba,
kami harus mula membuat persiapan dan bersedia,
agar nanti ~ insya`Allah...semuanya "nampak" sempurna,
serta tak terganggu segala apa yang direncana.....
Semoga Allah memudahkan "perjalanan" kami,
dalam mengharungi kehidupan bernama insani,
berbahagia ketika di dunia dan di akhirat nanti,
serta mengecapi nikmat keredhaan dari Ilahi......
Insya`Allah......
Sekian dan Wassallam.
No comments:
Post a Comment